Hidup Atau Mati?

Hidup ini asalnya kosong. Biasa saja. Tak ada apa yang mampu ditakburkan. Maka itulah hidup ini perlukan warna. Celuplah sesuka hati – saran orang yang suka bermimpi. Maka jadilah hidupnya berwarna-warni. Seronokkah? Riangkah?

Lantas hidup ini menjadi ceria. Seceria ASTRO Ceria, mungkin. Sekejap kalut, sebentar lagi kabut. Banyak sangat warna, pangkah orang yang sedar. Terlalu banyak warna, bukankah akan sakit mata memandang? Maka dipadamnya kembali, dan hidup ini kembali kosong.

Dah.. hidup ini pun kosong kembali. Balik ke pangkal. Balik menjadi biasa. Tapi dah namanya manusia, mana betah hidup sunyi. Suara cengkerik tak pernah jadi latar yang cukup. Lalu ditambahnya bunyi. Bunyi halus, gemersik bak hantu langsuir. Digaul pula dengan bunyi garau kasar, macam nafas kerbau. Harmoni, katanya.

Tuntas hidup ini pun menjadi harmoni. Meriah amat, macam kenduri. Sekejap lembut, sebentar lagi ribut. Hingar lah, maki orang yang tidur. Maka ditutup langsung suara dan bunyinya, lalu hidup ini kembali lagi ke aras kosong.

Semuanya akan berulang. Pasti berulang, jangan risau. Dari kosong ke ceria. Dari ceria ke meriah. Dari ceria dan meriah balik ke kosong. Dan suara-suara yang sedang mimpi, sedar dan tidur kembali tu akan bersambung tingkah bila tiba giliran masing-masing. Kerna apa? Kerna, manusia mana pernah duduk diam. Kalau manusia mula duduk diam, makanya hidup ini tak mungkin akan jadi hidup. Penat? Kalau manusia mula rasa oenat, maka jadi matilah hidup ini. Kan?

p/s : Nak hidup yang hidup atau hidup yang mati? Atau nak mati yang hidup baru lebih asli? Jawapannya – semua di atas!

Advertisements

5 thoughts on “Hidup Atau Mati?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s