The Biggest Wholesale, Now!

It’s here. Again. Terasa baru amat. Haih.

Awal Ramadhan kali ni aku sambut dengan keluarga baru, wajah-wajah baru. Di tempat baru. Hehe. Azam baru juga ada – pendam sahaja, tak perlu bergebang, takut tak sampai. Moga Dia memberi restu, supaya aku tidak sekadar terlongo lesu.

Bila lagi, inilah waktu termolek. Yang termurah, terbesar, dan lebih tak masuk akal daripada pelik. Persoalannya – mampukah aku merebut semua tawaran yang datang bergolek? Atau hanya setakat melalui, dengan kesudahan yang sama jelik?

Hanya Dia, dan Dia saja yang tahu.

Looking forward to going back to Mama’s. Tak lengkap rasanya kalau tidak begitu. Haih…

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
nikmat Allah mengalir mencurah curah..

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahaddah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati..

Seluruh anggota kita semua ada peranannya
perlu dijaga di setiap tindakan
hati yang telah bersih dan berakhlak mulia
di sisi Allah tinggi nilainya..

Jagalah lidah
dan juga tutur kata jangan sampai
mengumpat dan berkata kata dusta
pelihara mata dan kawal telinga
agar berbuat yang diredhai Allah..

Langkahkan kaki menuju kebaikan
jangan melangkah
ke arah kejahatan dan maksiat
jika terhumban ke kancah kehinaan
di dunia lagi beroleh pembalasan..

Pesta beribadah telahpun bermula
bersama tibanya Ramadhan yang mulia
rahmat Allah melimpah untuk semua hambaNya
nikmat Allah mengalir mencurah curah..

Meriahkan Ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahaddah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati..

Tangan pun juga
hendaklah perlu dijaga
elakkan diri mengambil hak orang lain tanpa redha
kukuhkan perpaduan hindar permusuhan
sesama jiran rakan dan taulan..

Jadikanlah Ramadhan gelanggang untuk beribadah
bukan sekadar berlapar dan dahaga
Ramadhan setahun sekali sahaja
rebutlah peluang jangan ketinggalan..

Meriahkan ramadhan ini dengan beribadah
tingkatkan amal dan mujahadah
banyakkanlah berzikir dan baca al Quran
muhasabah dan sucikan hati…
..credits to nadamurni.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s