Cari Apa?

Pada mulanya, dulu, aku rasa langkah aku untuk tutup blog di blogspot dan bukak di wordpress adalah sangat, sangat silap. Sebab banyak benda takleh buat, banyak restriction dari segi layout dan design serta banyak lagi. Tapi lama kelamaan, aku dah mangli dengan semuanya, dan semakin serasi bersama blogging di wordpress.

WordPress ada banyak features yang takde di blogspot. Salah satu yang paling coolio adalah, kita boleh tau orang jumpa blog kita dari mana, termasuklah term yang diguna di search engines untuk sampai ke blog kita. Dulu masa aku aktif di blogspot, benda ni takde. Sekarang tatau la pulak.. kalau ada, baguslah.

Semakin lama, semakin banyak keyword yang boleh membawa korang ke sini. Memula ok, tapi makin lama makin pelik. So hari ni, aku nak kasi tunjuk 5 keyword paling top, yang telah membawa beberapa orang (daripada yang sedozen tu) pembaca aku ke sini. Here goes.

1. Macam Mana Nak Hebat Main Drum

Hahaha. Aku ni ada rupa macam cikgu main dram ke? Ye, mungkin aku pernah ajar junior² masa band kat sekolah rendah and menengah dulu, tapi takde la hebat jugak diorang tu. Haha. Untuk kamu yang sampai ke sini dengan frasa kunci ini, sorry to tell you that YOU JUST GOT PAWNED!!! Sila ke pusat muzik yang berhampiran ye.

2. Zamnorashikin

Erk.. ini bini gua ni. Ada apa masalah lu orang Google bagai nak carik dia ni? Letak no. phone kat sini, dengan alamat umah. Kejap gi malam gua pegi cari lu, kita settle. Haha.

3. Ezrin Loy

Hahahaha. Ini namanya kanak-kanak bermisai. Agak susah untuk dibabysit, amaran. Hehe.

4. Pengetua AF9

Ayet.. lu tengok.. ni semua keja lu aa ni. Grr…

5. Soutun Nida SMS Sultan Mohamad Jiwa

Err.. ada jugak orang carik group ni ek? Hahaha hahaha hahaha. Assautun Nida’ le, ejaan dia. Maksudnya, ‘Suara Seruan‘. Ditubuhkan untuk berdakwah melalui seni suara. Dulu aktif la menyeru orang buat itu ini, tapi skang keja diorang menyeru orang pegi makan, tengok bola or lepak lepak je dah. Tekong dia dua dua dah kawen, sorang dah jadi BAPAK budak. Mahaplah ye. Dulu dulu tanak tegur, sekarang dah terlambat le kan. Wakaka.. (owh.. kalau junior aku yang buat perangai Google camni, silalah cari nama aku kat Facebook, add dan message na. Makaseh.)

Hmm.. lepas ni, tah apa lagi tah term yang korang pakai, entah la. Sorilah ek, kalau lain yang korang cari, lain yang korang jumpe. Bukan salah korang, jauh lagi salah aku. Tapi kagum gak aa dengan kesanggupan korang mencari dan meneliti satu persatu isi kandungan laman web yang tersangkut dengan kata kunci tu, untuk mengetahui sama ada tepat atau tidak carian korang tu. Tabik spring kasi!

____________________________________________________

Di sinilah tempat ku bermula
menimba ilmu milik Yang Esa
buat bekalan dunia
akhirat jua tidak dilupa..

Kedengaran sayup berkumandang
suara anak anak wawasan
akan kami buktikan
kecemerlangan dan kejayaan..

Bersatu hati suara
tercipta sumbangsih irama
renungan buat semua
tanda ingatan nan mesra..

Salam yang teristimewa
buat temanku semua
penuhkan ilmu di dada
hidupmu bakal sejahtera..

Sekalung budimu guru
menyampaikan wadah ilmu
akan kukenang selalu
jadi panduan hidupku..

Bersama kita jayakan
satu wawasan pendidikan
untuk agama dan bangsa
berbakti pada negara..

Terima kasih kami ucapkan
pada guru teman seperjuangan
moga kan diberkati
jasa dan bakti
kekal abadi…

..credits to assautun nida’ / soutul jihad.

Advertisements

8 thoughts on “Cari Apa?

  1. haha!! aku suke entri ni…rs nk tiru boleh? sbb aku pun baru jmpe ‘keywords’ nak cari ‘aku ada’ ni dlm blogspot…ade bro!
    lagu sumbangsih?? my feveret song ms sekolah dlu…terbaek lagu tu!!

    • Wah.. blogspot dah maju! Yeay! ;P
      Ehem. Sumbangsih dah dichop. Gua dah bawak masa kolej, U skali.
      (Hehe sori warga SMAP Kajang…)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s