Sakarah…

Semalam, masa aku tengah nak parking keta kat umah aku, and My Lucky One jugak tengah nak keluar dari tempat parking dengan kereta dia (kitorang kalau nak gi memana pun, parking tu lah tempat pertemuan sebelum gerak), tetiba dia tunjuk tunjuk kat bawah satu kereta Wira ni. Aku just nampak bayang-bayang je, tak sure apekebende yang dia tengah tunjuk tu.

Then aku berlutut. Barulah aku nampak satu makhluk Allah yang sangat comel, dalam saiz lebih kurang sebesar anak kucing, menikus je kat bawah kereta tu. Mungkin dia sejuk, mungkin dia cedera. And then baru confirm dia cedera, sebab masa kitorang pegi dekat dengan dia pun, dia tak lari. Aku mulanya nak abaikan je. Bukan apa, mungkin benda tu bahaya ke, menggigit ke, berbisa ke apa ke kan. Lagipun aku sendiri tak tau nak buat apa untuk tolong.

Lepas tu aku tengok muka tunang kesayangan aku ni. Huhuu. Lemah aku. Dia ni memang sensitif sikit bila masuk bab bab binatang ni. Even nampak anjing kena langgar tepi jalan pun leh nangis. Then bila aku cakap “jom selamatkan dia”, terus muka dia jadi ceria macam baby dapat puppy (err.. sori, otak aku tak dapat pikir versi kegembiraan yang lebih keMelayuan sikit). So aku pun berhempas pulas tarik benda tu keluar, dengan menggunakan sweater My Lucky One kaler purple favourite aku tu. Huhuu. Setelah beberapa minit, and hujan pun semakin lebat, aku berjaya tarik dia keluar. Dia langsung tak melawan masa aku tarik ekor dia. (Sorry buddy, terpaksa). And few moments later, off we went to Puchong, looking for a veterinar.

Luckily klinik tu still bukak, at around 2100hrs. Pembantu klinik tu, (or nurse, akupun tak pasti) kemudiannya mengesahkan yang ‘benda comel’ tersebut adalah seekor tupai. Huhuu. A cute tiny little thing called squirrel. First time gak aa leh pegang squirrel kan, tu pun sebab badly injured. Owh ya. badan dia dalam keadaan a bit twisted, so the nurse concerned that It may have broken its leg.

So dia tanya aku, nak teruskan rawatan or bawak balik je? Aku cakap, nak balik pun mana aku tau nak buat hape. Bukan apa, nurse tu paling risaukan si tupai ni tak mampu lawan trauma akibat accident (atau jatuh dari pokok, mengikut teori asal sebab takde external bleeding untuk katakan dia kena langgar keta). Selalunya, exotic animals memang cepat recover, tapi tetap akan mati sebab tak mampu atasi stress. Huhuu. Aku cakap, just give it a try. Kalau ada nyawa dia, hiduplah dia. Huhuu. Lepas settle deposit and sign up the forms, bills and what not, kitorang pun balik.

On the way balik tu, tetiba phone aku bunyik. Aku dah saspen. Yup yup, naluri aku jarang sekali salah. Nurse tu call, cakap diorang dah x-ray, and bad news – tulang belakang dia dah PATAH! And back we rushed to the clinic.

So it leaves us with only ONE ultimatum. IT. Huhuu. Either to do it there – end it painlessly and instantly, atau bawak balik rumah and let it happens slowly, yet painfully. The creature has already lost its ability to control its urination, dengan risiko untuk keracunan air kencing sendiri. Nak makan pun takleh dah sebab otot perut dua dah takleh kawal. Minum ubat pun meleleh je kat tepi mulut. And even maggots has started to appear at some spots on its legs.

Kesimpulannya, any end will be pretty much similar. Aku tanya nurse tu, memang takde cara lain ke? Memang takleh recover ke? And the nurse said, they won’t advice for ‘it’ if not to save the poor creature or make it less suffering.

Aku pejam mata. Camnelah ni. Mana aku tau, tetiba aku kena decide for such a big thing. Membabitkan hidup dan mati pulak tu. Aku selawat tiga kali, istighfar 3 kali dan terus angguk. Aku tau, ada yang akan salahkan aku, tapi aku tak sanggup tengok dia mati. Aku melutut atas jalan basah tu pun sebab tak sanggup tengok dia kena makan anjing atau mati lemas dalam air hujan. So, takkan mungkin aku sanggup dia mati dalam keadaan terseksa.

Nurse tu suh aku settlekan the rest of the bill, then dia cakap esok baru doktor akan buat semuanya. Aku sempat pesan, kalau ada any spark yang memungkinkan dia survive, terus call aku on the spot. Dia angguk. Kitorang keluar. And that was it. Aku blah dari situ, dengan harapan tindakan aku tu betul. Sekurang-kurangnya nurse tu dapat legakan hati aku sikit dengan cakap “at least you guys have done something good”. Err.. hope it’s good enough, dear nurse.

Dan pagi tadi, doktor tempat tu dah call aku, and cakap everything’s done. Huhuu. Sedih. My Lucky One pun sedih. Rasa bersalah pun ada, rasa lega pun ada. Aku baru saja buat satu keputusan yang telah menamatkan satu nyawa, sambil aku tetap teruskan nyawa aku sendiri. Astaghfirullahal’aziim. Semoga dia tenang di sana. Al Fatihah.

p/s : Al Fatihah juga buat Ustaz Asri, yang telah mengenalkan aku dengan dunia seni nasyid yang indah.Semoga roh ustaz dicucuri rahmat oleh-Nya, dan ditempatkan dalam kalangan insan-insan yang teristimewa.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Berjuang menempah susah
menanggung derita menongkah fitnah
itulah gelombang hidup samudera duka
seorang mujahid memburu syahid..

Dibuang dia berkelana
dipenjara dia uzlah dibunuh syahid
namun jiwa tetap mara menuju cita
membara demi Allah dan rasulnya..

Berjuang tak pernah senang
ombak derita tiada henti
tenang tegang silih berganti
inilah sunnah orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
dihiris dosa airmata
siangnya bagaikan singa dirimba
memerah keringat meluah tenaga..

Berjuang memang pahit
kerana syurga itu manis
bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
bukan sedikit pedih yang ditagih..

Berjuang ertinya terkorban
rela terhina kerna kebenaran
antara dua pasti terjadi
tunggulah syahid
atau menang…

..credits to nadamurni.

Advertisements

3 thoughts on “Sakarah…

  1. weh..sedeynya cerita tupai tu.. sian die..aku rasa kalau aku ada situ mau nak nagis tgok kot.. huhu… dah la cute kecik..kesakitan lak..

    hmm.sama2 kita sedekah alfatihah kat arwah ustaz asri, dan juga kawan2 kita, arwah alin dan arwah osman. smoga mereka di kalangan org yg beriman dan dirahmatiNya. amin

    • tu la pasai serk.. sampai la ni aku rasa bersalah.. tapi dah doktor kata memang konfem takleh selamat, aku gagah jugak aa.. huhuu…

  2. ishh kalau dah tupai tu xdak harapan aku pun kesian tgok, lg sanggup tgok dia tak tersiksa sbb mcmana pund ah xda harapan juga..anyway, bgusnya hang siap bawa p vet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s