Fragments…

Jam 1250hrs. Di pertengahan minggu. Aku sedang berjuang seorang diri di office, menyiapkan sesuatu. Yang sangat banyak, sebenarnya. Sambil kepala otak aku giat memerah idea, ada banyak idea-idea sampingan turut memenuhi ruang kosong otak aku yang dah 98.8% penuh ni.

1. Perut aku. Penuh. Tadi baru lepas makan lemang + rendang kat kedai Kak Ita. Lemang tu aku beli kat Alam Damai. Yang bestnya brader penjual rendang tu kenal aku (walaupun aku seperti biasa lambat membuat pengecaman). Owh.. mamat ni rupanya yang rajin tegur Ekin kat Petronas sebelah TPM ni. Dia dah abes kontrak kat situ, katanya. Ni tolong² member je jual lemang. And sempat jugak dia suruh kimsalam Ekin. Huh. Rendang – Kak Ita yang masakkan. Dengan bermodalkan RM10 untuk lemang (yang 40% aku habiskan sorang, sebab Ekin takleh makan pulut banyak takut pening) – aku berjaya dapatkan rendang ayam yang lazat, berserta nescafe o’ ais dan dua gelas jus honey dew yang segar. Heheh. Thanx Kak Ita!

2. Tiba-tiba aku teringatkan UNIMAS, dan bumi Kenyalang aku tu. Rasa macam baru semalam kisah aku sebagai ‘miak lepeh’ di bumi Kenyalang yang bertuah itu bermula. Bagaimana aku mula dengan menyulur, kemudian mengundur, duduk lalu cuba berlunjur, cuba pula untuk bertatih dari lajur ke lajur, sampailah aku mampu terbang serta akhirnya dilepaskan dari sangkar. Terbang! Phewww!!! Sekarang? Cam dah mula penat nak terbang dah. Naseb baik ada kereta. Hehe.

3. Dapat SMS dari an old friend of mine. Pompuan. Dia cakap nak turun KL, tapi takde tempat lepak. Uhuk. Dari ayat dia tu aku faham la maksud di sebaliknya tu. TA-PI, yang musykilnya, sejak bila pulak aku jadi tempat mengadu nasib nih. And tak penah pulak umah aku tu jadi tempat persinggahan sesapa, hatta officemates aku yang laki pun. Inikan pulak pompuan, kawan yang dah lama tak jumpak lak tu. Bukan ada kaitan darah pun. Mahram jauh skali la kan. Oit oit.. duduk KL 5 tahun, tak bermakna kepala otak aku ni leh twist 180 degree beb. Jiwa aku masih lagi kampung. Kulim lagik. Kesimpulan – cari hotel murah. Or carik la member pompuan, kasi senonoh sket. Titik.

4. Checked my Gmail – Abang Alam ada tinggal komen kat gamba² yang aku tag tadi. Gamba aku punya besday tahun lepas. Abang Alam ajak buat benda yang sama untuk tahun yang ketiga, and call it a KRU NITE! Hehe. Nampaknya, hari lahir aku tahun ni masih lagi berpotensi untuk meriah. Tekniu BOSS!!!

5. Sejak 2007 (sejak aku kenal Abang Alam la), besday aku disambut meriah. Hehe. Meriah cara aku la, kat karoke. Tahun pertama tu kat Planet Hollywood (yang aku tak berapa nak betah). Tahun lepas kat RedBox Pavillion. Cun. Kebetulan lak besday aku serentak dengan Kak JR, sorang lagi senior writer kat tempat aku – so bertambah meriah la jadinya!

6. Seperti biasa, perbelanjaan tetap ditanggung oleh Encik Zainal Alam Kadir, mentorku yang baik hati. Hehe. Apa lagi, lenjan habis habisan lah kan. One thing about going karoke with Abang Alam is, suara dia best. Hehe. And tambah plak, it never bores me to listen to his stories about everything. Wonderful guy, yet a true genius he is indeed huh.

7. And kitorang akan habiskan last quarter of the nite tu nyanyi lagu KRU je semua. Hahaha. And surprisingly – semua orang, termasuk Amir, my other boss who is sooo against malay hits, and especially Medd, the bangsar-kid, pun hafal semua lagu tu. Cheh. Urban katanya.. walaupun. Hehe. That’s why the nite (err my birthday eve, to be precise) is being called the KRU NITE. Huhuu.

8. KRU?!! Gulp. Skrip tak siap gi. Cabuttt……….

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Setiap manusia merindui kasih sayang
tapi di mana dia
kasih sayang sudah mati
manusia inginkan simpati
terutama di waktu susah..

Tapi di mana ada
di mana
simpati kan sudah hilang
manusia inginkan pertolongan
terutama di waktu perlu
pertolongan sudah gersang..

Setiap manusia inginkan kawan
kerna itu adalah fitrah semula jadi
mana ada kawan di waktu ini
yang ada hanya kenangan
kawan sudah tidak ada lagi..

Manusia inginkan perlindungan
daripada pemimpin dan ulama
di mana hendak didapatkan perlindungan
perlindungan sudah koyak rabak
terdedahlah manusia kepada kejahatan
terdedahlah manusia kepada kesesatan..

Entah bermacam lagi
keinginan manusia yang dicari
untuk keselamatan hidupnya
tapi semuanya atau segalanya
sudah hilang
bilakah barang yang hilang
di kalangan manusia itu
ditemui lagi…

..credits to qathrunnada’.

Advertisements

3 thoughts on “Fragments…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s