Hati

Korang penah makan hati tak? Maksud aku, hati betul lah.
Hati haiwan yang boleh dimakan. Ayam, lembu, kambing, kerbau, rusa, arnab, burung.
Hmm.. Sedap kan? Aku asal-asalnya suka gak hati. Tapi memandangkan semakin aku tua aku semakin tak berapa suka makanan yang lekat celah gigi, makanya kesukaan aku terhadap hati semakin kurang.

Mama suka masak hati masak kicap. Sedap. Ada jugak orang just goreng, or bakar. Aku apapun boleh, tapi aku just akan makan seketul je. Tak tambah. Sebab makin banyak aku makan, makin banyak akan lekat celah gigi aku. Oh.. aku masih tak makan kacang, dan baru berjinak-jinak makan jagung. Sebab yang sama – benda-benda tu melekat celah gigi. Haih.

Ustaz dan cikgu cakap, Rasulullah pernah pesan yang makan organ dalaman boleh melembamkan minda. Betul la kot, sebab organ dalaman ni kan untuk proses makanan atau apa saja yang masuk dalam mulut kita? So bayangkanlah apa yang masuk dalam mulut haiwan kan? Tetiba teringat, masa kecik dulu aku pernah termakan bontot ayam, yang penuh pasir. Arwah Abah gelak je.. kejam tul.

Hati paling sedap dimakan ketika panas.
Lagi panas laaaaagi sedap.
So, ada sesapa teringin makan hati aku?

p/s : apa kata pegi duduk kat utan? lagi best. sure takde sape nak TERtengok, and takyah susah2 nak TERperasan jugak kan?

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Janji hati suara cinta sakti
cinta agung dari jiwa ternyala
janji tanah lahir aku cintai
aku rela sama membela

Pengorbanan jangan diluka
khianat janji hilang jasa
ku mencari hati mulia
aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
nafas lain haluan seketika
aku rayu wira hati sayangku
ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan diluka
khianat janji hilang jasa
ku mencari hati mulia
aku sanjung pencinta bangsa

Bila janji terlukis indah
usah lagi kau buru cinta
aku serahkan hati asmara ku
kini bebas hati bersatu
oh hati…

::::::::::credits to siti nurhaliza:::::::::

Advertisements

6 thoughts on “Hati

  1. hati ayam is my favorite.owh, owh..lembabkah otak aku?btw, ko mmg ske mkn bontot ayam pn kn.tetambah lg yg dibakar cm aritu.hehe..oi bdk, ko ok? =)

  2. Erm.. jojoe. Aku rasa seme nih hanya mentaliti kot. Ade je org mkn hati yg jadi professor. Erm. Mungkin mentaliti yang kita tanam ni mempengaruhi pemikiran kearah keburukkan. Mungkin kita tk boleh salahkan hati. Kesian.. Iskisk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s