Lagi?

Aku kena lagi. Kali ni lebih sakit. Lebih pedih. Aku pun tak faham. Apa yang ada pada diriku, sampai ada manusia yang sanggup buat aku macam ni?

Tak boleh ke berterus terang? Tak boleh ke berdepan dengan tenang? Bukankah lebih jantan main lawan buku lima, daripada main baling bom dari hujung ke hujung padang?

Insaflah sikit, aku di sini nak kerja. Bagi aku ruang, bagi aku selesa. Bukan mintak tilam emas, jauh sangatlah pinggan gangsa. Cuma bagi aku selesa barang sedikit sahaja, biar penat bekerja aku tak terasa.

Jangan bangkitkan amarah aku. Aku tak suka nak berdendam dengan kamu. Tak minat nak tahupun siapa pembuang taik yang satu tu. Cukuplah dengan berhenti di sini, jangan lagi ganggu aku.

Aku terpaksa, ini amaran yang penghabisan. Aku suka gelak, aku suka ketawa, tapi jangan anggap aku ni bodoh bak budak mentah umur belasan. Aku ada maruah, sabar aku pun ada batasan. Jangan sampai aku bertindak di luar norma seorang insan. Jangan sampai aku lupa, yang aku ini muslim yang bertuhan.

Maaf. Semua orang pasti terkhilaf. Tapi buat kamu, tolong.. tolonglah insaf.

Advertisements

2 thoughts on “Lagi?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s