Serabut But Buuttt…

I’ve been tagged. Lama dah.. seminggu dah kot. By whoelse, mestilah by my best-bud, Sitie si budak kecik yang comot. Tapi busy dan busy. Dan malas pun masih ada. Hehe. Dah la kepala otak aku sedang serabut. Serabut pikir, camna nak cari duit. Sebab tiba² kertas yang kadang wangi kadang busuk tu jadi subjek yang maha menyesakkan pala otak aku. Dan secara kebetulan sumber² aku untuk menidak-nyesakkan pala otak aku pada waktu² genting macam ni pun turut sesak. Huhuu.

Pagi ni, sampai je opis aku dah disambut dengan satu message yang membuat amarah aku naik mencanak. Diikuti pula oleh seseorang yang mempamerkan attitude yang menambah lagi darjah ketinggian amarah aku ni. Orang tu turut menyebabkan aku mendapat tempias amarah orang lain yang lebih tinggi daripada aku. Last² aku aku rasa better ingore je trus orang tu. Biar la takde watak bernama JOJOE dalam idup dia ari ni. Aman skit aku. Nak terasa? Rasa je la.. ada aku kisah?

Rupanya, amarah aku memang ditakdirkan takkan surut dengan mudah ari ni. Belum pun jam mencecah 12 tengahari, muncul pulak e-mail yang turut mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap api. Bukan 1, tapi 4. Semuanya tentang pertolongan yang tak mampu aku berikan, sebab pertolongan ni semuanya berkisar pada subjek yang sama – subjek yang menyesakkan pala otak aku tadi. Aku balas seadanya, dengan SMS. 4 SMS jugak. Takleh nak cerita banyak², sebab last time aku tegur dia kat entry aku ni sendiri, aku terpaksa padam aku punya shoutbox. Baek aku diam je kan, sambil berharap dia faham jawapan aku satu-persatu.

Alamak.. tag plak camna? Alah.. senang², aku amik keputusan untuk cantumkan je entry ni dalam proses ‘menyah-tag’kan diriku ni.

  • Apa superpower idaman anda? Sila pilih satu!
  • Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan itu?
  • Kenapa atau untuk apa superpower itu yang anda pilih?
  • Nama anda sebagai hero?
  • Kelemahan superpower anda? Wajib ada!
  • Motto anda sebagai superhero?
  • Sebarkan tag ini kepada 10 rakan yang lain. Kalau tak mampu, 5 pun ok.

Okeh.. Aku jawab je lah ek..

Mula².. (Pilih salah satu? Err.. nak pilih satu tu dari mana ek? hentam jelah!) Superpower idaman aku adalah kuasa menukar orang kepada duit. Terutamanya orang-orang yang menyesak dan menyerabutkan pala otak aku. Hurmm.. menarik…

Yang mempengaruhi aku of coz lah watak-watak yang aku sebutkan tadi. No doubt.

Untuk apa aku ada kuasa tu? Sangatlah senang jawabnya.. untuk menambahkan jumlah duit yang aku ada, sekaligus menghilangkan serabut pala otak aku, dengan cara yang paling senang!

Erm.. Nama aku sebagai superhero? Panggil je Jojoe. Aku tak kisah. Mungkin orang tu takkan sempat pun panggil nama aku. Buat penat je letak nama best².

Kelemahan yang ada pada aku adalah akan selalu tersilap pilih orang. Kadang² artis atau hos yang kerja dengan aku pun tertukar jadi duit gak. Kalau tetiba ada artis Malaysia yang hilang tak dapat dikesan, aku punya kerjalah tu! Huhuu…

Motto aku adalah Cepat dan Betul. Menukar musuh aku menjadi duit dengan Cepat, dan Betul-betul menepati jumlah yang aku kehendaki.

Dah.. abis dah.. best ke tak, aku tak peduli. At least, aku update jugak. Hauhuahua…

Tapi kan, satu je aku nak mintak. Can i break this chain, by not tagging other people? Can I? I can, can’t I? Can lah!

p/s : So.. and so…

Advertisements

3 thoughts on “Serabut But Buuttt…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s