Bodoh

Dalam dunia yang serba pandai ni, ramai orang bodoh. Bodoh pulak ada banyak jenis. Ada bodoh yang nak belajar, ada bodoh yang malas belajar, dan ada bodoh yang tak terajar. Paling menyakitkan hati, pada aku, adalah jenis yang ketiga.

Ya, bukan yag kedua, sebab yang kedua tu dah jelas lagi terang akan hakikat dia tu tak nak belajar. Jadinya, air liur waima peluh yang tertitis dari hujung bulu ketiak nan kerinting tidak akan sesekali terbazir, gara-gara membuang masa cuba mengajar. Kalau kita melayan jugak, takut kita tergelincir jatuh ke golongan yang ketiga!

Yang jenis ketiga tu, paling paling aku meluat. Menyampah tak dak dah, kata orang kampung aku. Sebab, golongan jenis ini akan berpura-berpura minat akan sesuatu perihal, lalu cuba berpura-pura untuk mengambil tahu atau belajar, akan tetapi tiada satu apa pun yang akan singgah di batu jemalanya yang lebih hina daripada batu kerikil di tepi jalan itu. Golongan ini boleh jadi seorang lelaki yang ingin memikat seorang wanita, seorang remaja yang mahu berlagak dewasa, atau seorang kuli batak yang ingin duduk sama tinggi dengan pemilik syarikat kuli batak tersebut.

Kuncinya? Kepuraan itu lebih buruk daripada kura kura. Tak payah berlagak, sebab kenyataannya adalah berlagak itu lebih payah daripada bersahaja. Berlagak itu bagaikan kebolehan berlakon – bukan semua orang mewarisinya. Perlu ingat, perlu hidup, dan perlu menghidupi. Kalau sekadar mampu berdiri, tersengih di depan kamera, jangan salahkan sesiapa jika tiba-tiba skrip melayang hinggap di kepala!

Alahai. Dah nama pun bodoh tak terajar, yang aku bazirkan 5 perenggan untuk jelaskan ni, BUAT MENDEEEEEE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s