Women

Aku seorang pengunjung mall yang amat tegar. Sejak kecik, setiap kali kalau Abah drive melalui simpang menuju mall, aku akan cuba gunakan ‘kuasa dalaman’ aku untuk ‘menolak’ kereta itu supaya membelok ke tempat idaman aku tu.. sesuatu yang lebih jarang daripada jarang untuk berlaku. Huhuu. Mostly, sebab aku nak try luck suruh Abah beli toys. Hehe.

Kegilaan aku terhadap mall, memuncak ketika di bangku sekolah menengah, yang lazimnya hanya terjadi ketika outing. Antara aktiviti aku di mall-mall tersebut, termasuklah chatting atau gaming di cyber cafe, makan, shopping (lebih kurang sekali je setahun, atau mungkin kurang), dan err.. bertenet. Hehe.

Dari dulu tu, sampai sekarang tatkala umur aku dah nak cecah 17 27 tahun, ada satu perkara yang sampai sekarang pada aku memang takleh blah – iaitu kedudukan surau dan tandas. Nahh, aku tanak ulas benda yang orang lain dah ulas, tapi aku divert sikit angle kita supaya lebih spesifik – LOKASI TANDAS PEREMPUAN.

Kenapa ek, KEBANYAKAN (lebih kurang 90% kot) mall di Malaysia ni, merekabentuk tandas perempuan supaya terletak di satu sudut yang agak terbuka untuk tatapan umum, sampai kengkadang aku kita leh nampak apa yang berlaku di dalam. Contohnya, untuk ke tandas lelaki, kita kena pass thru tandas pompuan dulu. Tak paham? Sila lihat gambarajah di bawah:

Anggap E sebagai bilik janitor, manakala C adalah tandas lelaki dan D merupakan tandas perempuan yang kita bincangkan tadi. Ke selatan (bawah / 6 o’clock) adalah lot-lot kedai, where we’re from. Dari koridor tempat kita datang tu, obviously semua orang akan nampak Si Chin Chin korek idung dalam tandas D tu kan? Johari Johar juga sempat mengetawakan Sharmeen tengah picit jerawat dengan asyiknya, sebelum menunaikan hajat di tandas C. Malah Sureen (no offense – sekadar merujuk kepada bekas rakan serumah saya, seorang warga Nepal yang bekerja sebagai janitor) pun mungkin masih sempat tersipu-sipu malu tatkala melihat Noraini yang tanpa sedar tertayangkan rambut kerinting tebuannya di sebalik Tudung Ekin yang dipakainya itu. Got it now? Haih.

Nape ek? Perkara ini lebih ketara di stesen-stesen minyak, tandas pompuan ada yang terletak di depan, manakala tandas laki di belakang. Ok, itu mungkin ada kaitnya dengan faktor keselamatan. Yelah, kalau kena attack dengan Si Gila Seks Tak Sedar Diri kat belakang stesen tu, sape je yang tau, ye dak? Hahaha. Tapi yang kat shopping mall ni, gua tak paham der.. seriosa!

Jadi, sempena Hari Wanita hari ini, saya ingin menyeru Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Pengetua-Pengetua Sekolah, Kompleks Pembangunan Negeri Kedah Darul Aman dan sesiapa saja yang berkaitan, untuk memandang serius serta membetuli hal ini. Selamatkanlah wanita-wanita kita daripada pandangan bahaya penuh nafsu nafsi majoriti kaum lelaki yang dikhuatiri gagal mengawal diri, ataupun langsung keliru mana satu tandas yang lebih wajar dituju.

Saya serius ni.. jangan main-main.

.

.

Selamat Hari Wanita

untuk semua wanita yang saya kenali. Jangan risau, hak kita kalian akan terbela tak lama lagi.

.

.

p/s : Selamat Hari Lahir buat adik saya, si Budak Kecik yang dah 17 hari ni. Haih.. besaq dah…

____________________________________________________________________________

When a man loves a woman
can’t keep his mind on nothin’ else
he’d trade the world
for a good thing he’s found..

If she is bad, he can’t see it
she can do no wrong
turn his back on his best friend
if he puts her down..

When a man loves a woman
spend his very last dime
trying to hold on to what he needs..

He’d give up all his comforts
and sleep out in the rain
if she said that’s the way
it ought to be..

When a man loves a woman
I give you everything I got
trying to hold on
to your precious love
baby please don’t treat me bad..

When a man loves a woman
deep down in his soul
she can bring him such misery..

If she is playing him for a fool
he’s the last one to know
loving eyes can never see..

When a man loves a woman
he can do no wrong
he can never own some other girl..

Yes when a man loves a woman
i know exactly how he feels
’cause baby, baby, baby
I am a man
when a man loves a woman…

..credits to percy sledge.

Advertisements

6 thoughts on “Women

  1. sbb mmg dh requierement mcm tu. toilet pmpuan must be in the shortest distance utk exit ke tmpat awam @ orang ramai. kalau menjerit pun org bleh dgr. safety reason perhaps!

    • Owh? Haha aku baru tau hari ni. Thanx for the ilmu. Hehe.

      Tapi kan.. hmm.. they can make it as not-open as possible kan?
      Ini lagi terpelahang dari toilet laki ja ha.. huhuu…

  2. hahaha. aku tau mata tu takbleh doq diam. loqlaq nak doq reling kat toilet pompuan. hahaha. (mampuih kalau bini aku baca nie) hehehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s