Hurm.. mak mana yang tak teringin, betul tak?
Samalah macam watak utama filem kat atas ni. Filem ni bakal menemui anda di saluran 141, Astro Pelangi, dalam Indo Pek. Yupp, nak tengok kena langgan Indo Pek. Tekan Butang Merah di saluran i130, dan ikut arahan. Langgan sebelum 4 November ye, sebab filem ni akan ke udara pada tarikh tu, sempena Aidil Adha.
Kisahnya tentang Emak, yang teringin nak tunaikan fardhu haji. Walaupun just menjual kuih, Emak tetap berusaha kumpul duit untuk mencapai hasrat murni beliau tu. Pada masa yang sama, Zein, anaknya, tersentuh dengan niat suci emaknya tu, dan cuba jugak membantu dengan caranya sendiri. Berjayakah mereka? Cara nak tau – refer perenggan sebelum ni.
Terkesan dengan filem ni lah, aku atur satu misi. Misi yang lebih kurang sama, cuma tarafnya kurang sedikit, gara-gara kemampuan yang sedikit.
Dengan rasa malu pada Emak, serta rasa tanggungjawab aku sebagai anak, aku nak announce something kat sini.
Er..
Aku nak bawak hantar Mama pegi umrah. Kalau jadi, bulan 2 ni. Ya, hantar je.. sebab tak cukup budget untuk ikut. Alhamdulillah, rombongan tu nanti ada Ayah, Ngah, Abg Zul dan Maknya ikut. Hopefully, masalah mahram dah boleh settle.
Nak pegi haji – kos (dan mungkin jugak masa) akan meningkat jadi at least 4 kali ganda.. jadi, aku nak hantar Mama pegi yang sunat ni dulu. Ambik feel, berserta doa. Mungkin berkat doa Mama kat sana, rezeki dan peluang untuk yang fardhu tu akan menjengah lebih awal kan?
Malam sebelum aku bagitau Keklin, Mama tengok berita jemaah haji kat TV3. Terus dia tuka channel, sambil kata
Tak maulah tengok. Bukan boleh pi pun.
See?
Doakan aku ya, kawan-kawan..
.
.
Amiin.
______________________________________
