Fame

Warning : Entry kali ini mengandungi terma-terma teknikal dan unsur riak yang perlu diambil perhatian oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Kesabaran anda amat kami hargai.

I was watching Fame the other night, alone, when my minds suddenly drove me all the way back to the last 20 years. Owh, for you who never saw Fame before, it’s actually a movie about a bunch of talented kids, pursuing their dreams to become singers, dancers, musicians and actors at the prestigious New York High School of Performing Arts. Having mentioned that, each of them of course, possess, great levels of talents and skills in their respective fields of arts (though their teachers may think the other way).

Well, sorry to disappoint you guys but I’m not writing about the synopsis of the movie, nor of the original movie with the same title back in the 80’s. This time, I’m gonna talk about me (again) pursuing my dream of fame some two decades ago. Haha it’s quite a funny story, actually. Which part? Later I tell you yah…

Cerita dia macam ni. Aku, dulu, suka, gila, main, DRAM. Kegilaan aku tu entahlah macam mana boleh terjadi, memandangkan aku sebenarnya mula dengan menyanyi seawal usia 4 tahun. Tup tup masuk je darjah 1, minat aku kat dram macam membuak-buak. Nampak dram mainan kat supermarket, kompom makin meluap-luap. Waktu tu aku hanya tau menyanyi. Main gitar belum tau lagi, tak terliur langsung nak pegang pun.

So, untuk mengatasi kegilaan aku tu, aku mintak la kat Abah suh beli. Abah beli dowh! Haha berangan. Dua ayat pertama dalam perenggan ni tadi hanya untuk pembaca yang sukakan happy ending, dan menjimatkan masa diorang untuk tidak scroll sampai habis untuk tengok ending dulu baru sambung baca sebab ni bukan novel. Aku tak berani nak suh Abah beli. Hehe. So, aku pun kumpul laa tin biskut dan tin Milo yang ada dan sesuai untuk dijadikan dram, serta susun diorang (tin tu maksud aku, bukan pembaca tadi tu) menjadi satu set dram yang hebat (bagi akulaa). Dan aku pun mulalah mengetuk ‘drum set’ aku tu, sambil menyanyi sorang². Siap rakam lagi woo! Terror kan aku; baru 7 tahun dah pandai main dram sambil nyanyi, serta dah buat recording! Yeah! Nak tau lagu apa aku nyanyi? Lirik dia kat bawah. Haha.

Owh.. sorry to disappoint you alls lagi skali, Abah tak perasan pun cita-cita aku tu. Keklin perasan la kot, tapi maybe dia pun tak paham lagi apa aku nak buat masa tu. So hasrat murni aku tu terpendamlah begitu saja, sehinggalah 4 tahun kemudian. Yes, ketika aku di darjah 5 Mualim. Seorang insan bernama Cikgu Suhaimee Ahmad yang memperkenalkan aku dengan dram yang sebenar – sejenis dram samping atau lebih mesra dipanggil ‘side-drum’ atau ‘snare-drum’ atau apa juga yang anda suka. Cikgu Suhaimee yang bertanggungjawab membuka semula Pancaragam Sekolah Kebangsaan Sri Kulim, awal tahun 1995.

Satu ujibakat telah diadakan untuk yang berminat. Aku pun cuba jelah, dan DAPAT. Yeah. Sepatutnya barisan depan tu just untuk budak² darjah 6 je, tapi memandangkan kegilaan yang maha menggila, aku telah berjaya mencelah di antara 8 (ke 6 je ek? tak ingat laa) orang pemain side drums tersebut; yang diketuai oleh Syed Mohd Firdaus aka Syed . Yeah. Tapi tak jadi duduk depan pun, sebab semua budak baru belajar kalau salah tolong jolokkan lagi; belum pandai kawal dram apatah lagi nak mengepalai segerombolan pemuzik bermain sambil berkawad dengan segaknya. So, ditukar dengan budak rekorder (yes, yang tiup fuh fuh tu – pancaragam sekolah laur bandar je der, nak trumpet memang tak dapek la). Drummer duduk belakang sekali.

Tahun tu jugak, selain projek pancaragam SKSK (masa tu main Sukan Sekolah je.. uniform pun takde, pakai t-shirt print sendiri je), kitorang jugak turut menyertai Orkestra (sekali lagi, orkestra luar bandar je der) Pesta Muzik. Aku main percussion drums. Macam drum set biasa, tapi tak libatkan kaki. And ada beberapa alat muzik perkusi juga turut dicampur adukkan. Walaupun hanya pandai gerak paddle dan snare, Syed, sebagai section leader dan budak darjah 6, yang dapat main drum set. Takpe.. takpe.. aku yakin, hari aku akan menjelang nanti (sebab tahap aku actually sama je dengan dia masa tu). Kitorang berjaya dapat no. 2 PPD, dan no. 2 daerah Kulim / Bandar Baharu. Perghhh…

Kegilaan aku ni bukanlah rewarding je memanjang. Dek kerana asyik berlatih, aku selalu tak masuk kelas dan sering tak siap kerja rumah. Salah satu hukuman yang aku paling takleh lupa, Cikgu Sobree yang ajar BM pernah conteng muka aku dengan marker. Tau apa dia tulis? Ikon Treble-Clef kat dua-dua pipi, dan perkataan LUPA kat dahi. Rock gila kan!

Akhirnya, impian aku sampai ke kemuncak. Berkat latihan gigih kitorang tahun sebelum tu (1995), 1996 menyaksikan banyak instrument ditambah dan kami dapat uniform baru! Yeay! Dan aku sangat suka, sebab memang terang lagi bersuluh yang aku akan dapat jadi Section Leader of Percussions. TETTT!! Salah! Oleh sebab aku terlalu mencapab dan hebat pada masa yang sama, aku tiba-tiba dipilih menjadi Drum Major. Tau apa benda Drum Major tu? Ni, macam mamat kat bawah ni.

Ridiculous dan sangat GAY kan?? Well, tugas Drum Major secara asasnya bukan untuk usung batang kayu itu ke mana yang dikehendaki (walaupun memang sepatutnya wajib usung); tetapi adalah untuk mengawal perjalanan seluruh pancaragam serta muziknya. Setiap gerakan mace (ya, itulah nama sebenar batang kayu tersebut ya) itu mempunyai maksud tertentu – seperti HENTAK KAKI, BERJALAN, BELOK KIRI KANAN, PATAH BALIK, dan BERHENTI. Selain mengawal gerak kaki, ia juga digunakan untuk memotong perjalanan muzik pancaragam itu dengan memberi arahan kepada drummer untuk melakukan double bit (pemati) – sebab itu beliau dipanggil DRUM Major. Aksi baling mace tinggi² sambil menggeletat di hadapan khalayak ramai dengan perilaku yang tidak perlu tu semua aku tak reti buat pun.. atau lebih kepada tak sanggup buat (sebab tak ikhlas pun jadi drum major plus pernah terkena kepala seorang budak darjah 4 masa aku baling sekali tu.. lagipun, tu semua bonus je.. huhuu).

Maka, punahlah harapan aku untuk menjadi pemain dram yang hebat lagi klasemen. Aku terpaksa akur untuk menyerahkan posisi idaman aku kepada Noormusyadi Mohamed, kawan baikku yang setahun sebelumnya hanya bermain tenor drum. Walaupun Pancaragam SKSK berjaya main kat merata tempat lagi termasuk Sukan Daerah Kulim yang hebat lagi terulung serta sukan-sukan beberapa sekolah yang lain, tapi aku tetap tak pegang dram tahun tu. Lama-lama, aku pun pasrah dan mula sukakan posisi seorang ketua seperti yang tersebut. Haih..

TAPI! Haha.. ada tapinya. Ingat lagi projek lain Pancaragam SKSK? Yesss, PESTA MUZIK masih berlangsung! Lebih best lagi, ia diadakan pada peringat negeri pulak kali ni! Yeay! Maknanya, beberapa sekolah di daerah Kulim yang turut mempunyai pancaragam atau Kelab Muzik, akan digabungkan menjadi satu orkestra 1Malaysia dan akan berlawan dengan daerah-daerah lain termasuk yang bertaraf bandar! FUI-YOOOO…

Aku mulanya cuak jugak. Owh.. aku dah lama berjaya atasi sindrom yang sama seperti Syed – yang hanya kaki dan tangan kiri  je yang mampu berjalan tu – dan dah pandai ketuk cymbal atau hi-hat dengan tangan kanan serentak (ya, kami silangkan tangan ketika bermain dram – tangan kanan mengetuk benda di kiri, manakala tangan kiri mengetuk benda yang kanan; proses yang melibatkan penggunaan otak kiri dan kanan serentak serta kelihatan amat sia-sia sekali tetapi cukup hebat), jadi tu bukan masalah aku. Kecuakan aku, sebab drum beat pertama untuk first song kitorang, aku belum master lagi. Macam mana korang yang tak pernah pegang dram tetiba nak belajar main dram atau lebih mudah kami gelar “kelepeh.. kelepeh”; macam tu lah tahap aku pada ketika itu. Aku hampir putus asa.. malah bila dah nak sampai hari pertama latihan gabungan, aku masih ‘pengkaq’ lagi. Tambah lak, drummer sekolah lain mungkin akan dibawa masuk menggantikan aku, sekaligus menghampakan Cikgu Suhaimee. Huhuu.

Tapi tulah.. kata-kata Cikgu Suhaimee yang walaupun ya Rabbi pedasnya, memang cukup berkesan bagi aku. Haha. Dia kata “kalau macam ni, pondan lagi terror main..”. Aku balik umah tengah hari tu, termenung. Nervous siot. Petang tu sekolah lain semua dah nak datang, aku belum pandai main rentak tu. Huhuu. Sambil mandi, makan, tidur, aku cuba main dram angin ikut rentak. Entah macam mana, Dia punya kuasa, memang tetiba je aku boleh! Serius! Walaupun takde sebarang bunyi sebab memang takde sebarang dram di sisi, tapi aku berjaya! Yeay! Ini bermakna, aku leh main dram wakil daerah! Yeay lagi!

Nervous still ada, sebab belum test on real drums. Aku pegi sekolah balik, dengan harapan tahap penguasaan aku ke atas dram halimunan aku tu sama je dengan dram biasa. Berbekalkan bismillah, aku berjaya memainkan rentak yang amat susah itu, sekaligus memacu orkestra itu bermain ke peringkat negeri di Alor Star; sekaligus meragut Persembahan Terbaik dengan jayanya! Salute kat diri sendiri!

Kegilaan aku tak terhenti di situ rupanya. Aku dan Musy tekad untuk memilih HANYA sekolah menengah yang ada band saja untuk menuntut di peringkat menengah. Walaupun hasrat aku untuk masuk Penang Free School (yang femes dengan brass band nya) tidak kesampaian, niat suci kami itu tampak ada sinarnya bila dapat tahu Mat Jiwa ada band! Yeeeeehaaaaaaaaa! Walaupun band sekolah tu (as most of you already know) hanya dianggotai oleh perempuan dan tiada lagi kemungkinan disepak oleh Cikgu Suhaimee serta dihukum lari keliling padang sambil menjunjung bass drum gara-gara berkawad senget, aku dan Musy tetap melangkah yakin sekaligus mencipta sejarah sebagai sebahagian daripada 13 ahli lelaki pertama Pancaragam & Orkestra Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa. Hooyahh!!!

Walaubagaimanapun, aku kekal jadi Drum Major selama 2 tahun setengah (1997, sampai beberapa bulan pertama 1999) sebelum menyerahkan tugas itu kepada Rizal, junior aku dari Sri Kulim yang kebetulan diterima masuk ke Mat Jiwa. Haha. Dia lagi hebat. Tak silap aku, tahun 2000 (aku, Musy dan majoriti yang lain dah blah dari band sebab boring tak dapat support dari sekolah.. main setakat 36 orang, nak jadik mende? Itu, dan ketidak-upayaan untuk mengelak kutukan yang tak putus² tentang beta ‘gay’nya kami – nak elak apa kalau band tu memang tak diberi peluang dan budget untuk jadi best pun!!) dia dapat Best Drum Major daerah kot. Kalau tak silap laa…

Dan.. hurm.. setakat itu jelah fame aku dalam drumming. Haih. Lebih dari tu, just layan jamming dengan memembe, serta sikit² masa join BAYU (Badan Budaya Unimas, bukan kumpulan penari kelab malam) Kugiran kat UNIMAS dulu. Skill aku pun tak banyak improve, sebab tak banyak practice dan pendedahan (band yang aku setup dengan member aku masa 1st year dulu terkubur begitu saja sebab diorang kena buang U).

Haih…

Menonton filem-filem seperti FAME dan satu lagi filem band yang paling klasemen di dunia – DRUMLINE, tidak dapat tidak, pasti melontar aku ke saat-saat seperti yang di atas. Serius. Lain macam rasanya. Setiap kali aku nak main dram, lutut aku mesti menggigil. Rasa yang aku rasa ketika bermain dram, tak sama dengan ketika menyanyi atau bermain gitar. Serius tak sama. Dengan dram lah kegilaan aku terhadap muzik bermula. Dram jugaklah tempat aku melepaskan tekanan aku selepas UPSR dulu (pecah jugak aa 2 bijik). Bermain dram jugaklah aksi pertama aku di pentas yang Abah Mama tengok. Sampai tumbang cymbal tu aku kerjakan. Hehe. Walaupun tak ke mana, tapi tetap terkesan dowh.

Owh.. part mana yang kelakar? Aku rasa cam nak rewind balik, dan daftar masuk PA School. Kelakar, tapi serius.

p/s : Terima kasih, Cikgu.

Tiara
menggamit kenangan zaman persekolahan
Tiara
kumimpi kita bersanding atas kayangan
seakan bisa kusentuh peristiwa semalam
di malam pesta engkau bisikkan
kata azimat di telinga..

Kita
terpaksa berpisah untuk mencari arah
kita
dipukul ombak hidup alam yang nyata
engkau jauh meniti puncak menara gading
yang menjanjikan hidup sempurna
tapi aku hanya tunduk ke bumi
hidup tertekan..

Jika kau bertemu aku begini
berlumpur tubuh dan keringat membasah bumi
di penjara terkurung terhukum
hanya bertemankan sepi
bisakah kau menghargai
cintaku yang suci ini..

Oh Tiara
pedihnya
dapatkah kau merasakan…

..credits to kris.

Advertisements

5 thoughts on “Fame

  1. I salah sorang yg pernah join pancaragam sksk.dri tahun 1996 smpai 1998 ja coz my fren yg rapat2 masuk pancaragam msa 2 kna pindah sk tmn selasih.oh sadis.
    I takut nk g latihan sbb cikgu suhaimi garang sgt….hahahahah
    Rindu zama sekolah….
    Skrg dh 20tahun blalu.
    My auntie pindah mgajar sekolah 2 skrg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s