Hari Bertuah.

z3

Alhamdulillah, selesai sudah semuanya. Terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat semua yang  terlibat, baik secara langsung mahupun tidak langsung.

Terima kasih Mama, atas restu yang menggunung.. kepada Keklin, atas komitmen, masa, wang dan tenaga serta setiap keringat yang diperah sejak 2 minggu lalu.. Kakchik, atas kesudian menjadi messenger yang setia sejak awal lagi.. buat Ayah, yang sentiasa memahami.. juga Kakak sekeluarga, atas kesanggupan menjadi antara ahli rombongan yang pertama.

Salut yang tertinggi buat Pakcik dan Makcik yang sudi mengepalai rombongan dan meminjamkan akal fikiran walaupun agak kesuntukan.. buat Mak Lang dan Ima, kerana sudi menemani dan memberi semangat buat Mama.. buat Kak Wati, atas kesudian menyertai rombongan dengan semangat yang amat tinggi sekali.. juga buat Abg Nan, Kak Ita, Kak Ayu dan Abang Shahrul yang sentiasa menyokong biarpun tak berkesempatan turut serta.

Tak lupa juga buat Meown yang sanggup buang masa teman aku.. u’re the best, bro.  Tak terkecuali cik Maziah Selamat, keselambaanmu menjadi part of the family amatlah mengharukan. Juga takkan dilupai, Netty kakakku yang masih sudi hadir biarpun tak sempat bertembung mata.

My belovered lil sis, Chiah Siew Fei.. ibunda Filza sekeluarga.. my best-bud-eva Siti Hajar.. rakan-rakan di ASTRO.. sahabat-sahabat dari Mat Jiwa.. teman-teman dari UNIMAS – tidak kira yang mana satu disebut dahulu, sokongan kalian tidak kurang sedikitpun peri pentingnya.

Buat semua. SEMUA. Terima kasih. Yang teramat sangat. Restu dan doa kalian akan sentiasa kukenang selagi diizinkan oleh-Nya.

p/s : Ada yang kumaklumkan sendiri, ada yang dimaklumkan dek angin. Apa cara sekalipun, terima kasih jua kudahulukan. Dan maaf andai keterlewatan. Juga maaf sekiranya ada yang terluka dan ketersinggungan.

Advertisements

8 thoughts on “Hari Bertuah.

  1. tahniah kawan ku hazaril firdaus..bila knuri? smoga kekal berbahagiaaa~
    ajat dah, paiz bakal, ko bakal..soo.. who’s next? hehehehe

  2. Serk.. sapa lagi.. hat dok tanya tu la.. hehe…

    Adek.. gambaq suma kat facebook la.. try la register facebook pulak. hehe…

    • umahnya je? tuannya tak lawa? hehehe..
      hmm camne ko leh takde facebook aku ek..
      ni mesti ko ignore aku nye request ni.. huhuu sampai ati…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s