Eleven

It’s 2011. Rasanya aku lebih banyak merapu pasal benda atau orang lain, sehinggakan regular readers aku yang terdiri daripada orang-orang yang rapat atau pernah rapat dengan aku tak langsung aku beritakan dengan perihal aku sendiri. Kononnya ‘Aku Diriku Dalam Aksaraku’, tapi macam dah terlebih fokus kat orang lain punya hal je kan kan kan. So, here goes. Mengambil berkat 2011 (curik idea Eqah), makanya aku nak bagitau 11 updates tentang diri aku, sepanjang yang aku mampu ingat hingga ke hari ini. YES.

SATU. Aku dah permanent. Ya, aku dah bagitau aritu, tapi tak cerita panjang lebor kan. Actually, seperti yang semua tau, aku dah 4 tahun 2 hari kat sini. Tapi hanya setelah 3 tahun 8 bulan, baru aku berjaya dapat offer untuk mempermanentkan diri. Sebab apa lama? Jangan tanya aku. Dari satu segi, aku syukur dan lega. Sebab, maybe deme tunggu aku cukup ranum kot baru nak disunting.. tak gitu? Hehe. Post aku sekarang adalah Malay Copywriter (Associate je baru, bukan AVP macam kawan aku yang hensem dan pemurah tu hehe ayat bodek).

Tugas aku adalah menulis skrip untuk Saluran Satu Tiga Kosong, serta apa-apa yang berkaitan dengan skrip promo Bahasa Malaysia (proof reading, alih bahasa atau apa saja) untuk international channels (Lapan Tiga Satu dan sebagainya; yang bukan ‘dikerjakan’ di Malaysia).  Ironically atau coincidently tak taulah, tapi copywriting adalah salah salah satu daripada the only 3 books yang aku pernah pinjam sepanjang 3 tahun kat UNIMAS. Yes, true story. Sesekali rindu jugak tempat lama, tapi apa ada hal. Hijrah itu perjuangan, rite? High Five!~

DUA. Aku dah pindah duduk Taman Lestari Putra, Seri Kembangan. Atau lebih mesra dipanggil Equin Park; menumpang nama salah satu landmark yang lebih dikenali kat situ. Umah teres 2 tingkat. Dengan Isteriku, of course (yang baru saja menjadi sebaya denganku 4 hari nan lalu – hehe). Sejak bulan puasa yang lepas. Sewanya RM600 sahaja ye, tuan tuan dan puan puan. Tapi still kena tambah macam macam la, sebab tuan rumah tu just pasang basic wiring dan grills saje. Anyway, Mr. Lee seorang tuan rumah yang amat baik. Selalu wish aku macam macam tiap kali aku bayar sewa. Hehe. Macam hari tu, dia yang wish Gong Xi Fa Cai dulu. Baik kan, beliau? (‘-^)

TIGA. Keklin dah kawin. Bulan 12 hari tu. Aku yang akadkan sendiri. Owh no.. takde sebab pun nak riak. Itu bukan anugerah, tapi amanah. Yang amat berat, yes. And masa kenduri Keklin kat Kluang, first time dalam seumur hidup 26 tahun aku ni, aku tengok Mama nangis. Masa makan lak tu. Huhuu. Kalau tak berapa faham, takpe.. teruskan ke nombor empat.

EMPAT. Mama dah pindah ke JB, ikut Keklin. Kebetulan ada orang opis dia cawangan JB nak mintak tukar ke KL, so dia grab jelah. Ikut arahan suami. Bagus. Hehe. Tapi agak kesian kat Mama, sebab dia mana biasa jauh dari kampung halaman. Dari Balai Pukat ke Permatang Pauh ke Jalan Bharu ke Seberang Jaya ke Taman Selasih, semuanya dekat dengan keluarga. Well, aku doakan Mama ok. Nampak macam ok, tapi dalam tu aku tau mesti ada sedikit sebanyak yang tak berapa nak ok. Ala, lama lama ok la tu. Tok Lang ngan Tok Chik (mak sedara arwah Abah) kan dekat. Sorang kat JB, sorang kat Chukang (betul ek aku eja? haha tatau tak penah pegi.. bertuah kan cucu macam aku ni?). Lagipun nanti dah nak dapat cucu.. ye dak? Congrats Keklin!

LIMA. Owh. Aku belum ada apa apa ‘berita baik’ nak diberitakan, in case korang terlintas untuk bertanya tentang perkara yang sama dalam perenggan di atas. Doa doakanlah ye. Hehe. Actually sape yang tak teringin, tapi aku yakin Dia ada sebab untuk itu. Mungkin betul jugak cakap Mama,

Dua dua pun budak lagi, macam mana nak jadi mak bapak budak…

Haih.. doa doakanlah ye. Hehe.

ENAM. Aku sangat sangat sedang dipengaruhi oleh How I Met Your Mother. Thanks to Isteriku yang sudi belikan (macam biasa, saya adalah orang yang paling kedekut terhadap diri sendiri) box-set untuk kesemua 5 seasons, memandangkan kat tv banyak episod terpaksa dilangkau untuk menyaring isi kandungan yang terlampau esktrim untuk tatapan umum. Skang ni aku baru kat season 2. Well, it’s surely gonna be LEGEN.. wait.. wait.. wait for it.. DARY!~

TUJUH. Cakap pasal tahun baru, tipikalnya orang akan sentuh bab azam lah kan. Wajib. So, aku tengah consider untuk nak start balik bersukan. Wakaka gelak la gelak la. Ya, aku tau laa.. last aku main sukan masa 2nd year, yang berkesudahan dengan aku balik umah sewa merangkak. Siot. Bukan untuk kurus ya, maaf. Tapi untuk suka suki sihat cerdas cergas pintar pintas. Buat masa ni yang aku nampak adalah futsal dan basketball (diam Pait, diam.. aku pukoi satgi kot). Alamak.. kasut tak beli beli pun lagi. Ok next!

LAPAN. Aku jugak teringin nak main muzik balik. Apa apa jelah instrument, aku sambar and main je. Si Ciko cakap nak buat band, tapi celah mana nak ada masa nye tah. Obviously belum ada lobang untuk ke arah tu.. so, tengok tengok lah nanti ek. Ok next!

SEMBILAN. Bercakap pasal muzik, bila laa agaknya lagu lagu aku tu nak aku siapkan ek sebenarnya? Haih.. macam banyak je nak kena buat ni. Tengoklah jugak. Next lagi!

SEPULUH. Kes PTPTN ari tu. Sampai ke hari ni aku masih lagi belum buat apa apa follow up dengan deme. Haih. Aku tau, memang aku kena pegi settlekan (discuss, maksud aku) secepat mungkin. Masalahnya, MASA. Haih lagi. This month! Yakin! Yeah!

SEBELAS. Akhir sekali, azamku yang paling utama, yang telah aku mulakan sejak Ramadhan nan lalu. Untuk jaga Yang LIMA. Kalau terlepas pun, aku make sure untuk tunaikan pada hari yang sama jugak. Setakat ni aku berjaya, alhamdulillah. Berkat restu Dia jugak kan. Alhamdulillah sekali lagi. Well.. tak kisahlah apa orang nak kata, tapi setakat ni bagi seseorang yang bernama AKU, ini boleh dikategorikan sebagai anjakan paradigma yang drastik lagi fantastik. Weird bagi kalian? Wallahua’lam bissawab.

Kalau tak hari ni, bila lagi kan.

Mati itu kan wajib.

Hidup itu yang Insya Allah.

Advertisements

One thought on “Eleven

  1. ponn aku suka. Haha. Isnin sampai jumaat, ‘weekend ni aku nk bsukan’…
    Sabtu n ahad, ‘aih, rugi kalau x tdoq nihh’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s