Perca

1. Aku berada pada satu tahap di mana kepala otak aku terpaksa dibahagikan kepada paling banyak bahagian, sehingga aku rasakan peredaran dan putaran otak aku amat lembap dan lembam sekali. Baru² ni aku banyak tidur – Isnin yang baru lepas ni je aku dah tidur 17 jam (14 jam pertama, diikuti tambahan 3 jam lagi tak lama selepas itu). Hasilnya? Kelembapan dan kelembaman itu bertambah secara relatif sekali dengan masa.

2. Buah hati aku mencurigai aku. Huhuu. Sesuatu yang agak normal, bagi diriku 2, 3 tahun nan lampau. Tapi hari ini, terjadi jugak lagi. Haih.. salah aku juga. Walaupun aku kesali apa yang terjadi, sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana aku tidak seperti yang dicurigai. Aku tetap aku. I might not decide so easily, but once I’m decided – forever decided I’ll be.

3. Tak sabar aku nak tunggu tahun 2009 ni berakhir. Sebab mengikut kiraan aku, segala kekalutan, kesempitan, kekeliruan, kelembapan dan kelembaman ini akan berakhir menjelang penamat dekad pertama milenia ini. Doa aku, harapanku, impianku, biarlah perkiraan yang aku lakukan itu mampu aku realisasikan menjelang masanya – biar secara mudah wahimma sukar sekalipun.

4. Sahabat aku yang satu, akan mengikut jejak langkah aku menjelang tengah malam ini. Selamat hari lahir, saudara Mohamad Amirul Faiz Mohd Fozi. Walaupun tirai jubli peraknya bakal dibuka dengan perlawanan pelik MU menentang juara Bundesliga, Wolfburg, dengan hanya berbekalkan seorang pemain pertahanan, aku tetap doakan yang terbaik untuknya.

5. Ramai wajah muram dan mendung memenuhi rutin harianku, saban hari makin ramai. Isunya pelbagai – putus sambung kasih, hilang jumpa barang dan sebagainya. Kasihan ada, simpati pun tinggi. Tapi yang terbaik buatku adalah mengehadkan simpati itu pada takah yang mampu kusalurkan; dan berhenti sebaik saja ia mampu mencuit kestabilan jiwaku (dan jiwa-jiwa yang terdekat denganku) yang tenang. Maaf, mendahulukan diri sendiri bukanlah bermakna aku tamak. Cumanya, congak akhir tetap perlu aku hadapi seorang diri kan? Jarang ada yang mahu pinjamkan jari tambahan.

6. Hujan makin lebat, bertambah kerap dan kian menjadi. Ganas dan kalut yang disaksikan di luar, begitulah juga ganas dan kalutnya dalam hati. Sebakku kian menjadi – jangan dipersoal kenapa. Bukan aku mintak untuk tidak menyenangi rahmat Dia yang satu ini. Sedari sedarku, sememang aku sudah begitu. Takziah buat semua yang menderita kerananya, syukur buat yang mendapat manfaat darinya.

7. Hidupku masih berjalan dalam irama dan lagu. Kadang sedih, banyak yang pilu. Bukan sengaja mendera jiwa dengan melankolik, tetapi sudah terbukti ia lebih selesa terbuai dengan keindahan syahdunya melodi. Jiwang katamu? Katakan sajalah. Sebabnya.. er.. ada aku kisah? Cak cak cak cak cak…

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kerana dia aku menangis
tanggalkan sisa kewarasanku
rela melepaskan kemudi di tangan
di kala ribut gelora
datang mendera samudera..

Kerana dia aku menangis
padamkan gaya dan perasaan
sanggup memutuskan pertalian diri
kepada selain dia yang kudamba..

Ku tenggelam dalam rindu
tidak berdasar dan bertepi
ku terdampar dalam sendu
tidak bernoktah dan berhuruf..

Ku terkorban dalam cinta
tak beralasan dari lembar
satu lagi tak menjanjikan
ranjang mawar yang ku mimpi…

..credits to wings.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s