Hari Minggu Yang Lalu…

Sabtu. 0900hrs.

Aku kuar umah, and went straight to KotakMerah SomoGomo. Ada proses mencari pembuka² tapak senikata musim baru ni. Aiseh, blum bukak aa SomoGomo ni rupanya.. awal sangat aku pun. Lif pun leh naik sampai tingkat 6 je baru (KotakMerah kat tingkat 8 kan). So, aku turun balik n pegi Kedai Mamak depan SomoGomo tu. Makan roti banjir sekeping. Then pegi lak Tujuh-Sebelas sebelah Wisma Sup Ayam tu, beli air Tujuh-Atas Revive. Refreshing gitu. Hehe. Then dalam kul 10 lebih, aku pun cross jalan balik ke SomoGomo. Aku tengok kat depan tu dah ramai dah orang. Aku redah je masuk pintu utama tu, dan trus naik lif ke tingkat 8 dengan lagak ‘tak terlibat’ walaupun hakikatnya aku tengah pakai baju Cari Tapak Senikata masa tu. Huhuu.

Ahad. 0130hrs.

Ok je, semuanya berjalan lancar.  230 orang for hari pertama, agak bagos. Selangor pun menang lepas buat comeback yang amat bagos. So, semuanya ok la kan? Err.. or yang labih tepat lagi, semuanya ok, kecuali AKU. Huhuu.

Seblum kuar dari situ, aku raba laa poket aku cari tiket parking, nak cop kat kaunter KotakMerah tuh. Takde. Hmm. Apsal laa aku tak bawak naik.. kan dah rugi. Ntah brapa laa yang kena ni karang. So, akupun turun la dgn Lyd, Rizal dan yang lain ke Basement 1. Sambil berjalan dari lif ke keta, aku seluk poket aku skali lagi, cari kunci lak. Gulp. Takde. Lagi. Aku seluk plak beg galas aku. Takde jugak. Alamerk. Mana plak aku letak ni. Aku jenguk dalam keta, kot² aku buat kelakar seram tertinggal kunci kat starter, pun takde jugak. Aiyo. Memember yang lain pun stunned, and suh aku check kat KotakMerah. Aku suh diorang balik dulu, nanti ada pape aku call.

So aku naik balik tingkat 8. Mintak tolong bebudak KotakMerah cari, kat bilik 41, bilik VIP and sume tempat yang aku rasa penah pegi (tempat makan etc.). Jawapan yang sama – takde. Huhuu. Aku turun plak, cross the street to Tujuh-Sebelas tadi balik. Of coz la jawapan yang sama, kalau tak takde laa unsur dramatik yang nyata di sini. Huhuu.

Aku trus text Keklin, tanya dah tido lum. Dia cakap blum, ada kat Kedai Mamak Bunga Teratai dekat dengan Puncak Dunia Berkembar. Then aku tanyaada ‘spare key’ tak keta dia tu, walaupun aku cukup aware akan jawapannya. Kunci spare ada dengan Penghuni Langit Ketujuh. Konfem dah pun, saja gatai tanya lagik! So, akupun duduk termenung sendirian di depan pintu utama tu. Abang pengawal keselamatan kat situ pun tengah tido sambil berdiri, yang mana membuat aku cukup kagum. Dan kaget jugak sikit. Tetiba ada sorang lagi abang pengawal kuar. So aku tanya la soalan yang sama aku tanya dekat bebudak KotakMerah dan Tujuh-Sebelas tadi. Dia cakap dia baru masuk shift. Huhuu.

Seterusnya, akupun text lah Keklin, Lyd, and My Lucky One bagitau situasi aku yang terkini. Lyd suh aku call Adik, tapi tak silap aku Adik pun dah blah (skali dengan aku lah kan tadi). Jam dah tunjuk kul 0230hrs dah. Tetiba text dari Si Goldo masuk, melaporkan pasukan SyaitanMerah yang aku sokong tu telah berjaya membuat comeback macam Selangor buat tadi, dari ketinggalan 2-0 kepada menang lauk 5-2! Pun.. err.. tak langsung menggembirakan aku. Huhuu. Text yang lebih kurang sama aku terima jugak dari Farish Whoo Hoo. Sama jugak, camna aku nak seronok, bengong.. aku stranded kat one of the creepiest streets in KL with only RM50 in hand, dalam keadaan letih gila babs untuk bertindak balas atas sebarang kejadian yang tak diingini, dengan StesenPermainanMudahAlih dan komputer riba dalam beg aku!!! And to make it more spicy than it already is, bersama-sama kunci tersebut adalah kunci rumah aku. Mesti korang cakap takpe kan, sure ada kunci spare kan. Adaaaa.. dalam keta tu la!! Uwaaaaaa…

Keklin balas. Cakap tunggu je kat situ. Dia on the way ke situ dengan kengkawan dia. And then dia sampai, kasik aku RM100, and suh aku cari tempat penginapan yang berpatutan di situ (yelah, nak bawak aku pegi mana, umah dia semua pompuan le!). So aku pun cuba laa, dari satu pintu ke satu pintu. Dua daripadanya cakap bilik famili yangbesar and berkos lebih daripada apa yang ada dalam wallet aku je yang tinggal. Aku terus lagik jalan, ke hotel milik syarikat penerbangan tambang murah tu. Penuh, katanya (aku rasa ni dah kali ke-3 aku tanya kat situ seumur hidup aku dan seumur hidup hotel tu jugak, tapi penuh je memanjang). Then aku pegi plak hotel Aman Damai seblah kedai batik yang agak famous di situ. Tak kunci! (3 hotel yang aku pegi seblum tu sume berkunci, kena tunggu deme bukak). Hmm. Akupun masuk, dengan harapan yang tinggi.

Kat kaunter tu, cam takde orang je aku tengok. Aku rapat lagi. Owh, ada rupanya, tengah tido ternganga. Aku panggil, 5 kali. Kuat gak aa, tapi up to no respond. Menguit sikit pun tak. Then aku ketuk meja, dan berhasil. Tu pun seminit gak aa nak tunggu dia bukak mata dia separuh. Huhuu. Aku tanya tentang bilik kosong, dia tunjuk pada sekeping kertas, beralih duduk dan tutup balik matanya. (Kesian, berat betul mata dia). Atas kertas tu ada senarai bilik yang ada, and status setiap bilik. Yang ada kekosongan hanya bilik twins. Hmm. Memandangkan aku obviously takde twins, and duit aku tak cukup pun nak bawak awek twins memana pun kuar makan, maka aku pun beredar.

Ada satu je lagi harapan aku. Hotel BungaTeratai namanya. Hmm.. apa boleh buat, aku bukan dalam situasi yang membenarkan aku memilih. Akupun menapak, dengan baju yang dah hapak, naik tangga ke Resepsi, sambil diekori oleh berpuluh pasang mata yang sedang makan minum di Restoran BungaTeratai tu. (Kalau akupun sure konpius, apahal budak ni.. dengan baju Cari Tapak Senikata, seluar jeans seteng, dengan beg sekolah lagik, jalan sorang² tengah² malam kat situ).

RM85. Siap dapat baucer sarapan gi (kat restoran tu lah jugak, of coz). Jadik lah. Akupun terus masuk bilik, wash up and tido.

Ahad. 0900hrs.

Aku bangun. Dalam keadaan yang amat letih, fizikal dan mental. Dah wash up, and pakai baju, seluar and stoking yang sama, aku kuar. Menuju ke kereta. My Lucky One punya abang ipar dah on the way, untuk tukar kunci keta. Sempat gak aku singgah kedai mamam pagi semalam tu, walaupun dah tipis sangat kemungkinan untuk dapat jawapan lain.

Sudahnya, aku jadi makin letih. Dalam terlalu letih untuk mengharapkan sebarang magic tu, tetiba abang pengawal keselamatan SomoGomo tegur aku, cakap ada barang yang rakan sekerja dia dari pagi semalam pass kat dia. Kunci keta aku! Wah wah wah. Alhamdulillah. Perasaan aku toksah nak cakap laa. Seb baek itu ‘abang’ pengawal keselamatan, kalau tak mau terjadi kejadian yang bertentangan adat resam timur kat situ. Hehe. Yang kelakarnya, tau tak camne abang pengawal keselamatan tu tau aku ni tuan punya kunci? Yup yup. Baju Cari Tapak Senikata tu yang telah menyelamatkan aku – diorang cam yang tu je! Hak hak yea!

Seterusnya? Aku pegi kat Keklin, amik dia and bawak pegi sarapan (err.. dia bayar la, of coz).. pau baju Dewa dia sehelai (tak sempat dah balik umah), and balik ke SomoGomo untuk hari kedua.

Kesimpulannya?

1. Thanks to each and every one of u, especially my belovered Keklin, My Lucky One and team Cari Tapak Senikata. Perhatian kalian amat mengharukan. Huhuu. Owh. Juga buat Si Goldo yang tak mampu membantu atas sebab kesesakan trafik. Hehe. Thank u all…

2. Senyum dan gelak tawa bukan erti aku suka. Sakit aku, duka aku, pedih aku biarlah aku tanggung sendiri. Korang yang melihat dan mendengar pun dah cukup sakit, so tak perlu la aku tambahkan lagi kan? Tapi ingatlah, berat lagi bahu yang memikul beb…

Dan juga sedikit tips buat anda semua:

1. Sila buat kunci pendua untuk rumah, kereta and semua harta anda yang berkunci. Dan JANGAN letakkan pendua tersebut DI DALAM mana-mana harta itu sendiri.

2. Sekiranya anda kehilangan sesuatu dan berhasrat mencarinya berulang kali di tempat yang sama pada hari yang berlainan, sila JANGAN tukar baju. Pakai baju yang sama, supaya si penemu dapat mengecam anda.

3. Pastikan set toiletteries sentiasa bersama anda. Anda tidak akan mampu menjangka akan apa yang bakal menimpa anda, jauh sekali di mana dan bila.

4. Pastikan juga anda memiliki wang tunai yang mencukupi untuk menginap sekurang-kurangnya di hotel setaraf BungaTeratai. Sentiasa. Atau sekurang-kurangnya ada kredit pascabayar yang mencukupi (atau bil telefon bimbit yang tidak tertunggak dan belum mencecah had kredit).

5. Buatlah kawan seramai yang mungkin. Dan berbuat baiklah dengan semua insan yang rapat atau tidak rapat dengan anda, dan sentiasa sedia membantu jika mereka dalam kesusahan. Percayalah, insan yang baik akan sentiasa sedia membantu bila dan di mana saja kita memerlukan.

6. Jangan Lupa Lirik. Sekian.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Penat berjalan di tengah kota
mencari teman bukannya mudah
kalau tak tahu cara bertanya
kau akan tenggelam..

Dibawa arus kesibukan kota
yang tiada henti dari perubahan
hidup ini penuh cabaran
moga dapat bertahan..

Kita manusia tiada berkuasa
untuk menghalang dunia berputar
hanya usaha untuk sejahtera
kita harus mencuba..

Memang sengsara jika hidup sendiri
bagaikan hidup tanpa matahari
oh dari itu jangan keterlaluan
pentingkan diri sendiri
nanti kau dipulaukan…

..credits to alleycats.

Advertisements

2 thoughts on “Hari Minggu Yang Lalu…

  1. dugaan…
    at least learn sumthing…
    lebey kurang cam henset jatuh lam track la…
    tapi ni lagi mencabar…
    huhuhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s