Puji Pujian

Apa kata kita mulakan pagi kita dengan sedikit pujian? Ya ya, saya tahu. Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam. Tapi.. erm.. boleh tak nak pinjamkan sedikit puji, lengkapkan dengan rasa syukur atas izin Allah, Maha Empunya Segala Puji, yang telah membenarkan pihak² yang bakal saya sebutkan sebentar lagi? Kalau ada lagi yang nak argue, let’s just put it this way. Sifat Allah yang Maha Sempurna, telahpun dianugerahkan oleh-Nya sedari lohmahfuz, ke dalam setiap diri kita semua. So, kalau ada sekelumit pun niat untuk kita memuji sifat mana² makhluk, biarlah kita niatkan untuk memuji pencipta sifat tersebut. Ok? Comprende? Good good…

JUSTERU (ya benar, perkataan ‘justeru’ juga bermaksud ‘oleh itu’. OLEH ITU, tak perlu tambah satu lagi perkataan ‘itu’ di hujung, atau ia akan menjadi ‘oleh itu itu’. Sekian), pihak yang berkenaan, yang layak untuk saya jadikan medium contoh untuk saya memuji Tuhan saya, kali ini, adalah..

Benar, tuan² dan puan². Di sini saya ingin nyatakan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh warga JPN kerana telah bekerja dengan sangat sangat sangat efisyen, sekaligus membantu saya dengan menyiapkan MyKad baru saya hanya dalam 1 HARI BEKERJA. Ya, saya tidak salah taip. Yeah. Owh, pembetulan. JPN PUTRAJAYA SAHAJA ye. Sebab, saya dah risik kat JPN cawangan lain (yang hanya lebih kurang 10-20km dari Putrajaya), tempoh masa yang diperlukan adalah antara 3 minggu hingga sebulan. Hurm.

IC aku rosak. Rosak teruk. Dah tak nampak muka. Memula dia split into two, pastu aku gam. Disebabkan tindakbalas kimia yang amat aktif, maka kedua-dua kepingan objek plastik segiempat tepat itu pun berpiuh dan mula berombak-ombak.. Tindakbalas itu semakin aktif dari ke hari, menyebabkan kad pengenalan biru yang hebat asalnya itu, akhirnya menjadi hijau dan tidak lagi tepat empat seginya. Huhuu.

Aku pegi JPN Serdang, dia cakap 3 minggu at least. Pastu siap aku kena kunci lagi dalam opis tu. Ampeh. So, beberapa hari selepas itew, pada suatu hari Jumaat yang indah, aku pun pegi lak JPN Putrajaya, atas nasihat ramai orang. Parking outdoor, tapi tak jauh sangat. Ruang pejabat yang amat luas dan teratur – setiap tingkat dikhaskan untuk urusan yang berlainan – perkahwinan, permohonan kewarganeraan, MyKad (ye, satu tingkat hanya untuk urusan Kad Pengenalan) etc. Hehe.

Aku pegi kaunter pertanyaan, dia bagi nombor. Tanpa sempat aku ucap terima kasih, nombor aku dah kuar. So aku pun pegilah ke kaunter 1. Dalam kurang 5 minit, selesai. dia suruhlak pergi kaunter berapa belas tah, untuk ambik gambar. So aku pun bangun, cakap “tq kakak yang baik hati” (iyolah), dan mula menapak. TAK SEMPAT SAMPAI ke kaunter hujung tu, pegawai tu dah panggil nama aku dah. “Hazaril Firdaus Ali yang cumil“. Hehe. Amik gambar, rambut tercacak.

In less than 10 minutes, all process are done. Vividly. Yeah. Tripple coooooooolio!

Pastu aku sakit perut, jadi akupun pergi tandas. Bersih dan suci. Akupun melabur dengan happy dalam sepi. Hehe.

Oh.. imbas kembali : Aku ada tanya kat Kakak Yang Baik Hati (KYBH) tadi tu, bila boleh siap kad aku tu. Dia cakap, “Isnin, tapi boleh lah check kat laman web or call, kalau nak tau status.” Aku tanya lagi, boleh ke siap hari ni? Dia cakap, “Mungkin, tapi tak dapat jamin. Kalau check kat laman web or call, status cakap dah siap, boleh la ambik, anytime.” Pastu isteriku pulak menyampuk (ye, ke mana saja kita berdua.. jangan cemburu pula ya!), “Sabtu Ahad pun bukak ke?” of coz, half jokingly. Yet surprisingly, KYBH itu menjawab, “Ya.” Terloponglah kedua-dua suami isteri yang cumil itew. Padan muka hang, sapa suruh tanya. Hahaha.

Aku balik Kulim, Sabtu Ahad. Nak check status, lupa. Tapi Ahad malam tu aku check jugak la at last – DAH SIAP okehhh!!! Maka pada Isnin yang gemilang, aku pun pergi kembali ke pejabat cemerlang lagi terbilang itu, dan ambil MyKad aku. Kali ni lama sikit, dalam 20 minit, sebab ada 4-5 orang sebelum aku. Haha.

YEAH! Aku dah ada MyKad baru – something that I should’ve done like decades ago! To top that, dalam SATU HARI BEKERJA yo!!! Dengan ini saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan buat JABATAN PENDAFTARAN PUTRAJAYA khasnya, atas keikhlasan bekerja dan semangat juang yang tinggi oleh semua warganya. Terima kasih sangat².

Owh, lupa pulak. SATU je yang aku tak paham, dan tak berapa nak boleh setuju sebab memang tak mampu nak paham. Gambar di bawah ni, diambil dengan telefon bimbit Sony Ericsson aku yang comel dan tangkas tetapi tidak secanggih mana, ketika sedang melabur. Explain please, motifff ‘BULAN MADU‘ itew???!!!

p/s : Oh.. alangkah indahnya kalau semua jabatan kerajaan buat kerja macam tu. TETTT!!!!!!!!!~~~~~~

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Maju selangkah menuju gemilang
cekal dan tabah menempuh penghalang
apa diimpi kan menjadi reality
percaya diri sendiri
memegang segala kunci..

Misi suci demi menjunjung nama
negara tercinta
kita di mata dunia
ikhlas di dada juga oh di minda
yakin kemuncak jaya
ada di genggaman kita
kita..

Everest..
kibar bendera kita di sana
megah di puncak dunia..

Everest..
sinar gemilang menanti
mencapai awan pelangi
Everest menjadi saksi
Malaysia berbangga..

Cabaran nusa bangsa
disahutkan ikrar
sumpah setia kita bersama..

Everest..
kibar bendera kita di sana
megah di puncak dunia..

Everest..
sinar gemilang menanti
mencakar awan pelangi
Everest menjadi saksi
Malaysia berjaya…

..credits tu er.. kru.

Advertisements

4 thoughts on “Puji Pujian

  1. yep2.. stuju.. aku pun buat mykid Qaid kat putrajaya.. HARI SABTU okeh.. dan seperti hang kata, depa, bangunan depa, toilet depa, kerja depa, sangat cool!! yg x cool maybe parking yg panas itu.. huhu..

  2. haha.. parking itu ok denganku, tapi tidak untuk Qaid. takpa takpa kiddo.. blum masanya utk itam.. wait til ur in hi skool, then we freak out k.. hahaha…

  3. Bulan Madu adalah nama zon atau kawasan tersebut yang mengamalkan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S. Itu zon Bulan Madu kelolaan Bahagian Perkahwinan dan Perceraian (tingkat 1). Maksudnya tandas tersebut diselia oleh kakitangan dari zon tersebut; hias dan pastikan sentiasa bersih. Ada audit datang check (spot check).

  4. Woww.. thanx, Cik Frossonice.
    Lepas ni sure ramai yg nakkan sign Bulan Madu kat tandas opis masing².

    Terima kasih sekali lagi. 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s