A Very Random 25th Ramadhan

1. First time aku posa masa darjah 1. Memula tu azam kuat gile. Siap abes sume air sejuk dalam fridge aku tuang dalam longkang kat dapur belakang rumah. Masuk Asar dah rasa cam nak mati. Hahaha. TA-PI alhamdulillah habis jugak sampai masuk waktu berbuka. Yeay!

2. Abah cabar aku posa penuh masa darjah 5. Berjaya penuh, and berjaya dapat RM50. TA-PI, sebenarnya aku ngelat. Ada gak hari² tertentu yang aku curi² makan. Huhuu ampun Abah…

3. Kena kutuk ngan memember sekolah rendah sebab makan kat kantin masa bulan puasa tu kira normal lah. TA-PI diorang aci kutuk dari jauh je lah kan. Gile nak kutuk depan², makan penumbuk aa. Haha…

4. Masa Form 1, aku beli air kotak dari ko-op waktu rehat, sorok dalam poket seluar aku (besar bagak; seluar saiz 42 masa tu!). Pastu aku habiskan dua² kotak dalam toilet sebelah kelas 1A4 tuh (eww.. gross, now i know). Kotak kosong aku buang dalam flush tank. Huhuu…

5. Yang betul² aku start puasa penuh masa form 3, sebab dah wajib (hehe). TA-PI.. err.. terkucil jugak 5 hari. Still, satu perkembangan yang besar bagi aku, from ZERO to TWENTY-FIVE. Yeay!

6. Sebenarnya aku tak puasa masa last day kat Matgwar. Ntah, aku tak tau setan mana tah yang merasuk (walaupun memang ada jugak setan rambut hitam yang sama² tak posa, tapi yang ni memang solely salah aku sendiri). Kena pulak mak Liza kasi jambu+ripe mango dua bijik, souvenir katanya seblum diorang gerak balik KL. Aku belasah jambu+mango sebijik, diiringi dengan air paip. Yang balance aku bawak balik umah, which made mama sedikit cuak sebab mana ada orang bagi buah tangan sebijik-sebijik kan?!! (Well.. she knows her son best, so aku tak rasa dia percaya yang aku bawak balik buah² tu dalam jumlah asal. Soree Liza.. hehe).

7. Bulan puasa 1999 (lepas PMR) paling mencabar. Pukul 1300hrs terpacak, aku dah ready dengan gerai murtabak kat Bagan Dalam, Butterworth tuh. And guess what – 1/4 daripada murtabak tu dah habis terjual sebelum kul 4 pun. Heheh. The whole month jugak aku berbuka di bazar ramadhan tu, selalunya kat kedai tomyam belakang tuh.

8. Hidup di Matgwar mengajar aku malas bangun sahur. Umpan la dengan lauk apa pun, takkan jalan punya. Tapi sejak kebelakangan (form 4 + 5) aku agak rajin gak ah turun, especially bila lauk sup daging. Sedap, sebab panas². Nak harap lauk lain tu sori lah. Sampai tahap berasap la jugak ikan tu – bukan sebab panas, tapi sebab sejuk baru keluar freezer! Hehe.

9. Kalau kat rumah, aku tak suka tido malam bila bulan puasa. Jangan tanya aku kenapa, aku pun tak tau. Mata aku memang terbaik ah, leh tahan sampai pagi. Sebab tu jugak, dah menjadi tugas rasmi aku untuk kejut orang bangun sahur kat rumah ni.

10. Aku dah makin jarang puasa 6. And terawih. Haih…

11. Ini puasa pertama aku sebagai tunang orang. Juga yang kedua sebagai.. err.. anak yatim. Huhuu.

12. Oh.. tema kuning tahun ni tak jadi, dan dah ditukar kepada ungu. Heheh.

13. I’ve lost track of waktu berbuka dah. Sepatutnya Maxis hantar reminder tiap hari, TA-PI sekali dua je yang pernah aku dapat. Selebihnya, hampeh. Tambah plak duduk di KL, memang tunggu azan jelah.

14. Tahun ni first time aku bukak puasa di tangga depan pintu utama Sogo. Rupanya ada satu macam pesta kat depan tu, macam² gerai ada. Aku and Ekin makan nasik tomato makcik sorang tu. Sodap. Semuanya sebab food court and suma food outlet kat dalam Sogo tu full.

15. Tahun ni gak first time aku anjurkan Majlis Berbuka Puasa dengan Anak Yatim, dengan team Trek. Ramai gak artis yang sudi hadir – perform and melayan bebudak tuh. Antaranya Tomok, Danielle, Imran Ajmain, Kak Nurul, Faizal Tahir, Abg Cat dan Kucing Kucingnya, Bob ‘Mesra’, Along & Zila, Abg Asrul @ Azrul, Mat Kacau, budak² sengal AF7 – Aishah Yazid Qhaud, Aizat, and ramai lagi ah. And aku sangat tabik dengan diorang ni, sebab they all came for FREEEEEEEEE. Raikan Ramadhan dengan Tangan yang Memberi. Yeah!

16. Juga first time aku berbuka dengan masakan Chef Wan yang first class. Tabik chef!

17. Aku balik awal 3 hari daripada hari yang sepatunya orang lain (which is ESOK), and terlepas Majlis Berbuka Puasa dengan team Trek, dan jugak team Ria. Huhuu. Takpe, asalkan Mama happy. Yeay!

18. Dua kali jugak aku berbuka puasa secara reunion – satu dengan geng² Methodist Girls’ School Ipoh (obviously aku just meneman tunang aku, kay), and geng² UNIMAS yang tiga suku belaka – kedua²nya di Penang Classique, Cheras Perdana Food Court (belakang Jusco Cheras Selatan). Thanx Kak Ita and Abg Nan!

19. Aku terlepas berbuka puasa dengan adik²ku yang busyuk – si Elfira + family, and jugak my lil princess Chia. Huhuu sori keterbizian yang luar biasa le plekkk tahun ni.

20. Dalam bizi, sempat jugak aku balik berbuka skali kat kampung, masa first week. Alhamdulillah.

21. Owh.. aku still tak berapa leh dengar lagu Aman Shah tuh. Kalau dengar, aku akan buat² bizi, so tak terlayan sangat. Ada skali tu dalam keta, terpaksa gak tadah telinga. Seb baik Ekin ingat mata aku berair sebab ngantuk. Hehe.

22. Bubur lambuk tu hidangan wajib ek? Aku sempat rasa sesuap je tahun ni, bile tah. Tak sedap pun. Rasa cengkih+kayu manis je lebih.

23. Still tak paham, kenapa ramai sangat umat manusia yang susah nak puasa. BERPUASA bagi aku adalah ibadat yang paling mudah – TAK PAYAH BUAT APA-APA.

24. Owh.. unlike past few years, aku tak berbuka kat RedBox pun tahun ni. Tak cukup budget, and takde masa. And.. erm.. tak rasa nak pegi pun. Hehe. Owh.. sama gak laa tempat² buffet lain pun. Agak economic laa puasa aku tahun ni.

25. Still, Ramadhan masih tetap berjalan tanpa tunggu aku sempurnakan diri aku pun. Astaghfirullah…

Advertisements

6 thoughts on “A Very Random 25th Ramadhan

  1. huhuhu.. terharu teman baca entry ni huhu… Semoga kome dapat keberkatan dan bahagia menyambut syawal sebagai tunangan orang 🙂 selamat hari raya, maaf zahir batin my honey…

  2. selamat hari raya juge, my dear.. raya elok2 deme kat sana ye.. awak kat sini ok je, tak payah le deme risaukan.. hehehe…

  3. ingat meowy td meown..aku naik heran la gak beromantika la pulak hang ngan meown..haha.. seb beik tak silap sangka..sori ya.. hehehe gurau2 jaa di hari raya 😛

    anyway selamat hari raya dan mohon maaf salah silap dulu2

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s