7 Februari 2007

Tajuk, serta idea cerita ni aku ceduk dari sini. Kalau tuan dia tau, aku rasa aku mesti kena paksa duduk minum dengan dia, yang selalunya aku sangat sangat rela. Sebab selalunya dia yang belanja, seperti biasa. Hahaha. Ha, kan betul. Speaking of the setan, ni dia dah call. “Yes, boss..?”

Kerja aku yang pertama secara rasminya adalah pada awal Jun 2006, kat SME Packaging Centre Sdn. Bhd., anak syarikat Persatuan Pengilang Bumiputra Malaysia. Tugas aku, graphic designer. Tapi lebih banyak marketing je yang aku buat, sebab baru nak start cari client. Takde client, apa bendenye yang aku nak design, ye tak? Tapi tak lama kat situ. Aku bosan. Yelah, orang lain rilek rilek dulu kat rumah lepas habis study – aku dah start keja sehari dua lepas balik dari Sarawak.. Abang yang rekomen. Dia salah sorang consultant kat situ. End of story, aku resign sebaik saja pulang dari Konvo, awal Ogos. Sempat laa dapat gaji sekali. Heh.

Pastu, bermulalah riwayat hidup aku sebagai seorang freelancer. Sangat sadis. Bukan sebab takde job, tapi sebab hidup aku langsung tak terurus. Bangun pagi, hantar Keklin pegi LRT Bandar Tasek Selatan. Balik, terus naik tangga ke bilik atas (aku tido kat bawah tangga, ada tilam yang best gila kat situ), buat kerja. Bila penat mengadap komputer, baru aku turun cari makan; selalunya tengahari. Menjelang petang, aku sure dah mula bosan balik. So aku akan SMS sesiapa yang berkenaan, ajak dating (yang menyebabkan Keklin selalunya kena balik sendiri. Hehe Sori Keklin). Sama ada dijemput kat umah, atau aku cilok keta Abg Rizzo yang parking kat umah aku. Duit takde hal – makan tanggung berak cangkung; so duit upah jobs aku semua aku joli je. Hahaha.

Tapi sape yang tahan, dengan rutin hidup yang sama je. Kadang sampai tak mandi 3-4 hari. Aku lak jenis yang tak suka tinggal PC tu selagi kerja tak habis. Makan pun selalu hanya sebelah malam. September. Oktober. November. Disember. Januari; aku dah mula panik. Kengkawan ramai yang dah start keja, atau mintak cikgu. Nak apply sama, aku takut anak-anak bangsa semua lingkup di tangan aku. Tapi jujurnya, aku memang tak penah mintak keja mana-mana. Nak lepak kat umah puas puas, kononnya. Nahh, puas tak lagi? Padan muka aku.

Makanya, aku mula apply apa saja yang terlintas. SPA, JPA, MMA, AIA. Semualah. Lina Jobstreet tu pun sure dah boring nak forward vacancy list kat aku. Haha. Sehinggalah penghujung Januari, aku diterima kerja di sebuah syarikat yang namanya aku dah tak ingat, tapi kerjanya adalah beli audio visual parts / accessories kat luar negara, bawak masuk Malaysia, repack dan pasarkan. Tugas aku? Re-design packaging benda-benda alah tu. Ya, sangat bosan. Kerja pulak kat kawasan gudang kat Desa Tun Razak. Buat sesiapa yang tak tau, tempat ni adalah di belakang Giant Tmn Connaught. Iya, di kawasan industri yang tak semenggah itu. Huhuu.

Tak lama aku kat situ, dalam dua minggu, aku dapat offer letter. Gaji? RM1300. Huhuu. Aku memang tak memilih kerja, tapi jumlah tu macam tak kena sangat. So ambik masa 2-3 hari jugak aa untuk aku pertimbangkan. Tiba-tiba, tepat pada waktunya, Kak Fiza call dan tanya, “Nak jadi writer kat ASTRO tak, macam Kak Fiza?” FUIYOOOOO!!! Tanpa berfikir panjang, aku terus amek emergency leave (baru keja 2 minggu dah amek EL – pandai tak aku?) untuk pegi interview kat ASTRO. Interview pagi Jumaat, petang Jumaat dah diterima. Memang urgent job. Sabtu Ahad rehearsal, Isnin terus start LIVE. Gila kan? Aku memang girang sepanjang masa, sebab ini adalah dream job aku. I mean, kerja kat company besar, jumpa nama-nama besar, dapat jalan jauh-jauh; dan yang paling penting, bukan kerja opis biasa. Gila glamor jugak aku rupanya. Haha.

Dan begitulah bermulanya jodoh aku dengan stesen tv satelit berbayar ini. Juga bermulanya kerjaya aku dalam bidang yang aku memang gilakan sejak kecik – penulisan. Lebih gila lagi, penulisan kreatif, dalam penyiaran. Tak ke gila tu? Betapa setianya aku pada kerja yang satu ni – hanya orang² yang rapat dengan aku je yang tau. Huhuu.

Nahh. Bukanlah glamor yang aku cari. Lebih kepada pengalaman dan kepuasan. Menjadi penulis di sebuah stesen tv, samalah seperti menjadi arkitek di sebuah firma terkemuka – cita cita asal aku. Yelah, apa saja ko tulis, akan keluar kat kaca tv. Sebijik sebijik. Lepas tu makin lama makin ramai orang dalam industri yang sama akan mengenali ko. Jadinya, hasil kerja ko kena sentiasa bagus, atau lebih bagus dari masa ke masa. Tak ke sama macam design bangunan? Malah mungkin lebih best lagi. Mana ada firma yang bina satu bangunan sehari, atau at least satu menara seminggu, ye dak?

Tambah pulak, I get to meet important people. Yes, most of them are from show biz, but I did also get involve in some important milestones of our country; macam projek Angkasa1 dulu tu. Aku leh masuk tempat yang tak semua orang leh masuk, contohnya macam bilik tido ramai orang² besar masa dengan Trek dulu tu. Ko ada? Hehe. Semua tu pengalaman beb. Semua tu, dan banyak lagi. AF. FFM. Raja Lawak. Tom Tom Bak. Sehati Berdansa. And dozen others. Dan aku amat, amat seronok serta bersyukur dapat peluang yang sebegitu besar dan amat rare.

Tapi bukan semuanya tentang keseronokan. Kerja apa pun, nikmat keseronokan hanya pada permulaan saja. Makin lama ko keja, makin ko kenal dengan erti ‘tanggungjawab’. Benda yang ko anggap ‘passion’, kini dah semakin bercampur dengan ‘obligation’. Bukanlah keseronokan awalan tadi tu dah hilang, tapi kita mesti cenderung untuk mula fikirkan benda benda yang lebih penting. Tak kira apa kerja pun, memang hinalah sangatlah kita kalau kerja kita tu gagal menyumbang pada agama, bangsa dan negara. Dalam kes aku, aku pastikan penggunaan bahasa yang betul seOPTIMUM mungkin. Mungkin macam remeh, tapi itulah yang diterapkan dalam diri aku oleh senior senior aku sedari hari pertama aku di sini. Kalau tak boleh menulis dengan betul, apalah gunanya menulis. Elok saja menjadi pelukis huruf, ya tak? (Owh – harap maklum. Blog ini tidak termasuk dalam misi ‘menulis dengan betul’ yang disebutkan ye).

Dan, 10 hari dari sekarang, genaplah 4 tahun aku kat sini. Dari contract ke freelance, dan dari freelance skang dah jadi permanent (woot! woot!). Gaji sekarang pun dah dua kali ganda gaji aku mula-mula kerja dulu. Alhamdulillah, aku sentiasa ingat dan tahu, serta ingatkan dan buat tahu. 4 tahun; tapi masih banyak yang aku cari. Masih terlalu jauh perlu aku langkahi. Harapnya kudrat aku sentiasa di paras ini, kalau tidak pun di tahap tertinggi. Janganlah lemah, janganlah goyah. Jalan aku masih panjang, justeru stamina aku perlu terus cekang.

Selamat Ulang Tahun buat aku – Jojoe – the Writer Boy. Semoga apa yang aku cari akan berhasil kujumpai. Semoga apa yang aku usahakan, bolehlah berhasil jadi tuaian.

Long live, creative writing!

Long live, good TV!

Long live, Hazaril Firdaus Jojoe Ali!

_________________________________

Hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi
biar terjadi
hadapi dengan tenang jiwa
semua
kan baik baik saja..

Bila ketetapan tuhan
sudah ditetapkan
tetaplah sudah
tak ada yang bisa merubah
dan takkan bisa berubah..

Relakanlah saja ini
bahwa semua yang terbaik
terbaik untuk kita semua
menyerahlah untuk menang …

..credits to dewa19.

Advertisements

7 thoughts on “7 Februari 2007

  1. Pingback: Eleven « Aku.. Diriku.. Dalam Aksaraku… 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s