T.U.L.I.S

Kenapa aku jadi apa yang aku jadi sekarang? Hmm…

Aku suka pegi kedai buku. Memang dari kecik gi tu salah satu hobi aku, yang tak penah aku letak dalam mana² borang. Dulu setiap ari Jumaat, aku akan ikut Abah gi opis dia, sebab kat opis dia ada kedai buku. Antara buku² yang aku suka baca termasuklah The Famous Five (or dalam Bahasa Malaysianya “Lima Sekawan”, walaupun hakikatnya diorang semua adalah sepupu dah adik beradik), The Hardy Boys (atau “Anak Anak Hadi”), Tiga Penyiasat dan bermacam macam judul siri penyiasatan lagi, tulisan Alfred Hitchcock dan Enyd Blyton. Sampai satu tahap tu aku penah buat name card, dengan title “Private Investigator” kat bawah nama aku. Tapi sorilah ye, aku tak penah bagi kat sape² pon sampai skarang (tah hilang ke mana dah ntah)…

Aku start membaca masa umur 5-6 tahun. Ayah yang ajar. Masa tu bahan bacaan aku hanya terhad pada majalah Gila Gila (memang tu la bahan bacaan pertama aku pun) je.. paper² buku² ni sume aku tak minat. Belum minat. Tapi aku pun tak sure camna aku leh mula membaca. Memanglah ayah yang ajar, tapi lebih kurang cam tiba² jugak laa aku terus pandai baca. And tiap kali aku membaca memang satu rumah akan jadi irritated la. Kuat kuat, seketul seketul. Plak tu, cara aku membaca amatlah kelakar. S.A sa, Y.A ya tu kacang la. Tapi bila sampai kat suku kata yang ada “NY” and “NG”, aku fail. B.U.N.G.A jadi “bun-ga”, P.U.N.Y.A jadi “pun-ya”. Banyak kali orang tegur pun tak betul gak gi, sampai la masuk darjah satu. Kena tunggu cikgu gak yang betulkan kan? Hehe.

Bila aku masuk darjah 2, aku dah mula boring, sebab terpaksa tunggu Abah belikan buku baru dapat bahan bacaan baru. Buku² yang ada sume aku dah ulang baca banyak kali dah. Masa tu laa aku jumpe bahan baru. Dari buku aku update ke novel. Bukan apa, ni sume sebab Kakak and Kakchik (sepupu-sepupuku yang terchenta) banyak bahan yang satu ni. And novel aku yang pertama adalah novel tulisan Ahadiat Akashah, bertajuk “Kejora”. Cite tentang sorang anak Mat Salleh yang minat sorang budak pompuan cun, tapi malangnya dia agak ‘tak cun’. Kengkawan dia pun panggil dia Urko, so bayangkan la. Haha. Dia sanggup belajar pasal Islam, and dah sanggup nak ‘potong’ dah. And at the end dia mati sejuk dalam salji, sebab ikut budak pompuan tu senyap² sambut Krismas kat French (kot, kalau tak silap aku). Tapi seblum dia mati, sempat laa dia mengucap. Budak pompuan tu nampak orang mati dalam salji, tapi tak tau itulah “boifren” dia. Huhuu…

Lepas tu, abes sume novel Kakchik and Kakak aku baca, especially yang nipis la (ikut entry level la, mengong). Majoriti Ahadiat punye la. Huhuu. Dari situ la aku mula gilakan novel, sampai sekarang. Penah satu ari tu aku masukkan sipnosis “Black Widow” dalam “Program Galakan Membaca” punye buku ringkasan, sampai cikgu panggil and tanya mana aku dapat buku tu. Lebih kurang camnilah bunyinya:”

“Ayu adalah seorang anak luar nikah, hasil hubungan sulit ibunya dengan seorang pemuda bernama Agus…”

Hehe. 24-8=16. so dah 16 tahun la aku baca novel. Hehe. Novel Melayu tau. Ala, yang jiwang² tu, yang tebal² tu. Aku rasa kalau aku simpan semua buku yang aku baca, dah leh bukak library dah ape ke. Hauhuahua…

Masa skolah dulu pun aku slalu ponteng sebab nak lepak library. Masa darjah 3-4, masa lepas UPSR, masa lepas PMR.. ujung² tahun lepas final exam, time cikgu dah tak masuk kelas. Seksyen yang aku tuju mesti ruangan Fiksyen Melayu. Besh. aku leh duduk sehari suntuk, sampai tamat waktu sekolah. And tabiat tu membawak ke Matrix. Sampai tahap curi buku bawak balek, baca, esok pulang balik. Hehe. Kronik kan?

And dari situ la minat aku menulis mula bercambah. Walaupun aku sekolah sains, then masuk matrix sains, lepas tu tercampak plak ke art school, last² aku balik ke dunia asal aku. Penulisan. Dunia yang sama lama dengan dunia aku yang lagi satu – muzik (err.. minus laa 3-4 tahun, sebab akupun tak ingat aku start nyanyi dulu or membaca dulu. hehe). And berdasarkan situasi dan kondisi diri aku skang ni, rasanya aku akan bertahan cukup lama lagi dalam dunia ni. Hehe.

Sampailah skang ni, aku masih suka pegi kedai buku. And aku akan tuju terus ke seksyen yang satu tu, tanpa ada minat sangat untuk singgah di seksyen yang lain. Hehe. Tak bermakna aku tak suka membaca benda lain, tapi bagi itu adalah cara untuk aku ‘escape’. Wayang, 2 jam dah abes (pun aku gila jugak). Muzik lagi la, 5 minit dah settle. Nyanyi lama sangat, jari sakit dah nak petik gitar. Huhuu. Tak bermakna jugak aku ni buta English, tapi aku lebih selesa dengan bahasa ibunda aku, Bahasa Melayu. Bahasa Malaysia. Dah cukup besh. Dah cukup indah aku rasa.

So kalau nak belikan aku novel, belilah novel Melayu ek. Jive tak jive, itu belakang kira. Tebal manapun takpe, aku layan je. Janji jalan cerita besh, and tak banyak sangat kesalahan bahasanya. Penulis yang baik adalah seorang individu yang mampu mengalun kata-katanya mengikut lenggok yang indah, sambil mengekalkan betul letaknya bahasa yang digunakan dalam pengindahan tersebut. Heheh. Novel English? Boleh jugak, tapi sure aku tido bila sampai kat preface. Huhuu…

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Suaramu..
gemersik bah buluh perindu
cuba kau lagukan
cuba kau dendangkan
mengisi di ruang kamarku..

Senyummu..
menusuk dan membelai di kalbu
cuba kau ukirkan
cuba kau pamirkan
menjadi hiasan hidupku..

Tiada terkata seindah bahasa
nak kuhuraikan
nak kubelaikan dirimu..

Akan kusyairkan katamu
akan kumadahkan janjimu
menjadi coretan gurindam puisi cinta..

Akan kuukirkan senyummu
akan kulukiskan tawamu
menjadikan sususan warna
potret indah…

:::::::::::credits to ilusi::::::::::::::

Advertisements

2 thoughts on “T.U.L.I.S

  1. hehe kenal.. kan penah jumpe pun? 😉
    actually blog ni dah tak active.. huhuu.. dah 2 tahun dah tak sentuh. tgh pikir nak idupkan balik, tapi tak penah jadi. haha. tq anyway…

    yg active kat sini
    aksaraketiga.wordpress.com

    sila lah ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s