The Greatest LOST of All…

Bunyinya mungkin agak klise, tapi segala-galanya terasa sangat baru.
Terasa baru sangat aku jumpa dia.

Baru hari tu dia pakaikan aku baju untuk ke tadika.
Baru hari tu dia hantarkan aku ke sekolah, akibat tertelat.
Baru hari tu aku dirotan lantaran wang bas sekolah yang aku habiskan di kedai mainan video.
Baru hari tu dia ucapkan terima kasih atas pencapaian aku dalam UPSR.
Baru hari tu dia hantarkan aku ke sekolah berasrama penuh.
Baru hari tu dia bawakkan bihun sup tenggiri resepi agungnya ke asrama.
Baru hari tu dia ajarkan aku chord C, A minor, F dan G.
Baru hari tu aku bantu dia di gerai nasi lemak dan murtabak.
Baru hari tu dia ikut aku naik ke pentas, menerima hadiah cemerlang PMR.
Baru hari tu dia hadir ke kolej untuk mesyuarat PIBG.
Baru hari tu dia hantarkan aku ke lapangan terbang, untuk mulakan kembara aku hidup di bumi orang.
Baru hari tu dia sambut aku di lapangan terbang, tanda khatamnya kembara aku di bumi kenyalang.
Baru hari tu dia meminta kad namaku, bangga.

Nah.. kan segalanya masih baru?
Dan semua yang baru itu akan kekal menjadi baru.
Kerana tidakkan mampu lagi kubeli kenangan yang lebih baru daripada itu.

Tidak kan lagi kudengar lisan dari dadanya yang penuh berilmu.
Tidak kan lagi kudengar gumam suaranya menyanyikan lagu.
Tidak kan lagi kudengar lagi petikan gitarnya mengiring gumam suaranya.
Tidak kan lagi kudengar petir suaranya memanggil sesiapa.
Tidak kan lagi kudengar keluhan dan sorakan yang sama ketika menonton bola.
Tidak kan lagi kudengar lembut suara garaunya mengajar aku erti hidup.
Tidak kan lagi kulihat lagi tawanya yag sakan, hingga terpejam mata tergeleng kepala.
Tidak kan lagi kurasa sentuhan kasarnya mengusik sesiapa.
Dam tidak kan lagi kuhidu bauan pahit tembakau tatkala mengucup tangannya.

Alu aku tertanya, bagaimana nanti lebaranku?
Sunyikah? Biasakah? Pilukah?
Bagaimana pula akan kutempuhi hari lahirnya nanti?
Sedihkah? Sebakkah?
Serupa manakah pula hari persandingan abang kelak?
Gembirakah? Harukah? Meriahkah? Hibakah?
Apa pula kisah yang nak aku ceritakan pada pewaris-pewaris kecilnya nanti?
Kisah sukakah? Kisah dukakah?

Aku tak tahu. Jangan tanya aku. Sebab aku pun masih mencari pada ruang atau unsur mana harus kutanya, melainkan Dia yang Maha Tahu. Cumanya, aku hanya berharap dia akan diampunkan. Dirahmatkan. Diberkatkan. Dan ditempatkanlah dia di sisi insan-insan yang dikasihi oleh-Nya.

Abah,
I’ll always pray for you.
In fact, never stopped praying eversince.
And I promise, I’ll take care of Mama for you.
Tenanglah Abah di sana.
Jangan risaukan kami di sini.
Kami semua tetap sayang dan rindukan Abah, sampai kami menyusul nanti.

Al-Fatihah.
ALI YUSOFF
1948-2008.

Advertisements

3 thoughts on “The Greatest LOST of All…

  1. salam atas saudaraku jojo..maaf aku lama menyepi..sgt byk aku miss ttg hang..innililahi wainna ilaihi rajiun..tabahkan hatimu saudaraku..redhakan pemergiannya, n doakan moga rohnya sentias aman n bersama dgn roh kaum muslimin n mukminin yang lain..xda paling bharga yang paling dia perlukan kat sana kecuali doa anak2nya yang solih..aku doakan utk hang juga hazaril firdaus, sahabat, teman n saudara yang aku kasihi..jo..aku mintak maaf sgt dgn hang..aku xkontek hang lama..nway simkad aku smua dh rosak sbb slalu terjun dlm air..huhuhu..nway ni no baru aku skg..0139847330..ni aku pkai postpaid..klu terjun air lagi pn xpa sb leh recover balik smua balik kat celcom..ni emel aku gak..ikhwanma@yahoo.com..klu hg nak ym aku kat situ pn xpa..jo..aku pasni dh xkja lagi kat aquaria..aku dpt ofer smbg blajar balik kat unimas..insyaAllah may nt aku register..18mac ni aku last kja kat cni..jo..hg ada simpan no korie dak?leh forwad kat aku?ahmad ikhwan muftahuddin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s