Sakit


“Jika sesiapa di antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban..”

Aku pun tak paham, tapi serasa macam dah jadi satu trend sekarang ni – orang sekeliling, dua keliling dan tiga keliling aku gemar sangat mengungkit. Ungkit itulah.. ungkit inilah.. dan pada masa² camnilah aku rasa aku perlukan sangat robot kucing yang seekor tu. Nak pinjam mesin cahaya masa dia. Nak patah balik ke waktu pengungkit² ni cuba menabur budi yang aku sangkakan ikhlas setulus mulus ghazal untuk rabiah tuh, dan nak cakap straight to their faces, “Kalau bantuan yang tuan hamba hulurkan ni adalah semata-mata supaya boleh diungkit semula pada suatu hari yang tenang nanti, makanya simpan saja bantuan itu. Atau berikan saja bantuan ‘ikhlas’ tuan hamba itu kepada sang nyamuk.. sekurang-kurangnya hayat makhluk itu tidak lama dan tuan hamba pun tidaklah sempat untuk mengungkit. Kan?

Dan aku memang jenis yang tidak berapa gemar memberikan komen, jika dan hanya jika letak duduk sesuatu perkara itu sudah mencecah status sahih, terang tanpa dengung. Buat apa? Buat membuang masa emas aku? Fikirlah sikit kot.. sumbangkan sedikit masa emas kalian jugak. Kalau benda dah betul, apa lagi yang aku nak tambah, nak adun? Bukan sengaja aku buat bodoh, tapi memang aku rasa bodoh sangat.. membiarkan diri dibantu, dan kemudiannya terpaksa diam macam batu. Proses ungkitan ni pulak berlaku pada masa-masa yang tak pernah aku jangka. Macam tau tau.. (yalah, sesetengahnya memang tau pun).

Akhirnya aku putuskan untuk tidak lagi meminta bantuan sesiapa. Kalau ada sesiapa yang rasa nak beramal, silalah ke Baitulmal. Sebab HazarilFirdausAli ni dah lelah dengan bantuan yang tidak pernah kenal erti ‘ikhlas’. Belajar dulu makna perkataan tu, kemudian datang balik pada aku. Akan kutunjukkan jalan ke Baitulmal yang paling dekat. Titik.

p/s : Tak perlulah sampai menghalalkan. Aku masih mampu menebus apa yang telah aku tumpang pakai, guna dan makan. Cuma penangguhan yang aku minta. Sedikit amat, tetapi itu memang berguna.. pasti.

Advertisements

5 thoughts on “Sakit

  1. aku sentiasa ikhlas, 4 everything i did 4 u.cehhh..cm ade bende je aku pnah wt utk hg kn.hg yg tlg aku adelh =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s