Semua Segalanya…

Oleh sebab aku tak tau nak tulis apa sejak entry yang lalu lagi, so aku amik keputusan untuk tulis tentang SEMUA yang aku terlintas. Heh. Bermula dengan kisah tentang aku. Ha, direct nih, terus ke inti cerita tau.

Aku akan meninggalkan meja yang dah aku huni selama lebih 2 tahun ni untuk sekali lagi berhijrah. Tak jauh, hanya beberapa langkah dari sini. Masih dalam bangunan ini, masih di rangkaian TV satelit ini. Cumanya, ke saluran lain. Saluran baru. Buat masa ini, cukup aku sebutkan namanya sebagai MUSTIKA (yang lanjut tentang ini hanya dapat aku ceritakan sebaik aku cecahkan hujung jari kaki ke sana, yang masih belum akan berlaku sebelum genap separuh jalan 2009 berlalu). So maknanya tiada lagi trek di jalan yang betul, tiada lagi dansa mengikut alunan ritma cinta, tiada lagi tapak-tapak lirik untuk dibuka. Habis dah. Aku akan berubah angin, dan harapanku agar angin baru ini mampu juga memberi cara nafas yang baru, kalau tidak pun yang lebih segar. Huhuu.

Kemudian, tentang insan yang paling utama dalam hidup aku – the one and only, my MAMA. Bebaru ni ada orang cuba pecahkan tingkap dapur rumah aku kat kampung. Maybe orang tu cuba untuk hulur tangan dan buka pintu dapur. Elok je aku dapat call dari Mama cerita pasal tu, terus aku suh sepupu-sepupuku yang tersayang (thanx Kakak, Ancaq, Angah, Kakchik dan juga Ayah) untuk survey dan cari contact tukang pasang grill. Pasang je untuk tutup semua tingkap, pintu dan tembok naik ke dapur tu. Kalau boleh pasang karan sekali. Hehe. Alhamdulillah, dah selamat dipasang pun awal minggu ni. Tak yah sebutlah jumlah yang perlu aku bayar – nyawa Mama lebih utama. Aku tak nak tumpahkan airmata darah kalau apa-apa jadi kat Mama, hanya sebab aku berkira duit. Terima kasih, ya Rabbul Jalil, atas rezeki dan kemampuan yang Engkau beri.

Kemudian, tentang Keklin. Buat masa ni, Gen2 dia dalam jagaan aku. Sebab Kelisa my lucky one lum jugak siap diservis. Selagi aku mampu, aku jagalah. Tapi anytime dia perlu bergerak, aku akan cuba luangkan diri menjadi supir. And I do mean ANYTIME, ya sis… Heheh. Tenkiu Keklin. Love you, sistah!

My Lucky One. Hurm. Dahpun beralih angin lebih awal. Alaa, korang pun dah maklum kes dia kan. Malas nak komen lebih-lebih, takut ada pihak yang tersinggung lebih-lebih jugak nanti. Hehe. Cumanya, aku doakan agar dia terus cemerlang di atmosfera barunya itu, secemerlang dia yang dulu. Kabulkanlah, ya Allah…

Abang? Juga aku doakan agar dia kembali menjadi dirinya yang dulu, dan sentiasa bersemangat dan siaga untuk memenuhi segala sumpah dan janjinya selama ini. Kurestui apa jua tindak putusnya, selagi ia berlegar dalam lingkungan restu Dia dan dia. Amiinnn…

My Best-Bud Eva. Dah nak kawin. Membaca SMS dan entrynya, buat aku cukup sedar akan kegembiraannya, yang sentiasa aku doakan kekal terpelihara. Dear budak, nanti aku cerita macam-macam ek bila jumpa. Banyak nih cerita aku dah simpan. For the last time, perhaps? Huhuu…

Sahabat aku yang lagi sorang – si Goldo. Hmm. Entry terbarunya aku salut. Benar belaka semuanya. Syabas bebeh. Nanti kita tengok Wolverine sama-sama kay.

Hidup aku masih lagi dalam aturan yang sempurna, biar tak sesempurna kesempurnaan orang lain. Biarlah, aku redhakan segalanya. Doaku, kekallah hendaknya kesempurnaan yang tak sempurna ini. Kerna ketidaksempurnaan inilah yang buat aku terus bernyawa dan bernafas, dalam ritma kebahagiaan mengikut definisi aku sendiri.

Amiinn, ya Rabbal ‘Alamin.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kau sinaran bulan
menyerikan bintang bintang
kaulah fajar yang menerbitkan pagi..

Kau sirami embun
menyegarkan pepohonan
kau bukakan tabir siang untukku..

Kau berikan mama
kasih sayang maha suci
betapa agungnya
tiada ternilaikan..

Oh mama.. oh mamaku
tiada cinta yang suci
setulus cintamu..

Kusuntingkan mama
sekuntum mawar putih
sebagai lambang kesucian cintaku…

..credits to sharifah aini.

Advertisements

One thought on “Semua Segalanya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s