Imigran?

Saya sebenarnya sedang merangka satu artikel yang maha panjang dan saya rasakan (perasan) amat berguna kepada nusa dan bangsa, tetapi atas kekangan masa, ruang dan kerja, saya terpaksa perlahankan sedikit usaha tersebut. Jadinya, artikel lame ini yang terlebih dulu muncul. Yang itu – nanti nantilah ye, dengan izin-Nya pasti akan menyusul. Kalau rajin le. Hehehe. Hehehe. He. Hehe.

Baru je last week, buat pertama kali dalam hidup aku yang dah 26 tahun suku ni, aku dapat benda ni. Huhuu. Sangat, sangat serius – diakui oleh rakan² yang berpengalaman.

Hari tu, hari Isnin. Mula², mata kiri aku nampak macam ada bintang bintang berkelipan, yang memenuhi ruangan atas, tengah mata. Benda ni jadi dalam lebih kurang kul 4 petang camtu. Just lebih kurang 15 minit kemudian, bintang bintang tu bergerak pulak memenuhi ruangan sebelah kiri, dan semakin merebak ke bawah mata. Macam bulan sabit cacat.

Tak tunggu lama, dalam lebih kurang 4.30, sakit kepala yang maha dahsyat (‘maha’, dalam nahu Bahasa Melayu, merujuk kepada sesuatu sifat yang melampau – jadinya, memang MAHA sakit!), yang tak pernah aku rasa sebelum ni, menyerang. Rasa macam kepala kena tumbuk secara tetap dan berterusan, menumpu di bahagian kanan kepala; bawah telinga, telinga, belakang telinga, dahi kanan, kepala atas telinga, atas kepala sebelah kanan dan belakang biji mata kanan. Sangat, sangat sakit. Serius.

Selalunya kalau sakit kepala, aku akan cuba pejam dan re-koordinasi (pedulik hapa aku betul ke idak) diri sendiri, atau paling teruk, tidur. Aku cuba method yang sama, sampai turun ke surau untuk baring. LANGSUNG TAK BERKESAN ye, tuan tuan dan puan puan. Kemudian, aku muntah (yang sebahagian besar hanyalah air), banyak. Sampai lembik. Tak tahan sangat, aku text Isteriku suruh jemput cepat. Dalam kul 6 beliau sampai, dan kami terus ke klinik.

Cikgu.. eh silap.. DOKTOR (pengaruh budaya Jepun – diorang tapau semua pun panggil ‘sensei’, termasuk cikgu, doktor, menteri etc.) syak kegemukan aku dah mula makan diri. Alamak. Memula dia check blood pressure – OK. Dia kata lagi, memang tak lain mesti gula ni.. tapi lepas dia check sugar level, dia kerut dahi. Pun OK. Huhuu. And then dia check pulak perut, kot kot ada angin. Pun normal. YES! Aku berjaya mengantoikan doktor tersebut – gembira!

Hanya dalam kul 7 lebih, barulah sakit tu boleh diterima akal. Huhuu. Itupun balik rumah aku terus tido. Huhuu.

Aku ingatkan, mata aku yang masalah sebab dok mengadap PC lama sangat tiap ari. Matilah aku, camna nak buat kerja. Aku penulis zaman moden, pakai PC je, tak pakai trengkas atau typewriter. Huhuu. Tapi satu lagi serangan beberapa hari kemudiannya (Jumaat) membuat aku yakin ini adalah migrain; atau secara mudahnya bermaksud ‘sakit separuh kepala’, yang diambil dari perkataan ‘hemikrania‘, kosa kata Yunani lama yang bermaksud ‘separuh kepala’.

Simptomnya sama, kali ni bintang bintang tu attack mata kanan pulak, secara sakannya. Aku cuba bertahan, tapi takde maknenye! Kak Jojie (memperkenalkan – producer aku yang cumil!) cakap, muka aku nampak bengkak bengkak, sebelah kiri. Lebih teruk lagi, aku terpaksa drive balik rumah sendiri. Dalam perjalanan, aku sempat singgah muntah tepi jalan dua kali. Siap yang first tu, aku tak sempat bongkok pun – muntah tu terus je menghambur keluar. Ewww…

Balik umah, amek pain killer dua bijik, terus tido. Sedar² dah kul 6. Ye, Jumaat yang terpaksa diconvertkan ke Zohor itu, terpaksa juga diqadha ye. Tapi Alhamdulillah, memang tak sakit dah. Cuma masih stone sikit sikit. Haih.

Menurut research (yang aku buat sendiri le), migrain yang aku dapat ni bukan di tahap awal lagi dah. Sebab tu effect dia cepat, dan amat berat. Cumanya, aku agak bertuah sebab sakit aku boleh settle dalam masa beberapa jam je. Ada orang lain yang lebih teruk, sampai 48 jam. Tapi tak sure la tahap kesakitan tu sama ke idak.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ni (genap seminggu), ‘sahabat baru’ aku tu dah tak menyerang lagi dah. Yeay! Buat masa ni, aku cuma elakkan kafein. Cuma, cuba. Hehe. Alhamdulillah, berkesan. Mintak² dah takde lagi dah pasni. Langkah² seterusnya adalah buat spek (untuk ray-blocking, bukan rabun), dan check kepala. Huhuu. Kompem la kepala otak dah rosak kan, nama pun Jojoe!

Kupohonkan, Ya Rabbi, agar kesakitan ini dijauhkan daripadaku, jika dan hanya jika ia mengganggu ibadatku dan urusan kerjaku. Andai dititipkan jua ia ke pundakku, biarlah ia buat menyapu tinggi timbunnya dosa-dosaku…

Perkenankanlah, Ya Allah

____________________________________

Kepadamu kucurahkan
kepadamu kubuktikan
segala yang kujanjikan
dari dulu dan selamanya..

Biar musim pun berganti
namun aku kan kembali
kepadamu di sisi
bersama lagi
hanya kau kusayangi..

Biar
hari berganti dan pergi
kerana
kutahu kau kasihku..

Kali ini ku kembali
dalam alunan mesra sinar pagi
kugenggam erat tanganmu
kubawa bersama
ke alam realiti dan fantasi…

..credits to a to z.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s