Miskin?

Aku dilahirkan BUKAN dalam keluarga yang kaya raya. Bukan jugak papa kedana idup melarat menderita. Cukup cukup makan saja, seingat aku. Sederhana la. Tak senang, tapi tak susah jugak.

Setakat yang aku ingat, aku membesar dari baby sampai pra-sekolah kat sebuah umah flat, berbilik dua. All 5 of us, termasuk Mama and Abah, tido dalam satu bilik yang sama. Satu lagi bilik, bilik Mama Abah. Ada katil, wardrobe etc. Tapi jarang masuk situ pun, akupun tak penah tau sebab apa. Dapur kecik; cubicle boss aku skang ni lagi besar kot rasanya. Salah satu daripada 4 dindingnya terbuka dengan jaring untuk sidai baju (bayangkan umah flat 80an yang tipikal.. yes, macam tu lah.. sebijik!). So, kebanyakan aktiviti berlaku di ruang tengah rumah – that was our living hall, cum dining hall, cum play room, cum study room cum everything. Owh. Yang ada hanyalah tv, dan radio. Nak tengok video, naik umah Mak kat tingkat 4. Takde phone. Majority of the residents shared this one public phone. Yup², dulu public phone boleh call in and out. Yang aku ingat, salah sorang yang paling banyak dapat call adalah Abg Mat, salah sorang mamat bujang kat block tu.

Kemudian kami berpindah ke sebuah umah teres; sewa je. Satu tingkat. Masa tu rasa cam besh skit. Mama Abah beli video. Woot woottt!! Aku ngan Keklin share bilik yang sama; Abang satu bilik, Mama Abah of coz satu bilik. Semua ada 3 bilik, satu living hall dan satu dapur, yang terletak kat tengah² ruang umah. Typical 90’s terrace. Cool enuff for me, though. Selang beberapa tahun, masuk lak phone. Selang lagi setahun dua, pindah umah sendiri. Kat situ jugak, same size. Cuma back yard je besar sikit.

Makin aku besar, makin aku sedar yang idup aku taklah se’cool’ mana. Sebab tu aku lebih suka duduk umah Mak. Ada video.. ada games.. ada computer. Haih…

Idup aku tak semewah budak² lain. Aku tak penah ada video games. Seriously. Ada skali tu client Abah bagi, tapi Abah peram kononnya nak bagi aku main ONLY lepas UPSR. And seminggu lepas UPSR, umah aku kena pecah. Antara yang ilang – video game tu la. Huhuu. TV pun baru improve sebab Abang menang Pop Kuiz. Yup², THE Pop Kuiz. Seblum tu tv aku kena bangun tekan sendiri, takde remote.

Komputer? Hurmm.. memula skali ada komputer, aku dah form 5. Mama beli kat Kots Memot. Abang yang urge suh beli. Untuk buat keja design katanya. Hampeh. Layan chatting je 24 jam aku tengok. (Hehe aku pun sama)…

Camera? Pun sama. Our 1st camera was from Abang‘s Pop Kuiz jugak. Leh zoom, kuar² lense wooo.. huhuu.. owh, that was back in 1994 ye. Time kaseh.

Penah jugak family aku HAMPIR kaya. It started when Abah jv dengan kawan dia, jadi sole dealer of Ssangyong, in South East Asia. Fui-yooo! Abah masa tu pakai Volvo sebijik, ngan Pajero sebijik masa tu. Hahaha kaya gila la, pada aku at least. Tapi George Soros dengki, so company tu and thousands of other companies on earth, bungkuih. Huhuu. Makanya, kami tak jadi kaya. Kalau tak, sure aku ada banyak Rexton kat umah skang ni kan. Haih…

Ada jugak time² tertentu, idup kami HAMPIR melarat. Tahap mana melaratnya? ANTARANYA; Tahap sampai aku just dapat RM10 untuk balik ke skolah, TERMASUK tambang bas + cover idup aku sebulan. Haha tak kesah pun, sebab ada DM. Tapi orang² yang kat umah? Abah Mama terpaksa pegi umah Abg Chaq untuk tumpang baca paper. Keta Mazda buruk Abah, lantai dia dah berlubang and leh nampak jalan pun. Dinner, just cicah roti benggali (sila Google ye, kalau tak kenal) dengan kuah gulai. Mama lak terpaksa masak bihun + koey teow + mi goreng pagi² buta, bungkus dan hantar ke kedai seblum pegi keja. Yup, TIAP TIAP HARI.  Keklin? Baju sekolah dia, Mama yang jahit. Samalah aku pun, baju melayu putih prep malam aku pun Mama jugak yang jahit. Especially seluar. Ada je baju aku yang maintain dari form 1 sampai form 5 sebab masa form 1 aku gemok gila macam babi.

Kemuncak kemelaratan tu, aku rasa dalam 1997-2000 lebih kurang. Lepas tu pun takdelah mewah sangat, just tak susah sangat jugak je. Hurm. 1999, aku ingat lagi. Masa cuti skolah yang panjang tu, aku + Abah menumpang jual nasik lemak kat kedai Sopi. Bulan posa pulak, pukul 1 terpacak kami dah ada kat tepi jalan area Bagan Dalam (those of you yang penah naik jeti pegi Penang, itulah area nye ye); jual murtabak. Tiap hari collection takdelah banyak sangat, dalam RM30 camtu je average. Just cukup untuk rolling duit, plus cover makan hari². Time tu lah aku paling kurus.. muka aku sampai naik cengkung. Yeah!

Aku dapat masuk U, Mama Abah dah pening kepala. Aku lak tak dapat wang sumbangan RM1000 tu (tahun 2003, ramai yang dapat RM1000 sebagai permulaan untuk daftar masuk U; dapat PTPTN dia potong balik). Mama dah tahap nekad nak pinjam ah long.. tapi tak jadi. Alhamdulillah. Sama macam masa aku kat sekolah, aku rasa idup diorang kat kampung tak senang jugak. Walaupun dah ada Kelisa masa tu. Hehe. Aku sedar keadaan sebenar, bila aku stop dapat duit belanja. Huhuu. Bayangkan, tak dapat duit belanja, apa aku nak makan for the whole semester? Solution aku – PTPTN, pinjam sana, pinjam sini, amek upah siapkan assignment orang (satu website 5 page, html + basic flash = RM10.. sape tak nak?!), jual hp (gulp), jual pc (gulp gulp), support daripada membe² serumah dan err.. awek yang memahami; at last, aku berjaya jugak survive. Mostly on mi segera cap 108 (kalau tak silap aku tu la nama dia; try tanya budak UNIMAS, kalau tak tau) and er.. air masak. Heh.

Itu semua, kisah 7 tahun nan lampau, sehingga dua dasawarsa sebelumnya. Pheww. Takdelah aku susah je sepanjang masa. Tapi cam yang aku cakap tadi, takdelah senang pun. CUMANYA, syukur yang teramat, apa yang terjadi pada aku, ke atas aku sepanjang tempoh tu, berjaya menjadikan aku sebagai apa dan siapa aku pada hari ini. Aku jarang berkira bab tempat duduk, tempat tido, makan minum dan er.. pakai. Sebab aku tak pernah disogok dengan cap / jenama dalam memenuhi segala aspek keperluan manusia yang tersebut. Cukup sekadar bersih, sopan, tak koyak, tak sakit. Bukan bermakna aku tak teringin – tapi bagi aku selagi benda tu halal dan tak salah, AKU OK AJE. Dapat, syukur. Tak dapat, akur.

Itu semua jugak menguatkan lagi tekad aku untuk mengubah idup aku, isteri aku dan bakal anak ² aku. Alhamdulillah, semuanya semakin bertambah baik. Alhamdulillah jugak, aku jarang merungut atas sesuatu yang gagal aku capai, serta lebih redha dan tabah. Dan paling penting, Alhamdulillah.. Mama dah tak perlu risau akan aku. Sebab anak Mama yang paling kecik ni, sebenarnya dah lama pun ‘besar’, hasil apa yang dipelajari daripada alam, objek, makhluk dan manusia di sekitarnya.

Pendek katanya, I owe this to HIM, and everybody. And all of you. And everything.

Alhamdulillah…

p/s : Sebab tu jugak, aku paling pantang orang merungut atas sesuatu yang remeh. Rungut – kalau ada isi, aku salut. Rungut – kalau setakat sabut – aku ludah.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kau mampu patahkan sayapku
kau mampu tambatkan kedua kakiku
tapi kau tak akan dapat
mematahkan semangatku untuk hidup..

Lampu neon di gedung indah
hanya pemikat mata yang tergoda
tapi aku kan tetap berjalan
menuju tujuanku di sana..

Berdendang anak jalanan
berdendang dengan rentak kehidupan
kumohon perlindungan Mu, Yang Esa..

Aku dan mereka sama
punya hati dan punya cita cita
kota ini tempat ku belajar erti hidup..

Kutinggalkan kampung halaman
kutinggalkan semua yang kusayang
demi masa depan yang cemerlang
semoga ku diberi pedoman…

..credits to kembara.

Advertisements

3 thoughts on “Miskin?

    • Well bro, anythin that had happened, happens, is happening, is to be happened TODAY – are all for them TOMORROW – that is, for Qaid and gang. 😉

  1. Pingback: SPM : Sijil Pelajaran Manusia « Aku.. Diriku.. Dalam Aksaraku… 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s