Bukan Fantasia..

Ada orang tu..

Bila orang suruh bersatu.. dia pilih untuk berpecah,

bila orang suruh berdiam.. dia pulun buat kecoh kononnya meriah.

Bila orang bagi dia kerusi.. dia kalut buat skandal penuh erosi,

bila orang tarik balik kerusi.. dia tak nak turun buat perangai penuh emosi.

Bila baginda ikut perkenan untuk dia buat kerajaan.. bagindalah paling adil + raja nombor satu,

bila baginda suruh dia bubar kerajaan.. dia suruh makcik pakcik sepupu sepapat dia baring atas jalan sambil baling raja dengan batu.

Bila orang bagi rumah mula mula dulu.. dia kata tak payah, dah ada rumah sendiri, semua tu tak perlu,

bila sekarang orang suruh keluar balik dari rumah.. dia buat tak reti, mungkin memang dah dasar muka tak malu.

Hmm.. entahlah. Apa punya orang tah. Sendiri berak, sendiri tak nak angkat. Tak paham aku.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Anak anak kitakah yang berlari telanjang
di bawah mentari sumbing
sambil bernyanyi lagu
ketakutan hari hari ini..

Anak anak kitakah yang memikul beban
kesilapan kita
hingga dia tak kenal budaya
canggung bangsa sendiri..

Selamatkan anak kita
dari padang jerangkap samar
selamatkan anak kita
orde baru politikus usang..

Anak anak kitakah yang bermain
di hutan belukar
dengan senapang kayu ubi
cambah tak kenal bahaya..

Anak anak kitakah yang tak tahu nak pulang
bila petang kerana terlalu sibuk
main lastik dan berpistolan
pistol pistolan..

Jaga jaga anak kita
jangan sampai jadi hamba
jaga jaga anak kita
kita ini orang merdeka..

Panggillah mereka pulang
ayah nak ajar tentang kurang ajar
jadi mereka tak akan sendiri lagi..

Panggillah mereka pulang
ayah nak ajar tentang kurang ajar
jadi mereka tak akan dimomok lagi..

Fikir,
selamatkah kita di tangan tukang karut itu..

Fikir,
selamatkah kita di tangan dalang wayang itu..

Fikir,
selamatkah kita di tangan ahli koporat itu..

Fikir,
selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu..

Fikir,
selamatkah kita di tangan pakar kitab itu..

Fikir,
selamatkah kita di tangan tuhan tuhan itu…

..credits to m nasir.

Advertisements

One thought on “Bukan Fantasia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s