Hidup Mesti Terus

Aku baru je lepas membaca.. or lebih tepat lagi mengimbas, aku rasa. Membaca blog lama aku. http://jojoeali.blog.friendster.com/. Haha. Rajin tul aku menulis masa tu. Macam-macam cerita jugak yang kuar. Aku bagi diri aku sendiri 4.5 bintang. Hehe.

Tapi nape skang ni aku dah jarang menulis? And bila aku menulis, kebanyakan hasil tulisan tu aku sendiri pun tak suka. Tak senang. Adakah ini menunjukkan jasadku mula kehilangan jiwanya? Atau sekadar hormon yang memenuhi rongga jasadku – petanda usiaku makin bertambah?

Mungkin. Segalanya mungkin, kata Zainal Abidin dalam Headwind. Heh. Tuntas aku terfikir – apa yang membuat aku semakin hilang? Cara hidupku? Kerja buatku? Pekerjaanku? Entah. Macam aku katakan tadi – MUNGKIN.

Atau aku sama saja semacam sesetengah golongan manusia – terlalu asyik mengikat diri dengan hidup lampauku? Tak sedia untuk mengalih bontot dan melangkah bersama perubahan dalam babak hidupku?

Oit Jojoe.. bangun la weh.. terlalu lama menyinggah di lipatan kenangan, takut nanti lama-lama tangan takkan mampu menguak halaman-halaman baru yang menimpa. Kan? hidup mesti terus.. hidup mesti terus, bro…

p/s : Gila, cakap sorang sorang.. sian aku.

Advertisements

4 thoughts on “Hidup Mesti Terus

  1. dulu hang rajin baca sbab baca komik..hehe..aku pun mengalami sindrom yang sama..da malas nak membaca la ni…slamat berposa…weh..nanti kita layan buffet..maybe sabtu ni aku balik kedah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s