Aku Melayu

perINGATAN AWAL : Ini bukan coretan racist.

Aku lahir dalam keluarga MELAYU. Abah aku MELAYU yang berdarah campuran Aceh, Belanda dan Jawa. Turun ke TANAH MELAYU dalam abad ni jugak. Walau ada sedikit contengan darah penjajah di situ, namun majoriti darahnya kental dengan adunan darah MELAYU Nusantara. Jadinya, Abah aku MELAYU. Dan Mama – adunan darah Peranakan India Pulau Pinang (atau korang dan kitorang sendiri panggil Mami), ada Arab, ada Jawa dan sedikit Siam. Namun bila disuruh tulis dalam surat beranak – MELAYU juga yang dicoretnya. Bila Abah kahwin dengan Mama, lahirlah kami 3 beradik – yang semuanya MELAYU.

Abah, menjadi anak MELAYU pertama dari Tikam Batu, Sungai Petani yang melanjutkan pelajaran ke Kota London. Bahasa Inggerisnya? Tak perlulah kot aku nak komen di sini. Dan kembalinya ke Tanah MELAYU, beliau, yang masih kekal MELAYUnya, lebih dikenali dengan profesionnya sebagai jurujual kereta. Mula dengan kedai jual kereta mewah dekat E&O tu, yang taukenya BUKAN Melayu. Cina. Kemudian arwah melompat pula ke EMASTULIN. Lama jugak dia di sini, jual kereta PROTON. Sampai ramai yang panggil dia Pak Ali PROTON. Boss dia nama Uncle Tam masa tu, BUKAN MELAYU juga kalau tak silap. Dari situ, lompat pula beliau ke USF. Jual PAJERO. Taukenya masih BUKAN MELAYU. Lepas tu ke ERAKAMI, pertama kali bermajikankan seorang Melayu selepas lebih 15 tahun. Uncle Marzuki nama dia. Marzuki Ibrahim. Adik kepada seorang tokoh pilitik yang kalian semua AMAT KENAL. Berbinkan Ibrahim. Aktif di kawasan Seberang Perai, dan menjadi ‘tuhan’ di kampung halamannya di Cherok Tok Kun. Seorang MELAYU, yang sibuk memperjuangkan BAHASA MELAYU sekarang ini. Bagus kan beliau?

Seingat aku, sejak aku kecil lagi memang Abah dah fasih berbahasa Hokkien. Sangat fasih. Mungkin hasil beliau bertuankan BUKAN MELAYU dari dulu. Hinggakan ramai pelanggan BUKAN MELAYU lebih gemar berurusan dengannya. Sampai satu tahap, ada rakannya yang berbangsa BUKAN MELAYU masih kenal akan beliau walau telah lebih 20 tahun tak berjumpa, hanya kerana kepekatan slanga Hokkiennya itu. Hmm. Oh lupa nak cakap. Walaupun bertutur pekat dalam 2 bahasa BUKAN MELAYU yang lain, arwah tetap kekal MELAYU, hingga akhir hayat beliau. Al Fatihah.

Itu arwah Abah. AKU? Aku mula-mula belajar di Tadika KEMAS, yang mana aku masih ingat hanya ada seorang saja BUKAN MELAYU di situ. India. Bilamana ada sesi membuat bulatan, seorangpun anak Melayu TAK NAK pegang tangan dia, menyebabkan bulatan terputus di situ. Jadinya, aku selalu bertindak duduk siap siap tepi dia, supaya bulatan tu tak jadi putus. Kenapa tak nak pegang tangan dia? Siapa yang ajar macam tu? BUKAN MELAYU sendiri yang ajar.. ke?

Kemudian aku masuk ke SEKOLAH KEBANGSAAN, masih lagi majoritinya MELAYU. Seorang saja kawan aku yang BUKAN MELAYU. Masih lagi India, Murali Krishnan namanya. Aku selalu kongsi air botol dengan dia. Sedap. Sebab dia je yang selalu beli air tu. Kitorang yang MELAYU ni hanya mampu beli air anggur ceduk, satu plastik 20 sen.

Aku kekal di sekolah yang sama selama 6 tahun. Dan makin lama aku di situ, makin ramai BUKAN MELAYU yang aku temu. Antaranya yang paling aku kenal, saudara Teoh Aik Poey yang suka mencalit taik hidungnya pada siapa saja. Kemudian aku lanjutkan pejaran ke SEKOLAH BERASRAMA PENUH yang bergelar SEKOLAH MENENGAH SAINS. Bantuan penuh kerajaan, dengan kuota untuk BUKAN MELAYU yang amat sedikit. Matrikulasi aku juga di sebuah kolej yang LANGSUNG TIDAK ADA BUKAN MELAYU. Memang polisi badan penaungnya tidak membenarkan. Hmm. Tapi aku tetap kawan dengan siapa saja. MELAYU dan BUKAN MELAYU. Sebab aku tetap MELAYU, rasanyalah, walau dah pernah kena calit taik idung dengan seorang anak doktor gigi yang bengong yang nyata berbangsa BUKAN MELAYU.

Aku sangat suka buat karangan MELAYU. Mungkin sebab aku dah mula membaca novel jiwang MELAYU sejak umur aku belumpun genap 8 tahun. Malah antara sinopsis pertama aku untuk Program Galakan Membaca juga aku petik daripada novel Black Widow karya Raja Azmi, yang antaranya berbunyi

 “Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Agus yang menjalin hubungan sulit dengan seorang gadis bernama Ayu..“.

Hmm. Dan mungkin juga sebab bahan bacaan aku yang pertama adalah Gila-Gila, komik satira humor yang kalian semua amat kenali, yang diterbit dalam BAHASA MELAYU. Tapi tulah. Walaupun aku suka, cinta akan bahasa MELAYU aku, aku tetap akhiri zaman sekolah rendah aku dengan Anugerah Pelajar Terbaik Bahasa Inggeris, dengan markah purata akhir aku 99.5%. Dan selepas 7 tahun selepasnya, dari sekolah menengah menjengah ke kolej, aku masih mampu meraih A dalam PMR, A1 dalam SPM yakni di sekolah menengah, juga diberi gelaran Peserta Terbaik Kem Bahasa Inggeris serta Pendebat Terbaik Persidangan Mini PBB (‘Mock’ UNGA) yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris – dan itu semua berlaku tanpa aku tinggalkan sedikitpun kegilaan aku terhadap novel jiwang Melayu itu. Dan tau tak BAHASA MELAYU aku berapa? A2. Kesian aku kan? Huhuu…

Hmm. Tapi itulah. Aku hanya cemerlang dalam subjek yang satu itu. Matematik dan Sains aku? Lingkup. Bungkus. Terutamanya Fizik dan Kimia. Sebab? Err.. Entah. Kenapa pembelajaran dan pengajaran yang aku tempuh dengan bahasa ibunda yang aku cintai tu tak membantu aku sedikit pun ek? Hmm.. mungkin sebab ni kot…

Hmm. Cikgu aku ajar aku totally dalam BAHASA MELAYU. Masa tu PPSMI belum berjalan, atau baru nak berjalan kot. Entah, tak pasti aku. Yang pasti, aku terlepas dari belajar Sains Matematik dalam BAHASA INGGERIS, atau apa yang ramai orang panggil “seksa” besar. Termasuk juga segolongan guru-guruku. Berpeluh sakan. Tapi yang muda-muda jelah. Yang tenang tak beriak hanyalah yang senior, yang hampir nak pencen. Mungkin sebab mereka dah mangli dengan PPSMI pada era persekolahan mereka dulu. MUNGKIN.

Tapi tulah. Aku dari awal dah pelik. Belajar dan diajar dalam BAHASA MELAYU. Soalan SEMUANYA dalam BAHASA MELAYU. Tapi kenapa jadi macam ni:

F (force) = m (Mass) a (acceleration) ?

Kenapa tak macam ni:

D (daya) = b (Berat) h (halaju)?

Yang ni lagilah aku konfius:

Karbon Dioksida = CO2 ek?

Bukan ke patut:

Karbon Dioksida = KO2 ?

Entah. Sebab tu kot aku tak cemerlang dalam kedua-dua subjek itu. Fizik aku hanya C5, manakala Kimia aku tak kredit pun. Susah la nak ingat. Walaupun aku BOLEH berbahasa Inggeris, aku susah nak convert BAHASA MELAYU yang diajar dengan formula yang kekal tegar dalam bahasa lain. Rasa macam aku diajar taekwon do, tapi disuruh menyertai Pertandingan Silat Sedunia, sebagai syarat tamat pengajian aku. Susah beb. Almost impossible.

Hmm. Apapun terjadi, aku masih mengamalkan kedua-dua bahasa dalam kehidupan aku. BAHASA MELAYU dan Inggeris. Aku juga sekarang bertindak sebagai Penulis Kreatif untuk rancangan yang diterbitkan dalam BAHASA MELAYU dan Inggeris juga. Dan aku masih MELAYU, katalah apa pun. Sebab aku rasa, makan beefsteak sekali sekala takkan memBUKANMELAYUkan aku.. kan? Syukurlah.. sebab arwah Abah ajar aku makan beefsteak sejak sebelum tadika lagi, jadi sekarang aku tak kekok. Kalau tak, sure aku muntah darah tiap kali makanan BUKAN MELAYU menjamah tekakku. Kesian lagilah aku kalau macam tu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Anak kecil main api
terbakar hatinya yang sepi
airmata darah bercampur keringat
bumi dipijak milik orang..

Nenek moyang kaya raya
tergadai seluruh harta benda
akibat sengketa sesamalah kita
cinta lenyap di akhir zaman..

Indahnya bumi kita ini
warisan berkurun lamanya
hasil mengalir ke tangan yang lain
pribumi merintih sendiri..

Masa depan sungguh kelam
kan lenyap peristiwa semalam
tertutuplah hati terkunci mati
maruah peribadi dah hilang..

Kini kita cuma tinggal kuasa
yang akan menentukan bangsa
bersatulah hati bersama berbakti
pulih kembali harga diri..

Kita sudah tiada masa
majulah dengan gagah perkasa
janganlah terlalai teruskan usaha
MELAYU kan gagah di nusantara..
MELAYU kan gagah di nusantara…

…credits to dr nordin kardi.

Advertisements

3 thoughts on “Aku Melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s