Dah Dekat Dah!!!

Yup yup. Raya dah dekat, tapi aku stil cam tak ready nak raya. Sebab? Yelah, baju apa pun tak beli gi. And tak tau pun gi bila boleh balik kampung. Sian mama sorang² beli barang raya. Hmm bukan apa, aku still ada few episodes yang belum siap edit untuk ditaruk ‘voice-over’. Plus, kontrak aku belum siap pun gi. Kalau aku balik dulu, alamatnya lepas raya la baru dapat sign. And kalau dah lepas raya baru nak sign, gajinya jangan cakap la kan. Haih.

Aku and My Kitty Dear plan nak cari tema kuning tahun ni. Tahun lepas oren, ni semakin turun tone nya jadi kuning. Kalau tahun depan, mungkin akan jadi putih susu atau krim (eh sama la kan) kan? Hehe. Aku penah pakai baju kuning masa 2001 kot, kalau tak silap. Kuning jagung. Or 2002, aku dah tak berapa ingat. Tapi memang pernah ada dah la kaler tu, sebab ada gamba masa kolej dulu pakai baju tu jamuan raya. And penah jugak aku pakai baju kuning diraja, masa berkhatan dulu. Hehuehueh.

Pendek katanya semua kaler aku dah penah try. Kecik-kecik dulu yang aku ingat ada purple, hijau, biru gelap.. membawak ke besar sikit, aku pakai lak biru muda, kuning, baige, pink, hijau balik, hijau muda, hitam, kelabu, coklat, maroon and ada gi yang aku dah lupa. Yang aku tak pernah pakai, seingat aku lah kan, MERAH. Bak kata Lil Chia, baju hantu raya.Heheh. Nak gak try merah, tapi next year lah. Cam senang gak nak cari baju kaler merah ni kan. Yang susah nak cari adalah Oren, last year. Habis satu Jln TAR, tak jumpe jugak. Kalau ada pun, sure masalah saiz. Heheh, tah bila nak kurus tah aku ni.

Teori terbaru aku, aku akan berubag bentuk setiap 3 tahun. Bukti? Ada dalam facebook aku, gambar aku berubah rupa setiap 3 tahun, bermula masa aku darjah 3. Heheh. (Yelah ye. Dah malas tu ngaku jelah kan.)

Secara kesimpulannya, aku stil takleh nak fokus for raya. Selain 2 alasan di atas, aku jugak tengah nak perabihkan skrip KRU yang tak jugak abih abih nih. Berat betul nak siapkan nih. Memanglah susah, sebab muzikal, TA-PI yang ni lain macam sikit la susahnya. Akupun tak tau sebab apa. Aku rasa setan tengah main-mainkan aku ni, tanak bagi aku kawen cepat. Nauzubillah.. mintak simpang. Bak kata Abg Pa’it kita, kalau nak buat kerja baik ni insya-Allah DIA tolong kan? Heheh.

Okeh. Sambung buat skrip. (Hmm.. lama aku tak berleter sorang sorang camni tanpa tujuan ek).. Eh? Arrrrghhhhh broadband bodooooo!!!!!!!!

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Suara tangis yang kau dengar
memecah hari kudus ini
adalah aku
mengenang pemilikmu..

Kita pohon kemenangan
meroboh kota keakuan
ini saatnya
yang kunanti nanti..

Mereka yang dilanda derita
redhalah harimu kan tiba
cahaya kekasih yang benar
menghapus segala api kemarahan..

Salam dunia
salam semua
salam Hari Raya
bersinar akhirnya..

Salam dunia
salam semua
salam Hari Raya
bersinar akhirnya..

Inilah hari kita
tiada lagi rasa ketakutan…

..credits to si-fu.

Advertisements

5 thoughts on “Dah Dekat Dah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s