SATU Malaysia

Ada orang cakap ini satu retorik politik. Orang cakap, bukan aku. Hmm. Kalau iya pun (tanpa bermaksud yang aku menyokong cakapan orang tersebut), salahkah beretorik? Misalnya, semua orang tau yang solat lima waktu, bersedekah dan semua perkara dalam rukun Islam dan iman itu adalah tuntutan agama suci kita, tapi jika terus diulang dari zaman junjungan besar hingga ke hari ini – layakkah kita namakan itu retorik?

Aku tak paham. Bukan tak paham prinsip dan konsep SATU MALAYSIA tu, tapi tak paham kenapa ramai yang melatah dan komplen sana sini. Salahkah kalau kita terus melaung dan menyebarkan sesuatu yang baik, berbunyi baik dengan niat yang baik? Mana cacatnya usaha MENYATUKAN Malaysia ni? Islam Hadhari dulu dah longlai kena hentam segenap penjuru, tiba-tiba bila keluar yang ini pun kalian nak hentam jugak?

Kalau tok imam ajak kita pegi masjid, suka atau tidakpun kita akan tok imam tu, wajarkah kita meludah? Bukankah ajakannya itu sesuatu yang betul dan baik, malah sunat muakad pula disahuti? So apa halnya pulak ada pihak yang nak samakan SATU MALAYSIA ni dengan MALAYSIAN MALAYSIA? Di mana miripnya – di sebelah sini adalah gagasan yang ingin menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia dalam erti kata berkongsi semangat dan rasa cinta pada negara dan mengaplikasikannya dalam setiap kerja – manakala yang sebelah sana semua dah maklum, adalah idealisme yang terlaung hadil pemikiran bejat sekumpulan manusia berideologi kejam yang bernama KOMUNIS – sama ke? Rakyat didahulukan. Pencapaian diutamakan. Mana khilafnya?

Salah sorang cikgu aku pernah berkata, sehina manapun seseorang, apabila dia memberi teguran atau ajakan, jangan dinilai pada busuk ketiaknya atau hamis seluar koyaknya, tetapi pandang tepat dan renung lama-lama ke arah mata lisannya itu. Kerendahan kasta atau kejahilan akal yang ada pada diri seorang manusia tidak secubitpun merendahkan nilai sesuatu ilmu yang dimiliki. Kalau orang gila cakap kat korang “Atas langit tu ada tuhan”, korang nak gelak dan nafikan ke? Lainlah kalau dia cakap “Akulah tuhan tu”.. tampar je dia 2-3 kali (kalau gila la.. kalau tak gila, sembelih aje).

Sebab apa tak boleh nafi? Dia kan gila? Ha’ah. Ye. Memang dia gila, tapi apa yang dia cakap tu bukannya salah pun. Malah, sebesar-besar hakikat. Menafikan yang atas langit tu ada tuhan, samalah macam menidakkan kewujudan tuhan (walaupun tuhan sebenarnya ada saja di mana-mana, tapi pernyataan yang tuhan ada atas langit juga benar, bukan?). Nah.. lagi nak nafi? Lagi nak komplen? Masih sanggup dan sampai hati nak fitnah pulak di atasnya?

Itu orang gila. Gagasan SATU MALAYSIA bukan dicipta atau dilaungkan oleh orang gila. Konsep ini sedang cuba diperkasakan oleh YAB Perdana Menteri kita sendiri, bebeh! Satu retorik kah ia, kalau terus diulang-ulang pun masyarakat Malaysia kita tetap gagal bersatu? Sia-siakah usaha ini, yang diwujudkan untuk CUBA memperbaiki lompang dan lohong yang sedia wujud dan diwujudkan di merata bucu jiwa Malaysia kita? CUBA, aku kata. Sekurangnya. Bukan hanya naik dan duduk atas kerusi empuk, tetapi naik dan terus bekerja dan mencuba. Itu yang BELIAU sedang lakukan.

SATU MALAYSIA masih sedang cuba untuk bertatih, tetapi aku dah nampak impaknya. Bukan saja melalui iklan atau jingle di TV dan radio yang berulang dan kuat benar unsur anggung-angguk-geleng-gelengnya (tetapi tetap membantu, terima kasih dan maaf jika terlalu berkasar), malah melalui wajah-wajah kesungguhan yang aku nampak. SATU MALAYSIA bukan mengajak kalian bertingkah, tetapi bermusyawarah. SATU MALAYSIA bukan menyuruh kalian bercanggah, tetapi bermuafakah.

Come onlah. Mulut-mulut yang asyik nak komplen dan menghentam (walaupun hakikatnya punggung sendiri terlekat kejap dek empuknya kerusi), diamkanlah.. sebaliknya, angkat dan gerakkanlah kaki tanganmu. SATU MALAYSIA bukanlah untuk dibina seorang diri dengan sepasang tangan. Kesemua 30 juta pasang tangan dan kaki perlu bergerak dalam satu tempo dan kemahuan yang seiring. Itu baru SATU namanya.

Cukuplah sikit-sikit. Asyik nak kritik, bila nak cantik. Benda betulpun dikatakan salah, benda salah apatah lagi. Betuli yang salah, itu yang utama. Jangan disalahkan yang betul, itu mungkar namanya. MUNGKAR MALAYSIA – harapnya tak pernah akan muncul atau tersebut dalam sejarah. Cukuplah sekali ini saja.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Menjadi harapan
untukku menyaksikan
umat yang bertuah ini
kembali bersatu hati..

Buangkan yang keruh
ambillah yang jernih
tiada yang lebih berharga
selain dari perpaduan..

Lupakanlah
segala persengketaan
hubungkan kembali
tali persaudaraan..

Kerna orang beriman itu bersaudara
saling bertolong bantu berkasih mesra
agar generasi kita di masa hadapan
bangga dengan apa yang kita wariskan..

Menjadi harapan
untukku menyaksikan
umat yang bertuah ini
kembali bersatu hati..

Bersatu kita teguh
bercerai kita roboh
yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama..

Sepakat membawa berkat
asas hidup bermasyarakat
amalkan hidup yang sihat
selamat dunia akhirat…

..credits to raihan.

Advertisements

3 thoughts on “SATU Malaysia

  1. Assalamu’alaikum,

    Tentang satu Malaysia tu saya sokong. tapi dah namanya politik. Yang ni kata betul, yang tu bangkang. yang tu pulak kata betul, yang ni pulak bangkang. Pada saya, lepas sah mana2 yang jadi kerajaan, kena la sama-sama memajukan negara. Baik di peringkat negeri apatah lagi negara. Tapi yang menyedihkan yang dua “satu kaum” asyik nak bertelagah. Paling sedih, bile diorang bertelagah, Mufti Perak jugak yang jadi mangsa.

    Tapi tentang Tuhan di langit tu, saya tak berani nak sokong sepenuhnya. Yang saya belajar Allah wujud tanpa memerlukan tempat. Bahkan tempat itu sendiri adalah makhluk yang dicipta oleh Allah. Jadi kalau kita kata Allah ada di atas langit, atau Allah ada di mana-mana macam kita kata Allah memerlukan tempat. Wallahua’lam. Kena tanya tok guru yang betul-betul tsiqah ni.

    Semoga takkan terjadilah MUNGKAR MALAYSIA tu. Yang diharap dan didoakan ialah semoga Hukum All itu dapat dijalankan. Tak kisahlah sesapa yang nak jalankan. Kalau dia nak jalankan, saya sokong. Kalau putar alam, saya tak sokong.

    By the way, bila PPSMI dipolitikkan, saya pun dah malas sikit. Tapi bila disusuk-susuk, saya terpaksa la bertindakbalas. [saya dah “ter”balas pun kat blog Encik faiz tu]. Tapi tu la. Gov lambat sangat nak bentangkan cara-cara mengatasi kemunduran BM dan cara nak mengekalkan BM dan cara-cara nak menghilangkan keributan hati saya. Sampai sekarang saya tak nampak lagi dia siarkan kat laman web rasmi derang.

    Apa yang saya perlukan sebagai rakyat ialah pilihan. tapi mereka membuatkan saya hidup tanpa pilihan melainkan memilih jalan yang satu itu sahaja. Macam hendak mencari buku rujukan Matetatik dan Sains yang megikut silibus terkini di dalam BM. Tak ada. Sedangkan anak buah saya tidak faham BI. Jadi, saya tak ada pilihan lain, melainkan beli juga buku rujukan dalam BI itu walaupun anak buah saya tak pandai BI. Memang saya berdoa dengan sangat-sangat supaya anak buah saya itu boleh berjaya sambil menyelam sambil minum air itu. tak ada tempat mengadu melainkan pada-Nya. Semoga lekas-lekaslah tercapai tujuan PPSMI untuk meramaikan juru terjemah buku itu. Amin…

  2. pembetulan:

    Tapi bila disusuk-susuk, saya terpaksa la bertindakbalas. [SALAH]

    Tapi bila dicucuk-cucuk, saya terpaksa la bertindakbalas. [BETUL]

    Keyboard lama, huruf dah terpadam. 😦

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s