Kasih Kekasih

Valentine’s. Hurm. Sebelum ni aku sambut gak setakat bagi bunga, cekelat, eskrim (err.. sebenarnya aku je yang dapat, baginya haram tidak pun). Serius. Kalau check balik entry aku yang lepas², ada aku sebut pasal ni. Bagi aku, tak kiralah apa origin benda tu, janji nawaitu kita pada hari ni betul. Contohnya sukan bolasepak yang sesetengah golongan kata tercipta ketika Perang Salib, kononnya tentera Kristian main sepak kepala para syahidin macam bola. Jadi, adakah haram untuk dimainkan hari ni? Haih…

Tapi, bila pikir balik, sebenarnya ada jugak sebab kenapa kita sebenarnya tak sesuai sambut hari Valentine ni. Owh, bukan sebab kematian mana² paderi besar atau apa², tapi sebab tak berapa berguna pun nak kayakan kapitalis yang jual sekuntum bunga RM20, ye dak? Buat mende. Deme tu dah kaya, buat apa nak kayakan lagi. Kot ya pun nak beli, tak yah tunggu Valentine – komprem leh dapat kurang RM5. Seriously. Beli sehari dua sebelum, pastu bagi. Kalau nak bagi jugaklah. Kalau tak pun, beli la benda lain. Kalau nak beli siap² pastu simpan pun takde hal. Contohnya, Isteriku yang belikan box-set How I Met Your Mother untuk aku, lebih kurang sebulan sebelum Valentine. Tak ke comel tu? Hehe.

Aku sebenarnya tak sokong pun Valentine ni diharamkan. Klise, tapi nak jugak stress sekali lagi – BUKAN VALENTINE JE HOTEL MURAH SEMUA PENUH, BONGOK! Nak sambut boleh je, sebab ni bukan perayaan agama pun sebenarnya. Hanya diwujudkan untuk yang gatal nak bercinta melebihi had susila manusia, dan mengaut keuntungan berlipat ganda. Itu je. Cuma, sederhana jelah ye. Bunga sekuntum pun jaaaaadiklah. Alah, yang pompuan tu tak yah la plak berguling sakan bila tak dapat bunga sejambak. Sekali lagi, “WAT MENDENYE??!!” Contohi Isteriku yang sorang ni. Bila aku tanya nak bunga ke tak, dia jawab,

Tanak!

Yes. Dalam tak sampai satu saat pun. Titik.

Wah wah wah. Ramai benor yang marah aku cakap camni ek. Habihlaa aku kena tarbiyah jap gi ni. Oklah oklah. Kalau nak jugak alasan untuk TAK SAMBUT Valentine, aku rasa ini yang paling tepat. 14 Februari 1942 – runtuhnya benteng terakhir Tanah Melayu ke tangan tentera Jepun, menandakan permulaan satu era yang tak langsung sesiapa pun suka untuk kenang. Ah, tak kisahlah.. biarlah satu dunia sambut, orang Malaysia khususnya anak cucu cicit pewaris orang² yang ada masa tu, tak yahlah sambut. Beli bunga letak kat Makam Pahlawan lagi bagus.

Boleh? Boleh ke idak ni?

.

.

.

Haih.. orang tanya ni…

.

p/s : Apapun, berwasatiahlah…

________________________________

Kamar hatiku, sekian lama
suram dan sepi, kekosongan
aku mencari insan sejati
untuk menemani hidupku..

Adam dan Hawa diciptakanNya
disemai rasa kasih sayang
agar bersemi ketenangan
dan kedamaian di hati..

Ku harap hanya keikhlasan
dan ku rindukan keramahan
aku inginkan kemesraan
berkekalan berpanjangan..

Mengasihimu, dikasihi
menyayangimu, disayangi
merindui dan dirindui
saling mengerti di hati..

Biar hilang kabus di wajahku
biar tenang resah di dadaku
terimalah serta kabulkan harapan ini
oh Tuhan..

Kumelafazkan kata penuh makna
bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
hidup mati jodoh pertemuan
ditentu Allah yang Esa
perkenankan hasrat di hatiku..

Moga impian kan dirahmati
dipertemukan serikandi
susah dan senang sama harungi
demi cinta yang hakiki…

..credits to in team.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s