What A Beautiful Transit

WANNA hear what was so beautiful about my raya this year?

As usual, my Ramadhan closed its curtain with helping Ayah at his santan stall in the morn. Ramai gilos, sampai tempahan terpaksa ditutup last minute, untuk bagi laluan kat regular customer. Seb baek ada Kakchik, Angah and er.. aku, hehe, tolong.. kalau Ayah sorang, mau dia tutup kedai tu. Hehe. Then, same old.. same old.. preparing the house (what’s there to prepare, anyway?), tido.

Esoknya, as usual jugak, solat raya kat sini – Masjid Al-Muttaqin Tmn Selasih yang daku chentai. Heheh. Masa mula-mula aku pindah sini 20 tahun nan lampau, masjid ni keck surau je. And in fact memang kitorang panggil surau pon. Sekadar renungan bukan nak komplen, somehow aku rasa solat raya tahun ni lambat sikit le selesai. Bermula deng ucapan imam baru yang agak meleret, then ada pesanan penaja dari ustaz mane tah tentang khaifiyat solat raya, then dua khutbah yang panjang. Zaman arwah Ustaz Saad dulu takde pun camni (al-fatihah). Hmm takpe laa, improvement kot bagi deme.. kan?

Abes solat, dalam 1000hrs (see, i told u, rite?), baru aku sedar ada SMS. Kakchik, suruh amik kuah kacang kat umah Njang. Huhuu. We were supposed to tembak trus ke kubur Abah, but takpelah.. alang-alang dekat (agak dekat laa), kami singgah umah Njang dulu. Niat asalnya nak salam-salam je terus blah, tapi memandangkan perut Mama sudah menunjukkan bakat orkestra yang tidak dapat dinafikan lagi potensinya, kami pun jamah ketupat sikit. Well, ketupat Njang.. tak terkalah le kan. Then, off we moved to kampung.

Simpor Batu Lintang, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.. begitulah bunyiknya. Yup yup, I know.. dekat gile dengan skolah kan? Sure aku best kan? TAKDE MAKNENYE! 5 tahun blaja kat SP, tak penah pon aku pegi umah Tok masa outing. Hehe. Sampai kampung, kami terus ke kubur. Usai sedekahkan yasin and doa sikit untuk semua yang ada di situ – Abah, Mak, Tok Wan, Tok and Pak Chaq, baru kami ke umah Tok, yang masih dihuni oleh Pak Ngah and Mak Ngah (so skang ni leh la dipanggil ‘umah Pak Ngah’).

Lepas umah Pak Ngah, seperti tahun-tahun terdahulu, singgah pulak umah Tok Njang. Tok Njang ni abang Tok, merangkap ayah saudara Abah. Tapi Tok Njang dah tak cakap banyak dah.. and I doubt dia kenal pun kami neh. Hehe. Takpelah.. yang penting, ziarah.. kan?

Then, singgah pulak umah Tok Ngah, iaitu abang kepada Tok Wan. Dah takde dah pun, innalillah. Yang tinggal just Mak Lang Yam (anak Tok Ngah) dan anak-anak dia. Kat situ, barulah aku mengadap juadah kedua – bihun sup. Nyum nyum. Mama sempat gak laa survey harga catering kenduri kat menantu Mak Lang. Hehe. Rm 6.50 untuk 5 mata – guess what, kira mahal tau kat sini. Tu pun harga sedara mara. Huhuu. Ada aku kesah? Cak cak cak cak cak…

Dan umah Tok Tom (ibu Ayah) pulak menyusul. Dan di sini dapat dilihat kemeriahan yang nyata – semua sepupu aku (owh.. kecuali team Penang Classique yang masih di Sungkai) ada, membuat halaman rumah Tok yang luas tu padat dengan kereta, dan menjadi ala-ala Used Car punya kedai. Hehe. Kat situ, sekali lagi ketupat menjadi sasaran. Dan sedikit sesi bergambar. Hehe.

Sebaik saja jam menunjukkan pukul 1530hrs, ba-rulah kami bertolak kembali ke Kulim, ke rumah Mak Lang and Mak Ndak (yang hanya selang beberapa pintu antara satu sama lain) di Taman Kenari. Sebab? Sebab Tok Ma (Mama punya ibu laa) ada di situ. Yeah! Tahun ni meriah lain macam, sebab anak-anak Mak Lang (adik Mama) and Mak Ndak (adik ipar Mama) semua balik (ada kisahnya; nanti bila-bila lapang aku cerita ek). Mak Lang buat laksa and nasik tomato Siam, Mak Ndak pulak buat laksa je. So kami park di rumah Mak Lang, berjalan ke umah Mak Ndak, bedal laksa Mak Ndak, and pergi pulak umah Mak Lang untuk sapu nacik tomato Siamnye itu. Hehe. Tak seperti tahun-tahun terdahulu, Kuetiau Theng specialnya tidak kelihatan ye. Hehe.

Alamak.. dah pukul 2000hrs.. aku kena buat sesuatu nih. Bisik kat Mama, seb baek dia setuju untuk beredar segera. Heheh. Balik umah, terus la bukak ASTRO 812 – The Greatest Manchester Derby! Hehe. Belum sempat pun imej kat tv tu mengembang sepenuhnya (err.. tv umah aku amik masa dalam 10 minit untuk ‘kembang’.. huhuu), Rooney dah score sebijik! Marvelousss!!!

Keseluruhan game tu amatlah dasat. MU lead sampai 3 kali, and City obviously tak lepaskan kebodohan Foster and Ferdinand yang poyo-poyo hanjing. Seb baek ada Abang Owen yang sudi menyumbat gol kemenangan pada minit ke-96!! Gila kentang! Mar Hughes sangat tak puas ati bila 4th official cakap dia tambah masa sebab City celebrate lama sangat masa Bellamy score minit ke-92 tuh. Haha.. sekali lagi,”ada aku kesah?” – cak cak cak cak cak lagi skali. Glory glory!!!

Secara kesimpulannya, raya pertama aku tahun ni telah mengalami transisi yang agak lancar. Yeah. Walaupun ni raya kedua tanpa Dia, tapi aku berjaya jugak memfokuskan diriku lebih kepada benda-benda lain (walaupun aku sedar, ‘kekosongan’ yang satu takkan pernah terisi). And still, lot more to come this one long week! Yeay!

Al-Fatihah buat Abah, and Glory Glory to all the Red Devils in every inch of soil on this lucky motherland…

p/s : Kepada yang berdekatan, jemput la datang umah hari neh. Ada bukak-bukak (rumah) sikit. Yang  jauh pun boley jerk (tapi tambang and kos pengangkutan tak dibayar ye)…

::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Some deep thoughts cited from the derby:

“You expect some point in a game at Old Trafford against a very good team to withstand some pressure. To suggest they were seven goals better than us is incorrect. They did seem quite excitable at the end of the game. It reminded me of Sir Alex and Brian Kidd. I saw Gary Neville running like a lunatic. It showed how much it meant to them.” – Mark Hughes, boss of Manchester City.

“We dominated and the lads played well for a lot of the game,” Owen added. “There were individual mistakes but over the years before I was here the defence has been fantastic.” – Michael Owen, new hero of the Old Trafford.

Advertisements

2 thoughts on “What A Beautiful Transit

  1. hehe. takde la meriah mana pun. ok ok je.
    raya ko camne? besh tak 1st raya sebagai bini orang? hehe.
    itu le pasal.. bakal mak mentua aku dah buat openhouse awal, minggu lepas gi.
    tengok lah, ujung minggi ni ke..

    kimsalam emi. cakap aku mintak duit raya kat korang, sorang satu ek. hehe.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s