Berjuang

Thumb Drive aku buat perangai tiba-tiba. Tiap kali aku cuba nak bukak, dia asyik prompt The Drive is not formatted. Would you like to format it now?“. Mengikut pengamatan aku, itu tanda pengakhiran bagi sesebuah thumb drive, tapi ego aku enggan mengalah; maka aku segera mencari bantuan. Help! Help!

Bantuan pun sampai. Aku terjumpa satu company ni via the net, mengaku ‘professional data recovery’ untuk apa jua jenis corrupted drives. Maka aku segera menelefon orang yang berkenaan – Steve Seow namanya. Yup, i know.. i know. Tapi tak fair laa untuk judge him from the name, rite? Bukan salah dia, mungkin nenek moyang dia rasa ganas kalau ada surname camtu kan? So aku cakap, aku on – walaupun RM500 bakal bertukar tangan sebagai pengerasnya. Huhuu.

Tunggu punya tunggu, diam je plak apek tu. So, aku contact lak si Ahmad Suhail Hj Azmi, mintak tolong dia, memandangkan dia cerdik IT sejak azali, dan berada di satu lokasi dengan sumber IT yang tidak terhad, iaitu sebuah Fakulti IT di sebuah IPT tempatan. Aku bawak dia pegi makan lunch, mintak tolong kawan dia, sambil sempat SMS si Seow tu, cakap aku nak try DIY dulu. Dia balas, “Ok. Good luck ya :-)”. Damn…

Yup, real damned I was. Ahmad Suhail, hatta kawan dia yang Maha Magna IT (katanya) pun tak dapek nak nolong! So, terpaksalah aku contact balik si Seow tersebut, dan serahkan thumb drive mengong tu; dengan harapan aku akan dapat recover balik nyawa aku (dan nyawa orang² lain juga) kat dalam tu.

Pagi dah menjelma, bersinar suria, hari punn cerah. Tapi nasib malang aku tetap tak berubah – si Seow juga turut gagal memulihkan nyawa aku. Dia cakap ni dah masuk bab teknikal, ada kerosakan litar. Dia cakap lagi, benda ni memerlukan special tools, so diorang akan hantar ke HQ di Australia, with higher cost, of course. I was like “WHUTTT??!!! Who cares about any God-damn money –  I just wanna secure one tiny folder, u tut tut tut!!!” (how i wish i could say that). So aku pun pergilah jumpa si Seow tu and ambik balik Thumb Drive aku yang dah kosong. Seowwww la leyy…

Sekarang ni, aku kat Jusco AU2, tengah cuba taip balik apa yang aku mampu, mengikut hierarki tahap kepentingan subjek yang perlu ditaip semula. Doakan aku berjaya, dan doakan supaya tiada lagi musibah yang melanda. (At least sampai aku siap semua ni).

Moral kisah ini : Please, please back all your files up. Every time you click ‘save’. Every single day.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan..

Engkau ingin berjuang
tapi tidak begitu setia kawan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup berkorban
engkau ingin berjuang
tapi ingin jadi pemimpin
engkau ingin berjuang
menjadi pengikut agak segan..

Engkau ingin berjuang
tolak ansur tidak engkau amalkan
engkau ingin berjuang
tapi tidak sanggup terima cabaran
engkau ingin berjuang
kesihatan dan kerehatan
tidak sanggup engkau korbankan..

Engkau ingin berjuang
tapi tidak mampu menerima ujian
engkau ingin berjuang
tapi rosak oleh pujian
engkau ingin berjuang
tapi tidak sepenuhnya
menerima pimpinan..

Engkau ingin berjuang
masa tidak sanggup engkau luangkan
engkau ingin berjuang
karenah isteri tidak engkau tahan
engkau ingin berjuang
rumah tangga lintang pukang
engkau ingin berjuang
diri engkau tidak engkau tingkatkan..

Engkau ingin berjuang
disiplin diri engkau abaikan
engkau ingin berjuang
janji kurang engkau tunaikan
engkau ingin berjuang
kasih sayang engkau cuaikan
engkau ingin berjuang
tetamu engkau abaikan..

Engkau ingin berjuang
anak isteri engkau lupakan
engkau ingin berjuang
ilmu berjuang engkau tinggalkan
engkau ingin berjuang
kekasaran dan kekerasan engkau amalkan..

Engkau ingin berjuang
pandangan tidak diselaraskan
engkau ingin berjuang
rasa bertuhan engkau abaikan
engkau ingin berjuang
iman dan taqwa engkau lupakan..

Yang sebenarnya apa yang engkau
hendak perjuangkan?

..credits to sheqal & qathrunnada’.

Advertisements

One thought on “Berjuang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s