Ting Tong di Aidil Adha

Tolong Ayah kat kedai santan – done.

Tolong Mama bukak daun palas – done.

Beli ubat alergik Mama – done.

Amik Keklin kat Tol Juru – done.

Apa lagi ek? Nape aku rasa macam ada benda yang tak lengkap, atau belum sempat aku lengkapkan? Hmm. Bosan nih. Kat TV semua dah takde mende. Yang ada pun CAM Aznil. Layan je, sambil2. Tak tau nak buat ape ni. Facebook – dah update. Sekosong mana status aku, sekosong tu jugaklah my current state of mind.

Hmm.. nak buat ape nih? Nak kacau orang, semua orang cam dah tido je. Tunang aku pun dah tido rasanya, last SMS aku pun tak terbalas. Ni pun aku pikir 2, 3 kali gak nak update blog ni. Takde idea nak tulis apa. Setakat mengadu akan perihal kebosanan aku macam yang aku tengah buat ni, memang boleh sangat lah kan.

Tadi Pa’it call. Heh. Memula tu aku ingat Ayin, sebab suara lebih kurang sama ja. Yalah, sim card aku yang line tu aku dah letak kat henset Nokia, so number dia tak kuar la. Tapi aku layankan ja dulu. Buy the time dia nak letak tu baru aku leh tangkap, especially bila dia cakap “dengan sapa lagi, dengan bini laa”. Heheh. Sori sahabat. Aku tengah blur.

Skrip! Skrip! Skrip! Bila laa aku nak cukup kuat untuk abiskan nih. Aduhai. Habis benda tu, leh laa aku bernapas skit. Hmm.. pinjamkanlah aku sorang sikit kekuatan, so that aku mampu abiskan and realisasikan rancanga teragung aku yang berkenaan. Huhuu.

Apa lagi? Apa lagi? Entah. Dari tadi, sampai skang ni, soalan yang sama jugak. Asyik asyik apa.. asyik asyik apa. Leh tak tukar tune sikit, kita tanya BAGAIMANA pulak!

p/s : Salam Aidil Adha to each and every one of you. (You – whoever is reading this blog. And yes, I do mean WHOEVER).

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Berangkat pergi biduk kukayuh
sarat hati yang luka
agar tak lebih menyakitkan
jika masih di sini..

Bukan cuba untuk melarikan
dari kerumitan cinta
tapi waktu ini perlu untukku
mengupas segalanya..

Kadangkala pedih kini mencabarku
melupakan semua
tapi persaan kasih padamu
melebihi diriku..

Tapi engkau bagaikan tidak mengerti
halangan cintanya kita berdua
terpaksa aku pergi mencari
kesilapan sebenarnya..

Mengalah bukan kalah
pergiku bukan lari
bukan mudah bercinta
jika pengertian tak setaraf
menagih korban yang lebih dalam…

..credits to aris ariwatan.

~ sekadar lagu yang dipilih kerana tema judulnya yang amat ‘aidil adha’.. tiada kaitan secara langsung mahupun tidak, dengan isi hati dan perasaan, wahimma sebarang entiti yang berlegar dalam ruang lingkup minda dan jiwa.

Advertisements

4 thoughts on “Ting Tong di Aidil Adha

  1. hi buddy!
    happy birthday =)
    td cm nk borak lm lg.
    tp ko cm ngntk sgt je.
    anyway,
    selamat hari raya aidiladha w/p dh lepas.
    hehe..
    have a nice day ok =)

  2. Ya benarrrrr..

    Semalam, 25 tahun nan lampau, adalah hari keluarnya aku dari tubuh Mama aku. Heheh.

    Sori Tie, aku memang ngantuk gile. Jap aku call ko ek…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s