10 Days and 11 Nights

Yup. Today is the 10th day. Pejam celik dah pun lebih seminggu. Tapi macam hari tu jugak, segalanya masih terasa baru. Maunya tak – bangun pagi nak tekan suis lampu, teringat keadaan suis lampu yang songsang tu adalah hasil kerja ‘kreatif’ Arwah. Pastu nak gi dapur, akan lalu toilet lama. Teringat lagi, Arwah sempat pasangkan lampu untuk toilet tu yang sekian lama bergelap sebab tak sepopular toilet baru. Then sampai lak ke toilet baru, yang juga ilham Arwah supaya dibina toilet yang ‘semi-open-air’, leh nampak bintang sambil membuang. Hehe. Itu baru awal pagi. Camna lak keadaannya nak drive keta Arwah? Duduk di sofa single-seat yang Arwah cukup pantang orang laen duduk? Camna lak bila bukak pintu depan dan ternampak hasil cucuk tanam Arwah yang ajaibnya makin hari makin layu walaupun tak pernah gagal dijaga dan disiram oleh Mama sejak Arwah takde? Hurmm…

Yang pastinya, siapa saja yang mengenali Arwah pasti masih terasa kewujudannya. Yup, Arwah adalah kesayangan dan kegemaran semua orang, especially cucu-cucu keciknya. Sape yang takkan terkenang atau tak rindukan telatah Arwah yang Maha Friendly dan terkenal dengan cerita² hidupnya yang penuh dengan kelakar spontannya tu? Dan mengukuhkan hujah aku lagi – ‘pondok’ yang jadi tempat perhimpunan bapa² di tetangga tu pun dah mulai kosong sejak lebih seminggu yang lalu. Erm…

Sedih punya pasal terlupa lak aku nak ucap terima kasih untuk semua.

Terima kasih yang tak terhingga buat semua saudara mara dan jiran² yang sudi hadir, sejak malam Arwah, menguruskan jenazah arwak hingga ke liang lahad, membantu menyempurnakan kenduri tahlil malam pertama, kedua, ketiga dan terakhir (buat masa ni, sehingga diberitahu kelak) semalam – “Jasa kalian Allah sajalah yag mampu membalas.

Teristimewa buat Ikin, Ayu dan Adek yang sudi menjemput Kak Elin di Sentul dan menghantar kami ke PETRONAS Astro, “Jasa kalian akan kukenang hingga ke akhir waktu.

Buat Mimie yang sudi meminjam dan menumpangkan Burger untuk pulang pada malam tu, dan sanggup stay sampai ke kubur “i owe u big one, lil sis!“..

Istimewa juga buat dua sahabatku yang terbaik – Siti Hajar Othman @ Sitie dan Mohd Amirul Faiz Mohd Fozi @ Meown, yang sanggup drive all the way dari KL pada pagi tu dan ikut sampai ke kubur (dan Meown yang juga turut membantu menguruskan liang) – “u guys r the best!“..

Kepada cik Rafizah Bahadon @ Kakak Besar – orang pertama yang memaklumkan perkara tersebut, “thanx sebab sungguh² cari orang malam tu“.

Buat my two bosses – Zainal Alam Kadir dan Amir Hafizi, “thanx for understanding..for giving me cuti sampai abis pilihanraya..hehe..“.

Juga buat team RiaSentral, especially my sparring partner, Mr Ahmed, “Gua utang lu lagi la, bro..“..

Team Trek Selebriti tak terkecuali, sure semput kan kena buat VO script sendiri untuk 2 minggu berturut². Huhuu. “Thanx guys.. jap gi gua tengok repeat ek“…

Juga buat semua yang sudi menghantar text message, message di friendster & myspace, e-mails and phone calls (tidak mengikut kronologi mahupun hierarki) – Fifi, Putri, Korie, Qittin, Sarah Najwa, Nizam, Tommy, Mawi, Daia, Farahida Ramli, Sya, Kak Sa, Kak Lyn, Abg Wadi, Syikin, Zaidan, Lily, Pakden, Net, Ayeen, Paan, Alia, Abg Hashim, Farish, Seri, Nick, Cacu, Kak Mah, Jimmy, Che Tipah, Hana, Sarah, Kak Tina & Abg Riezman, Awis, Feda, Abg Hermi, Sarah Nadhirah, Mama El, Usop, Sarjan, Baihaqky, Kak Ann, Abg Rizzo, Bachok, Huserk, Abg Is, Mama Mimie, Mami NZ, YaYa, Kak Girl, Kak Atun, Mak Ayam Sepol, Kak JR, Kak Yan, Abg Zul dan semua yang tak mampu dinyatakan di sini,
Sokongan dan keprihatinan kalian menjadi azimat yang tidak ternilai bagi diri ini.

Phewww.. change subject!

Tomorrow is the big day, for all of us. I know, some of us dah mula konpius walaupun perbuatan memangkah tu senang gile babs. Ada yang terpikirkan pendapat majoriti dan minoriti, ada pulak yang lebih cenderung pada sentimen perkauman, ada yang memang jumud dan fanatik terhadap sesuatu parti tanpa mahu mengambil kira isu dan perkembangan terkini yang menjadi bukti sahih lagi nyata dan macam-macam lagi. Be it wutever, vote wisely guys. Don’t jeopardise our belovered country with any stupid step nor decisions, kay.

Dan buat sesiapa yang belum mendaftar tu, silalah berbuat demikian secepat mungkin. Jangan terlepas sekali lagi. Rugi mampuih, bak kata orang Kedah. Juga buat satu lagi kaum yang lebih kerugian, atau tak keterlaluan aku namakan kaum yang Maha Rugi – orang² yang tak pernah mengundi walau dah berpenggal-penggal layak berbuat demikian atas sebab² yang mereka sendiri pun tak pasti, insaflah. Kalau pejuang zaman pra merdeka dulu sanggup bersusah payah bergolok gadai harta benda hatta nyawa sekalipun, apa sangatlah susahnya untuk kita angkat bontot besar berat kita ni dan pergi ke tempat mengundi yang ditetapkan serta memangkah dua helai kertas untuk menyumbangkan bahagian kita pulak? Aduhai.. berkira betul.

Apapun – Think wise, be wise. Itu je pesan aku, yang baru pertama kali nak mengundi nih. Heheh. Marilah mari.. pergi mengundi.. jangan lupa kewajipan pada negara.. heheh.. heheheh.

p/s : yang nyatanya, we’r one vote short, for sure. huhuu. al fatihah, buat kali yang entah berapa ratus…

Advertisements

2 thoughts on “10 Days and 11 Nights

  1. Hu? Err.. I was referring to the regular@registered voters, so ONE la.. hehe…Sempat la.. apsal lak tak sempatnye..asalkan ko make sure ko pegi register SEBELUM 2012.. maybe sumwhere in 2010 (preferably) or 2011 (before mid-year)..Aku daftar November 2006, March or April 2007 baru wujud nama aku dalam sistem SPR. Huhuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s