Ole!

Aku tengah takde apa nak buat, sebab aku tengah tunggu nak capture. Owh sorry. Capture tu adalah satu proses memindahkan imej analog dalam pita (atau tape, kata orang tua²) ke dalam aplikasi digital Final Cut Pro, sebuah perisian menyunting video. Dari semalam aku tunggu, tapi memandangkan hanya ada 3 komputer yang boleh capture kat ofis ni, so kenalah queue. Aku dah capture actually semalam, tapi salah satu link aku tu tersilap timecode.

(*Yawn.. “What the hell.. Jojoe, tolong teruskan dengan para kedua ye, mekaseh”)…

Lebih mencilakoikan keadaan, aku tertinggal broadband Celcom aku yang kiut dan berbentuk macam tampon itu kat umah. Huhuu. So, terpaksalah aku melayari internet kacang kuda di ofis ni je, tanpa berpeluang membuka MukaBuku atau mana-mana laman sosial yang lain. “Terima kasih Abang IT“, bak kata Fuad, budak intern kat department lama aku dulu, yang sentiasa memanggil sesiapa saja sebagai ‘Abang’, termasuklah seorang Timbalan Menteri. Huhuu.

So all I can do is blog-hopping. Plain blog-hopping, without any mean to drop any comment (aku masih trauma dengan tragedi aksarakedua beberapa abad nan lalu, so meninggalkan comment mungkin akan membuatkan orang mampu mengesan jejak aku dan mengguris kembali luka lama). Oh ya, akudah open balik blog lama aku tu. Sudi-sudilah, kalau situasi korang sesangap aku kat ofis ari ni, dan takde benda yang lebih membina minda untuk dilakukan. Huhuu.

Bagus jugak. Tengah² aku melompat dari aksara ke aksara orang lain tu, aku terjumpa blog ni. Aku pun belek lah, dari satu entry ke satu entry, sampailah aku terjumpa entry yang satu ni. Tiba² aku terasa macam diri aku ni kembali ke zaman pra-mumayyiz aku, beberapa dasawarsa yang lampau. Haha, lebih tepat lagi DUA dekad yang lepas. Huhuu.

Ini kisah macam mana aku mula-mula kenal sebuah negeri bernama Kataha Kedah. Aku n family sepatutya berpindah ke Terubuk, tapi tah camna tiba² Mama cakap “kita akan pindah pi Kulim“. Aiyarkkk! Kat mana tu. “Kat tempat yang slalu kita pi beli durian tu”. Owh. Ok. Aku suka bab pindah² ni. Meriah. Hehe. (Pedulittaik aku orang hilang tenaga or abih duit pun kan masa tu)…

So secara rasminya, aku pun kembali ke negeri kelahiran Abah (walaupun Kulim sebenarnya terletak dalam Penang, kalau ikut peta ukur Malaysia yang lama sebelum pemetaan semula pada akhir 80an – Abang yang kata, bukan aku. Aku manalah tau pape lagi masa tu). Well, dah pindah Kedah, kenalah blaja jadi orang Kedah kan? Makan makanan Kedah (that was when aku mula²tau yang ‘tokyu‘ itu bermaksud ‘kicap’, bukan ‘nenek u’), cakap cam orang Kedah (my new words : gerek = basikal) and paling penting, nyanyi lagu Kedah. Haha aku ingat lagi scene itu, Abang ngan Keklin bertengkar camna bunyi lagu rasmi negeri Kedah, and aku dengan selambanya nyanyi “Keeeeeeedah! Kedah pantang kalah!

Ya, tuan-tuan dan puan-puan. Di sebalik kenyataan bahawa saya sudah lebih 20 tahun bermastautin di Kedah (walaupun pantang cuti je aku akan balik umah Mak), tapi saya sebenarnya terlebih dahulu mengetahui lagu Kelab Bolasepak Kedah, berbanding lagu rasmi negeri itu yang sebenar, iaitu ‘ALLAH SELAMAT SULTAN‘. Huhuu. Selain the fact yang lagu tu amat catchy, satu²nya sukan yang boleh buat aku stop main lego (poor kid, I know) adalah bola sepak. And sukan pertama yang first aku main pun sama. Siap main keeper lagik tau, walaupun cam hanj.  Abah pun penah jadi manager untuk SPPFC (Setia Peranakan Perai Football Club) selama dua tahun, di mana diorang muncul Juara Liga Amatur Pulau Pinang masa dia handle tu. Phewwwittt!! One big cheer for Sir Ali!!!

See? Footbal had already been running in me since soooooooooo long ago!

My first football game on tv was the game yang Abas Saad kena kad merah sebab tumbuk orang sampai berdarah hidung. THAT WAS SOOO COOLIO! Masa tu 1990 or 1991, aku tak ingat. Haha. Minat aku terhadap bola makin bertambah bila dah masuk sekolah. Dari kawan², I was introduced to the Canaries. YEAH! Masa tu aku siap leh hafal gi nama² player Kedah such as Radhi Mat Din, Niezam Adha, Azmee Mahmood, Ahmad Sobri Ismail, Feriza Ismail, Farouk Ismail, Lee Kin Hong, Faridzuan Che Hamid dan dozens others, walaupun nampak dari belakang je. Haha. I was also one of the fans yang bersorak tak hengat (walaupun kat umah je) masa Kedah belasah Singapore 2-0 dalam final Piala Malaysia and terus dapat cuti satu ari! YEAH (lagi)! Aku sangat cool masa tu, I know, walaupun masa 1st time Kedah menang Piala M in 1990 aku blum paham apa² lagi. Yang tau pegi mana pun hijau kuning. It was then yang aku beli boot bola pertama aku, jenama LOTTO! Woot woot!

Pastu game pertama aku kat stadium, was when Penang welcomed Perak at Stadium Hancing Bandaraya in 1995 (serious, aku nampak ada orang kencing kat tempat duduk tu selamba badak je. Huhuu).  . Ikut Ancaq, naik motor je. Haha serious cool dapat join orang jerit² (walaupun lebih banyak asyik kutuk pengadil + pemain sendiri je), sambil tiup self-made-trumpet (Ancaq buat, of coz) tak berenti thruout the game (sampai ada sorang pakcik tu suh aku diam). Masa tu star player for the Panthers was Merzagua Abderrazak. I can hardly recall the remarks he’s made thruout his career here.. ada Kasut Emas jugak kot. Yang pasti, game tu Penang.. er.. kalah 2-1, di mana keeper Perak sempat tunjuk finger kat kitorang. Hahaha klasik!

Masa tu, zaman kejatuhan Penang. Kedah penah belasah Penang 8-0, and aku kena kutuk sepanjang minggu kat skolah. Huhuu. Aku tak sokong Penang pun masa tu, aku sokong Kedah honestly. Sampailah aku masuk sekolah menengah, baru aku sokong Penang. Masa tu Penang pakai jersi biru muda macam Manchester Shitty, dan main cool macam The Devils (kawan aku yang kata, bukan aku). Pada masa yang sama, aku tetap jugak follow Kedah punya progress, sambil menyumpah tiap kali Penang lawan Kedah.

Masuk kolej, tiap minggu aku fly pegi tengok Penang. Kakchik subahat ngan aku, kutip tepi jalan tiap kali match night. Haha. Time kolej tu jugak aku n kengkawan tulis surat kat Pengetua, mintak sponsor bas nak pegi tengok Kedah vs Selangor kat Stadium Darul Aman ramai², and berjaya! Result dia? Seri je. Huhuu. Tapi semangat tu yang penting kan? Hehe.

Phewww.. those were the cool days. Aku start tengok masa zaman semi-pro. Lepas tu zaman pro, di mana ramai gile pemain import, and nyatanya diorang ni jelah yang betul² leh harap pun. Coach import pun ramai. And that time, our local football was beautiful.

Entah kat mana silapnya, datang lak zaman cam skang ni – takleh import pape lagi dah. Kononnya sebab pemain + coach kita takleh nak improve under those outsiders’ shadows. Haih.  Tapi tu yang heran tu, naper kat England ok je import? Name me one club yang takde langsung imported players / coach? Tambah magic lagi, sukan lain cam badminton etc leh lak import coach ek?

Bukan nak memandang rendah kemampuan orang sendiri, tapi we have to admit that we’re so in need of those knowledge, technology and skills. Camna nak mintak orang kita tolong improvekan, kalau orang yang nak tolong tu pun pencapaian and pengalaman tak seberapa? Aduh…

Apapun, aku masih minat bolasepak tempatan. Tetap tonton and follow, dengan penuh harapan. Owh, ranking kita maybe dah improve, tapi selagi tak at least Top 100, tak yah la nak bangga. Jauh sangat lagi. Jangan stop, teruskan je lagi. Buatlah apa saja yang boleh RM200j tu manfaatkan. Tak yah pertikai kenapa kat Pahang, kat mana pun ok je kalau orang² yang terlibat tu ok. Kalau tanya aku, aku rasa sebab Pahang tu jauh sikit dari arus perdana berserta segala macam mak nenek jenis hiburan yang lagha lagi melekakan, jadi pemain lebih senang fokus. Ok? Tanya pada diri – rancangan tu bagus ke tak? Kalau bagus, terima jelah. Tunggu dan lihat. Ini tidak, menghentam orang je kome ye. Suruh buat keroje, teruih tumpor! Huh.

Akhir kata, majulah bola untuk negara. Huhuu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Yakinkanlah diri sendiri
berjuanglah sejiwa murni
tekun berani sesungguh hati
demi sukan pengharum negeri..

Biar jasa jadi kenangan
hijau kuning lambang kemegahan
jelapang padu tempat sanjungan
negeri Kedah Darul Aman..

Kedah.. Kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas semula gagah
bujur lalu melintang patah..

Hijau kuning tanahku
darul aman negeriku
hijau kuning darahku
negeri Kedah negeriku…

..credits to ahmad basri akil & freddie fernandes.

Advertisements

2 thoughts on “Ole!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s