Pamit

Ketik akhir. Masih sempat menyentap. Apa lagi yang belum cukup kau lahap? Cara kasar, bagi aku biasa. Cara halus, itu lebih bisa. Kau tahu itu, kau maklum sekali. Itu punca kau tak henti. Padahal henti itu insaf, cukup itu taubat. Tahu, maklum, tapi faham itu bukan rejimmu.

Aku nak pergi. Pasti. Berat, tapi hati aku sendiri lebih mudah aku jaga. Lebih layak aku pelihara. Untuk apa melekat sahaja, kalau hatta puji sekuman sudah umpama permata dari syurga? Mazhab itu kau ikut, ikutlah. Aku lebih suka assunnah. Atau mungkin itu assunnahmu? Terserah.

Tembak peluru besi, lawan budak kampung berpeluru getah. Pedih aku lekat di hati, budak tu langsung mati terserak darah. Apa aku dapat, selain dosa wal penat? Apa faedah yang singgah, selain tuntut hutang darah?

Maka itu sebab aku melangkah. Bukan kalah, tapi alah. Biarlah, bukan mati pun. Tingkap itu pun dah tak muat. Kalau lama lagi, mesti aku mati penat. Saiz badan otak aku pasti makan ruang. Maka itu bendera putih aku layang.

Puas? Alahai.. tak mungkin tidak. Senyum pasti goret, walau hati berpesta roket. Itu aku yang maklum, kali ini bercampur faham.

Makanya, aku pamit dulu.

Oh, lupa. Bukan badan saja, tapi akal ikut sekali. Pasti selamat dari dijahat. Pasti teguh dari diluluh.

Oh, lupa lagi. Jangan risau kau akan rugi. Sedar itu lebih penting daripada mati. Ingat itu, pegang itu. Insya-Allah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s