Fragments…

1. Kurang lebih seminggu untuk ke penghujung tahun – tarikh keramat yang kunantikan; yang kuharap mampu menamatkan kekalutan hidup hujung tahunku yang maha sibuk. Harapan yang.. er.. belum ada tanda akan terrealisasi. Huhuu.

2. Menonton KL World Marching Band 2009 baru² ini buat aku rasa rugi pulak berhenti berpancaragam terlalu awal, pada usia 15. Satu lagi, aku rasa macam nak je join mana² pancaragam komuniti, untuk remaja tua macam aku ni. Huhuu.. ada ke?

3. Rata² cakap AVATAR itu bagus. Dan ada jugak yang cakap my anticipated Storm Warriors macam gampang. Hurm. Nyatanya, aku belum mampu mencuri masa untuk menonton dan menilai (mengikut piawaiku sendiri) satupun antara keduanya.

4. Gelombang kegilaan lirik belum juga terasa. Hairan juga aku, sebab dengarnya Mac dan start sunting.. err shooting. Tunggu dan lihatlah jawabnya.

5. Hari² mingguku terasa semakin letih. Tiap waktu sepanjang hari kantukku menyerang tak peduli apa. Hujung minggu, walaupun confirm akan bekerja, berdiri sepanjang hari mendengar orang itu orang ini berperi, pun tidak seletih ini. Hurmm.. kena atur balik ni, jadual tidur aku sudah gila (macam aku jugak)…

6. Mama baru pulang semalam. Sempatlah aku bawak Mama pergi tempat² yang dia suka. Lega juga aku. Cuma satu saja yang meralatkan – gaji belum masuk, jadi tak dapat nak sponsor semua. Minta maaf ya Mama. Nanti Pidoih cover balik. Huhuu…

7. Dilema – antara memilih hidup penuh privasi (apalah sangat, bukan artis pun) di rumahku kini, atau berhijrah berkongsi ke rumah lain yang jauh lebih untung dari segi ekonomi. Pilih? Selesa, atau dapat menyimpan harta (yang ironinya adalah untuk selesa juga di kemudian hari)?

8. Semakin lama semakin dekat aku dengan satu gagasan agung yang sudah lama terancang. Bersediakah aku? Majoritinya, iya. Mampukah aku? Err.. belum lagi. Untuk mampu? Balik semula ke poin SATU. Sekian…

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Menarik lagu ni. Khas buat pemuja-pemuja wanita yang bergelar isteri (atau tunang, atau kekasih orang – sila ikut interpretasi sendiri). Usai baca dan hayati, sila taubat nasuha ya. Nauzubillah…

Pandangan pertama kupesona
kejelitaan yang asli
pandangan kedua kutergoda
terigau untuk bersamanya
terlupa aku di sebaliknya
wajah yang cukup menawan
dia telahpun berpunya
kekasih yang terlalu menyintainya..

Aku tahu cintaku terlarang
mencuri tatap wajahnya
dan kutahu dia telah tergoda
bila berhadapan denganku
jauhkanlah Tuhan kejahilan
simpulan hati ini
dari memusnahkan hidup
pasangan yang bahagia di depanku
kau bukan milikku..

Kesepian ini bertandang bersamamu
luhur rasa jiwa yang menggoda
betapa harus aku menanggungi
kuserahkan pada Maha Esa
yang mengerti setulus hati budi..

Kau bukan milikku
kubukan milikmu
usah engkau menduakannya
tak mungkin bersama
tak mungkin berdua
walau untuk sementara..

Biarlah kudoakan
engkau bahagia
dengannya terpancarlah sinar syurga
aku akan setia
dan di pintu hati
terusan menanti…

..credits to jed.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s