Lapar Ke?

Alhamdulillah.. lega aku membaca bahawa ada segolongan manusia telah menyatakan kesanggupan berlapar, tanda protes akan suatu keputusan mahkamah yang dirasakan tidak adil (walaupun hanya beberapa detik sebelum itu golongan yang sama juga telah memuji-muji keputusan mahkamah yang sama).

Kenapa? Sebab terlalu ramai sebenarnya rakyat yang TERPAKSA berlapar sepanjang tempoh beberapa bulan kerana ‘pemimpin’ yang mereka amat harapkan ini lebih sibuk naik turun mahkamah, keluar masuk akhbar dan lebih khusyuk dan komited melakukan pelbagai lagi aktiviti yang seangkatan dengannya (yang aku amat amat pasti bahawa mereka tidak langsung pun menyedari / teringat), daripada meneruskan khidmat wajib mereka sebagai WAKIL rakyat. Alahai…

Sambil itu juga, ada 2 perkara yang aku musykilkan, iaitu:

1. Apa yang sibuk sangat nakkan ‘takhta’ negeri Perak tu? Kan bagus teruskan je berkhidmat, bermusyawarah cara orang terpelajar, sesuai dengan gelaran dua huruf pada pangkal nama yang dijaja sini sana tu? Bukankah kalian dipilih oleh rakyat, UNTUK rakyat. Apa, kalau tak jadi MB, tak boleh berkhidmat ke? Hmmm…

2. Kenapa 3 hari? Sejak bila pulak mogok lapar ada had masa ni? Nasib baik ini MALAYSIA. Kalau tak baru real, sure ada yang mogok lapar sampai m**i. Nauzubillah. Cam tak berbaloi baloi je bunyinya.

Entahlah Labu. Si Luncai terjun lagi. Biarkan…

p/s : 6 bulan lagi Aiyrie.. kesian anak bangsa kita.

Advertisements

2 thoughts on “Lapar Ke?

  1. takyah layan…
    tu semua gila…
    bodoh punya mahkluk…
    mula-mula kata mogok lapar pastu bila mufti tegoq depa kata bukan mogok lapar cuma puasa sunat ja…
    apa jadah puasa sunat kalau paramedic semua disediakan….
    bodoh cam haramjadah…

  2. bila nafsu & gila kuasa lebih dititik beratkan.. mcm nih la jadinya…
    puasa sunat???… mmm… macamana niat puasa mereka agaknya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s