PPSMI : Aku Bosan.

Aku dah muak, dah nak termuntah baca dengar dan bercakap tentang isu ni dengan nada sinis aku yang biasa. Yang barangkali sukar untuk para so-called PENCINTA BAHASA untuk memahami, or even care to take glance at. Dan, sesuatu yang terkandung dalam blog sahabat aku yang sorang ni yang mendesak aku sampai ke tebing. Do it, Jojoe, or jump with it. To die.

http://faizhamsidi.wordpress.com/2009/03/13/ppsmi/

Aku bukanlah budak bandaq sangat. Yup yup, aku lahir dan membesar dan dibesarkan di Seberang Jaya, tapi untuk pengetahuan angpa, Seberang Jaya tu dulu hanyalah HUTAN NIBONG. Serious. No PLUS, no highway what-so-ever. Then, baru ja aku nak paham ABC, aku dah pindah ke KULIM. Laaaaaagilah. So, anggap saja aku sebagai anak LUAQ BANDAQ. Oh maaf. LUAR BANDAR. Yup yup. Aku faham, mama aku bukan penoreh getah, arwah abah bukan tukang gembala kerbau. BUT, their parents were.

Abah dilahirkan di BALING. Dibesarkan di TIKAM BATU. Or lebih tepat lagi MUKIM SIMPOR, BATU LINTANG. And he managed to squeeze out of those mud and dirt, to place himself among the top students at the ROYAL LONDON AIRFOCE TECHNICAL SCHOOL. Yup. L.O.N.D.O.N. How? By possessing this one crucial thing, called PASSION.

And guess what? So did majority of all those MENTERI YANG KONONNYA TAK TAHU APA APA. Awat, angpa ingat mak bapak dia SEMUA mantan PM ka? Angpa ingat depa tu tak penah cabut lintah pacat or main tungau tengah2 malam ka? And rasanya apa yang wat depa tu leh pi blajaq tinggi2? Same thing. PASSION.

Hey all my lame lazy crazy always-just-talking-but-no-actions-except-complainings MALAY buddies – WAKE YOU BUTT UP!!! Kita adalah apa yang kita nak jadi. MAHU jadi. Bukan apa yang kita lakukan, bukan apa yang kita makan, bukan apa yang kita belajar atau jauh sekali apa yang kita TUTURKAN. Kenapa NABI suruh kita menuntut ilmu hingga ke CHINA? Adakah sebab Baginda mahukan kita semua jadi Cina? Kenapa kita mesti selami dan fahami AL QURAN dalam bahasa asalnya? Adakah untuk mengARABkan seluruh dunia? NO! Hell No!

Apakah salah untuk kita korbankan sedikit MASA, USAHA, dan TENAGA anak-anak kita, kita dan golongan pendidik kita untuk membolehdayakan bangsa kita berdiri sama tinggi duduk sama rendah dan terbang sama melangit dengan bangsa lain? Rugikah? Serasa nak menitis airmata aku membaca coretan bodoh seorang manusia bernama CIKGU HAIKAL (entahkan wujud entahkan tidak) yang sanggup menggalas tanggungjawab yang maha berat di bawah title guru, hanya atas desakan ibunya. Yup, tabik juga aku sebab beliau sanggup turuti permintaan suci seorang ibu.  TA-PI, jelas sangat permintaan itu dituruti tanpa ada ikhlas yang sepenuhnya. SYABAS buat beliau, kerana tanpa sedar beliaulah yang merosakkan anak bangsa beliau sendiri!

Cikgu Haikal, tidakkah cikgu sedar betapa dahaganya anak murid cikgu akan ilmu yang dikatakan BEBAN itu? Saya rasa semua yag membaca surat itu ke penghujung pasti sedar akan hakikat tersebut. Cikgu, kita sudahpun bermula. Suka ataupun tidak, dah berpuluh atau mungkin beratus ribu murid yang lahir dalam PPSMI yang terbaru ini. Jadi, suka ataupun tidak juga, kita WAJIB melaksanakannya terus. Apa, cikgu fikir dengan berhenti separuh jalan TIDAK AKAN MEROSAKKAN ANAK BANGSA cikgu tu?

Mutu. Stukin. Lemu. Gerek. Semua tu layakkah dijadikan kayu ukur kebijaksanaan anak bangsa? Oh, kalau mereka guna pakai istilah-istilah ulu macam tu, kiranya mereka takkan mampu mengubah apa-apa? Jadi, kita perlu tinggalkan mereka terus lemas dalam bahasa Melayu CIPTAAN mereka sendiri? Apa cikgu berani pertaruhkan tengkuk cikgu, bahawa mereka pasti akan lebih berjaya jika PPSMI dihapuskan, dan diajar segalanya dalam BAHASA MELAYU?

Cikgu.. kalau tak salah saya, cikgu ada ketawakan mereka pada saat dan tika mereka suarakan hasrat hati untuk mewarisi kedai baiki motosikal milik orang tua mereka? Atau sekurang-kurangnya mendengus lucu ketika mereka berbicara tentang ‘lemu-lemu’ mereka? Huh. Lucu. Memang lucu. Bukan mereka, tapi CIKGU HAIKAL sendiri. Cikgu sedar tak, mereka sedang berbicara tentang warisan yang mereka ada, hanya berbekalkan kudrat akal yang masih amat jumud? And the best part is, sir, you were talkin about working at someone else’s BOWLING CENTRE at the moment ur mom started to talk about you becoming a teacher, GOD DAMN IT!

Pantang aku yang terbesar, dan hingga kini masih lagi di takhta teratas, ialah apabila aku diajukan soalan ni – “Jojoe.. ko tak nak ke amik KPLI?”.. Pada siapa yang nak tau apa jawapan aku, silalah ajukan. Dengan segala hormatnya. Wahai kawan, rakan, sahabat semua.. layakkah kita LAYAKKAH AKU? Aku tak sanggup.. sebab aku tahu, dada ni belum penuh lagi untuk ada gelaran itu di hadapan. Nope. Jadi, seandainya ada yang sanggup mengisi borang, menunggu giliran temuduga, duduk sehari suntuk mengambil peperiksaan untuk tujuan itu, teruskan. Aku takkan halang. Sebab itu bermakna, kalian dah menyanggupi. Dah layak. Cuma, jangan ajak aku.  Aku rasa aku tak cukup ilmu untuk ditumpahkan buat sesiapa. Aku rasa aku tiada azam untuk menyabarkan diri aku sendiri mengajar anak bangsa kita bermain angka dan radas dalam BAHASA KEDUA kita itu. Dan oleh sebab itu juga, aku tabik spring seratus kali.. hmmm tak cukup.. SERIBU kali, untuk kalian yang bergelar pendidik. Owh ada lagi yang tertinggal. Buat para pendidik yang TAK PERNAH MENGELUH. Terima kasih, dengan linangan airmata aku ucapkan. Sementara untuk Cikgu Haikal, teruskan dengusan rungutan keluhan anda. Mungkin satu hari nanti anda akan benar-benar sedar akan hakikat yang sebenarnya.

Alfonso De Albuquerque. Ring the bell? Agak-agak korang lah kan, diorang ni sampai ke Melaka dengan bekalan bahasa Portugis diorang je ke? Tak kan? Pernah dengar istilah LINGUA FRANCA? Yup. SEMUA BANGSA perlu mempelajari BAHASA MELAYU ketika itu, sebab KITA adalah pedagang yang termasyhur, berpangkalan di Melaka, pelabuhan yang termasyhur di dunia jugak. Jadinya, mereka pun memperkemaskan diri dengan bahasa Melayu. Tapi sudahnya, adakah Alfonso bertukar nama kepada Alfian? Atau Affandi? Tidak, bukan? Bahkan, beliau juga tidak menukar nama menjadi Arumugam selepas mendarat di Goa, sebelum ke Melaka. TIDAK. Jadi, akan bertukarkah identiti bangsa kita kepada bangsa lain, sebab dan hanya sebab dua subjek penting dalam arus kemodenan dunia diajar dalam bahasa yang paling meluas digunakan di dunia, yang jadi LINGUA FRANCA masa kini?

Entahlah. Aku penat laa bercakap pasal benda ni. Pohon ampun buat semua yang terasa, terutamanya Cikgu Haikal. Saudara Faiz betul atas komen beliau, yang cikgu tetap berjaya membuat anak-anak murid cikgu itu suka belajar. Dalam bahasa yang membebankan cikgu dan kawan-kawan cikgu pulak tu. Dan buat semua guru, tabik sekali lagi daripada saya. Buat SEMUA CIKGU yang pernah mendidik insan bernama HAZARIL FIRDAUS ini sehingga menjadi apa atau siapa yang dia jadi hari ini, terima kasih yang tak terhingga buat kalian. Jangan pernah mengalah cikgu. Biar datang apa sistem dalam apa jua bahasa sekalipun, saya tetap yakin dan percaya, kalian pasti akan tetap berjaya mendidik anak bangsa kita dengan bahasa jiwa kalian yang maha kental.

Terima kasih, cikgu.

p/s : Gelanggang kini luas dibuka. Silakan berpencak.

Advertisements

8 thoughts on “PPSMI : Aku Bosan.

  1. weh…
    pasal komen ini :

    Cikgu.. kalau tak salah saya, cikgu ada ketawakan mereka pada saat dan tika mereka suarakan hasrat hati untuk mewarisi kedai baiki motosikal milik orang tua mereka? Atau sekurang-kurangnya mendengus lucu ketika mereka berbicara tentang ’lemu-lemu’ mereka?

    ini sama ah aku sgt xstuju mcm pandang rendah dan tidak lihat dari sdut positif. Sepatutnya kalau sebagai cikgu perlu berbangga anak2 ada jua matlamat dalam hidup.. ada smthing yang akan di buat dlm hidup.. siapa tahu, kedai motosikal kampung bertukar jd kdai motosikal yang ada nama dan siap ada franchise nanti, siapa tahu mengembala lembu dapat pada mulanya di kampung kemudian maju hingga dapat export ke luar negara. aku sgt berbangga dgn kawan2 aku atau sesapa yg buat kerja kampung kerana mereka ada usaha untuk mengerjakan hasil tanaman/ ternakan mereka sehingga akan maju suatu hari nanti. lulusan universiti bukanlah segala2nya dalam hidup. apa yg penting, ikhtiar dan usaha untuk berjaya dalam hidup tidak kiralah dalam bidang apa pun.

  2. memang kuang ajaq la cikgu tu…
    aku dulu pun bela lemu jugak masa sekolah rendah…
    petang2 balik mengaji quran hambat lembu masuk kandang…

    aku budak kampung dan aku tau betapa susahnya belajaq kat universiti dalam bahasa inggeris sebab basic english tak kuat…
    sains ngan math lam bahasa melayu ngan bahasa inggeris sgt beza…

  3. Pingback: Lethargic « Kisah Klasik Untuk Masa Depan

  4. Saya org Baling, belajar bawah cahaya pelita minyak tanah, berjalan 5km ke sekolah dengan keadaan jalan yang berselut…..hanya seorang sahaja budak kampung saya boleh bercakap bahasa inggeris kerana emaknya asal dari luar….yang lain nak sebut yes dengan no pun takut……itu semua tidak menjadikan saya salah seorang yang menentang PPSMI dengan alasan yang karut-marut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s