Me : INactive

I’m livin in the same house with an ultra-active blogger..in fact, a livin legend in the so-called blogosphere.. Tapi hakikatnya – aku ni nak update seminggu skali pun yarabbi punye malas.. seolah2 tangan aku (untuk pengetahuan anda, aku aku hanya taip sampai sini je.. dan ni aku baru sambung lepas TIGA HARI!) terlekat di pinggang.. kiranya tangan dan pinggang aku ni kembar siam yang belum dipisahkan la, so takleh nak angkat tangan dan ketiak aku pun tidaklah sebebas mana.

Seseorang yang tidaklah berapa cerdik mengajar aku erti politik di ofis. Dalam banyak² jenis politik, aku dapat kenalpasti jenis yang satu ni – politik “akak sayang adik”. Huhuu. Ditanyanya aku (orang tu la) siapa yang aku katakan sedang rancak berpolitik di kalangan kami – dan jawab aku “i tak tau, dan i tak nak tau”.. dia balas plak “u rasa i ni ke yg kuat berdrama dan berpolitik?” dan aku yang merasakan diri ini tidaklah sebodoh yang orang tidak berapa cerdik tu sangkakan, of course la menjawab “tidak”. Bukan best² nak hipokrit, tapi sebab tempat pertemuan tu hanya dipisahkan dengan sekeping dinding besi bersalut kusyen setinggi lebih kurang satu meter yang jelas tidak berapa ikhlas dari kawasan tempat duduk dia yang tak berapa cerdik tu dan kawan-kawan sejawatnya.. cuba bayangkan kalau aku kata “YES, ko lah drama queen yang paling semua orang menyampah.. dan ko jugaklah maskot kelapa laut afrika!” – gila!

Alah.. kalau jauh pun, aku rasa takde guna aku cakap betul², sahih² dengan dia pun, aci bet dia takkan paham punya.. dia hanya akan paham yang muluk², yang manis². Yelah akak.. baeklah akak.. hiduplah ko dalam white castle ciptaan ko sendiri.. drama ko, arahan ko, heroin pun ko, so lantak ko lah. Aku takde masa nak kacau ‘production’ ko. Sekian.

Semalam aku naik benda pusing² yang tinggi nak mampos tuh. First time. Best jugak, cuma lebih bet kalau ada gula kapas yang besar tuh. Baru lengkap rasa cam kat fun fair. Hehe. Satu je aku tak paham – nak naik kena bagi password. Password ni diberi oleh orang yang jaga gate depan kaunter tiket, untuk diberi pula pada orang yang jaga gate naik ke gondola tuh. Dan password aku adalah “anak itik tok wi, mandi dalam kolam”, dan abang tu pun jawab “ubat apa tok wi, ubat limau lelang”. So sah² la abang tu salah, sebab jawapan yang sepatutnya adalah “sakit apa tok wi, sakit sendi tulang”.. jawapan yang dia bagi tu adalah dari baris selepas tu, mengong. So aku terpaksa amik light-saber dan pancung kepala dia, kat situ jugak. Sebab ternyata dia bukan manusia. Jahat punya Alien. Eye On Malaysia pun nak kacau ka! Hehe.. sebenarnya, password aku 3036 je. But still aku tak paham.. kalau salah bagi password, kena tembak ke? Haihhh…

Aku nak bertolak gi Penang jap gi. Err.. balik Penang. Heheh. Yup, mesti ramai dah leh teka – benar.. I’M BACK ON THE TREK! Huhuu sebab budak baru yg ganti aku tu dah resign. Way to go budak bhotak! Ika.. hurmm.. tah.. aku tak follow pun diari, so aku tak tau budak ni macam mana. Cuma melalui perbualan tipon semalam, dia ada sedikit kelirrruu dengan gelanggang yang dia baru masuk nih. Selamat datang la kot yang patut aku ucapkan. Hahah.. makang budok!!!

Itu je kot. Dah active balik. Tapi mesti ramai je yang tengah komplen dalam hati – “tahun bila pulak laaaa setan ni nak update lagi”. Hehe we’ll see.

p/s : p…….. s……….

Advertisements

2 thoughts on “Me : INactive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s