Pisau

Alahai.. sebab berlainan ideologi, ape je yang si polan tu buat, tak pernahnya cantek! Buat baik kome nampak salah, buat salah tak payah cakap lekan? Mana perginye konsep ‘berkatalah benar biarpun pahit’ kome tu.. Alahai…

Bab guna duit orang tu untuk buat umah deme sendiri, jadi isu. Oklah kot, mungkin sebab kurang pemahaman atau hati kome yang dah benci tu sentiasa je cenderung untuk sedia meragukan. Tapi takkan bab kereta mahal jadi murah tapi tak semurah sesetengah tempat pun kome tetap nak menuduh, sampai melibatkan parti? Abih tu, apa saja yang jadi dalam negara ni memang deme tu je ke yang buat? Kalau betul macam tu, ok jugaklah. Maknanya deme tu je yang bekerja, ye dak?

Dunia hari ni memenatkan la, teman rase. Banyak sangat tuduh menuduh. Teman selalu tulih dalam blog ni guna bahasa surat, supaya kome bekerja keras memikior; kunun² lama le sikit lekat dalam kepala kome tu. Idok juge. Makin bengap je teman nampak. Tapi yelah jugak, blog ni pun bukan brapa kerat yang membacanye pun.. hehe.

Isu kaum lagi satu hal. Apekepayah bebenor nak berdamai ni, kome² ni semua? Satu tu, dok ikut je cakap orang lain. Yang orang lain tu pulak, tak abih abih mendengki kat yang satu ni. Apa salah kalau semua hormat hak masing²? Yang tamak sangat nak kacau hak orang tu kenape? Yang bengap sangat asyik nak mengiiiiiiiiiiiiiikut cakap orang tu apekehey?

Salah, mengaku jelah salah. Betul, mengaku jelah betul. Tak payah nak tuduh², tak payah nak kedarah puji. Masing² paham, masing² belajor. Itu pun tak buleh? Ini idak. Sorang beruk makyeh naik moto langgor orang, teruih dicopnye semua orang yang naik moto tu jahat. Sorang tukang masak tikam orang lain pakey pisau, teruih nak haramkan pisau tu, dengan orang² yang pakey pisau semua sekali. Tak ke bengap namanye tu? Ih ih ih…

Udah udah le. Berkawan lagi senang daripade berlawan. Nak kerut dahi, guna lagi banyak otot dari nak senyum, kome tau? Owh.. kome tau ape. Bertojeh je 24 jam, ye dak?

Haih.. tak tau le teman. Lantak kome le. Teman dengan kawan² yang paham ni tunggu masa je. Sapa kalah, kami katok je ramei², lepeh tu baru leh buat kerja betui dengan tangan kami sendiri. Senang. Abeh cerita.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Menjadi harapan untukku menyaksikan
umat yang bertuah ini kembali bersatu hati
buangkan yang keruh ambillah yang jernih
tiada yang lebih berharga selain dari perpaduan..

Lupakanlah segala persengketaan
hubungkan kembali tali persaudaraan
lupakanlah segala persengketaan
hubungkan kembali tali persaudaraan..

Kerna orang beriman itu bersaudara
saling bertolong bantu berkasih mesra
agar generasi kita di masa hadapan
bangga dengan apa yang kita wariskan..

Menjadi harapan untukku menyaksikan
umat yang bertuah ini kembali bersatu hati..

Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
yang berat sama dipikul
yang ringan dijinjing sama..

Sepakat membawa berkat
asas hidup bermasyarakat
amalkan hidup yang sihat
selamat dunia akhirat…

..credits to raihan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s