Sudah Tiba…

Pejam celik pejam celik, Ramadhan dah pun menjelma lagi.. bermakna bertambah lagi setahun tempoh pendudukan aku kat umah yang sekarang ni.. and bertambah juga tempoh aku bersama geng trek yang betul tapi tak berapa betul tu, menjadi 2 tahun. Huhuu…

Pantas betul masa berjalan. Last year kalau tak silap aku, entry aku ada cakap pasal awal Ramadhan aku dengan family aku. Hmm nampak gayanya tahun ni aku tak dapat balik lagi 1st day puasa dengan mama. Sorry mama, tuntutan kerja. Actually dah plan dah cantek punya, tapi terkincit jugak sebab jadual kerja dah berubah.

Semalam dah tamat satu seksa. Masuk Sunway Lagoon tu semua ceria ja, balik semua terus jadi macam tapai basi (dari segi rupa dan bau ye). Hari ni ada shooting, esok ada shooting, lusa ada shooting.. then ada satu lagi episod on September 4th, a special one. Dengan anak² yatim. Cam beshhh…

Well, pada aku, ibadat puasa adalah yang paling senang antara semua. Sebab? Tak yah makan, tak yah minum, tak yah isap rokok, tak yah lari 100m, tak yah pecah rekod 200m macam Usain Bolt, tak yah kuar duit breakfast, kudapan, makan tengahari dan tea time. Beli sekali je makanan, siap leh simpan sahur gi. Pendek katanya – TAK YAH BUAT APA APA. Senang kan? Harapnya senang lah ye.

Hmm.. selamat berpuasa buat semua rakan yang beragama Islam. Oh to you too, adek, sebab you sure posa jugak kan? Hehe. Semua semua lah. semua yang berpuasa, berniat untuk puasa, dan berniat untuk menyambut bulan puasa, aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hamba Nya
nikmat Allah mengalir mencurah curah..

Meriahkan ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahadah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya..

Jagalah lidah dan juga tutur kata
jangan sampai mengumpat dan berkata kata dusta
pelihara mata dan kawal telinga
agar berbuat yang diredhai Allah..

Langkahkan kaki menuju kebaikan
jangan melangkah ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban ke kancah kehinaan
di dunia lagi peroleh pembalasan..

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hamba Nya
nikmat Allah mengalir mencurah curah..

Meriahkan ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahadah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya..

Tangan pun juga hendaklah dijaga
elakkan diri mengambil hak orang lain tanpa redha
kukuhkan perpaduan hindar permusuhan
sesama jiran rakan dan taulan..

Jadikanlah Ramadhan gelanggang untuk beribadah
bukan sekadar berlapar dan dahaga
Ramadhan setahun sekali sahaja
rebutlah peluang jangan ketinggalan…

..credits to nadamurni.

Advertisements

4 thoughts on “Sudah Tiba…

  1. laa.. aku ingat si Meown yg anta msg camni.. geli plak aku membayangkan nyer.. rupenye takda N dan ade Y.. fuh.. sib baik..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s