Fooooood…

Ini bukan sekadar food for thoughts. Ini food for soul.

Tak kisahlah orang nak cakap mamat ni kuat trolling ke apa ke, janji apa yang dia tulis tu bagus. Owh.. benda yang mampu buat aku baca sampai habis, aku kategorikan bagus. Mudah je. Hehe.

Mesti ramai perasan kan, nape aku asyik link kat mamat ni je dua tiga menjak ni? Hmm.

Sebab, SATU, aku kagum. Sangat kagum bila tengok mana-mana blogger yang update blog dia hari-hari. Aku, menulis untuk cari makan. So, agak tak larat jugak untuk jadikan kerjaya aku ni sebagai hobi. Samalah macam bila aku ajak kawan² aku yang artis, pegi karaoke. Memang confirm kena boo. Sama macam Adifashla penah sound aku,

Muzik tu kerja aku. Time cari rezeki, aku kena dengar dan mainkan muzik. Habis takkan masa nak chill pun, nak ajak aku layan muzik jugak?

Haha betul jugak kan. Mungkin ada yang suka buat kerja tu jadi hobi, contohnya pemain bola. Ajak la main bola bila time pun, insya Allah diorang nak. Haha. Dah kejenye pun main yeop…

DUA, saya sangat suka akan penulisan yang bagus. Kalau bukan pun perfect dari segi bahasa dan ejaan, at least storytelling perlu mantep. Aku ada pantang² aku sendiri – contohnya kalau nak tulis English, biarlah English yang betul. Penulis yang baik TAK AKAN buat kesalahan (perkara tak betul yang berlaku buat pertama kali dipanggil KESILAPAN. dan KESILAPAN hanya berlaku pada kali pertama itu sahaja. period.) simple dan tak bijak macam ni:

  1. That’s mean, ……………………………. (apenye yang kejam bebenor tak tau le plak)
  2. You are suck! (suck tu nama orang rupanya. ke sifat orang? ke aku yang tak abes belajor?)

Yang penting dan paling penting, target audience paham. Makna tersiratnya, yang tak paham blog aku ni, bukanlah target audience aku! Hahaha veto!

TIGA, saya tidaklah terlalu rajin mencari. Yes, saya banyak membaca. Tapi sekarang tidak lagi. Apa yang saya dah baca, cenderung untuk cepat hilang pada usia sebegini, terutama fakta sejarah (tarikh, nama orang). Haha. Jadinya, mamat ni adalah salah satu sumber untuk saya mendapatkan info. Terkini atau tidak tak kisahlah, janji info. Sebab saya baru baca, jadi info tu mestilah baru buat saya kan? Hehe.

Nahh.. aku tak kenal pun mamat ni langsung. Just bumped into him dari Sayuti (abang Awis) punya FB status, pada satu hari yang terang. Kisah bebudak UTP kenakan geng Utusan. Well that‘s a different story – nanti ah bebila aku cerita. And TAK JUGAK aku katakan yang aku setuju SEMUA yang mamat ni tulis. Nope. But as unfortunate as how some of you might see it, aku actually setuju jugak HAMPIR semua. Hahaha. Sebab?

Aku tak kisah apa pun ideologi politik kamu, hatta agama kamu, waima genre hiburan yang kamu sukai; asalkan kamu rasional dan ada serta faham bilamana kamu melakukan sesuatu. Kalau aku ni fahaman lain dan kamu adalah penulis, tulis la sesuatu yang boleh buat aku setuju! Kenapa tak suka Mahathir? Kenapa menyampah tengok muka Anwar? Kalau setakat jawab yang Mahathir tu tak hensem, dan Anwar tu muka cam pondan – simpan jelah blog kome tu. Ater takdenye rugi awok tak membacenye…

Setiap sesuatu barangkali boleh jadi salah, boleh jadi benar. Mana ada perkara yang benar secara total, 100%, selain Allah. NO NO NO NO NO NONO NO. NO NO NO. Jadinya, mana mungkin wujud hak kita untuk langsung menidakkan sesuatu, dan mengiyakan segala? Kan? Well, penulis yang baik mana mungkin boleh bias, ye dak?

Makanya, berbalik kepada persoalan asal, kenapa ini aku kagum amat? Sebab.. eh.. carik jelah komen aku kat situ. Penat lah. Banyak keja neyh.. hurghhh…

Owh.. teruskan menulis. Aku tak baca, tak bermakna kamu tak bagus. Mungkin kamu bagus, cuma BUKAN dalam ruang lingkup aku sendiri AJE. Bukan ape sangat pun kan. HEHEHE.

________________________________

Tika terbuka hari
cahaya yang cerah
menerangi hatimu
mulus terbias di wajah..

Kau sambut dengan redha
hadirnya hidayah
nekad pendirian
terungkai kalimah..

Nur Syahadah menyinar kalbu
murni seharum namamu
hadirnya di celahan
kekalutan
kalbumu itu..

Nur Syahadah telah tertulis
pada waktu dan juga takdir
di antara seribu
engkau yang terpilih..

Sejernih embun pagi
sebersih dirimu
tanpa dicemari walaupun sebutir debu..
kekallah oh dirimu di dalam rahmat Nya
iringan doaku moga kau bahagia..

Akan kubimbingmu sekadar yang ku termampu
menyemai iman dan menuai takwa
biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta
cukuplah sekadar teman yang biasa..

Nur Syahadah menyinar kalbu
murni seharum namamu
hadirnya di celahan
kekalutan
kalbumu itu..

Nur Syahadah telah tertulis
pada waktu dan juga takdir
di antara seribu
engkau yang terpilih..

Bersatu Nur Syahadah
di dalam syahdu…

..credits to far east.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s