SPM : Sijil Pelajaran Manusia

Setinggi tinggi tahniah buat yang dapat banyak A. Tak kiralah yang A+ ke, A ke, or A- .. aku dah tak berapa paham scoring sheme untuk SPM kali ni. Biarlah, belum cukup rajin untuk aku ambik tau. Next time lah. Cuma yang aku tau, ramai mak bapak tengah rajin senyum and bertambah rajin tegur orang sana sini. ITU – yang anak dia dapat banyak A. Walau bagaimanapun, lebih ramai mak bapak yang lebih suka untuk jadi ‘anti sosial’ buat sementara waktu. Hahaha…

My mentor did write something about this “Anak Kau Dapat Berapa” craze in his article. Well, true indeed. And I have experienced that myself. Times, actually. Dari aku kecik, sampai aku besar. Tapi ‘excitement draft’ aku menurun secara konsisten melawan umur. Hehe.

UPSR. Seriously, prestasi aku masa sekolah rendah bukanlah krim sangat. Darjah satu, aku dapat nombor 4 sebab paper last tu aku demam campak. Tido je. Haha. Darjah dua aku nombor 14 – pencapaian aku paling buruk di sekolah tersebut. Darjah tiga nombor 7. Darjah empat nombor 2. Darjah lima dan enam lak I can hardly remember, sebab cikgu dah start stress on ‘berapa A’ rather than jumlah markah keseluruhan. Tapi still top 5 or top 10 kot (dalam kelas aku ramai yang power wehhh, mana nak dapat dah no.1, 2!!). Cuma masa darjah 5 tu, aku slow sikit sebab band; especially dalam Math. Seriously, aku tak pernah paham pun ‘pecahan’, sampailah aku terpaham secara tiba-tiba sebaik masuk darjah 6. Berkat didikan cikgu² Sekolah Kebangsaan Sri Kulim (Hurrah!), result aku cantik dengan huruf yang sama disusun berturutan. Heheh. Owh, batch aku yang last UPSR 4 subjek. Lepas tu dah start 5.

Aku ingat lagi, bright and clear, reaksi Abah yang luarbiasa masa tu (though I was one of the targetted ones to stike all A’s, but I doubt my old folks were aware of that hahaha). Actually, I was pretty confident myself (haha riak tahap budak darjah 6 – apalah sangat). Sebab cikgu kami dah train untuk dapat 100% dalam semua paper, especially Math. Kurang dari tu, kena rotan (ikut berapa markah yang kurang ye). Hebat kan cikgu aku? Tabik spring!!!

Result digantung oleh Cikgu Zainol kat kantin. Sebelum tu, dia dah salam siap² dengan aku and few friends, cakap “tahniah“. Dalam hati aku, “biar betul cikgu ni.. poyo je..”. Lepas melompat beberapa round, aku terus call Abah (pakai public phone ye – 1996 hanya ada henfon baling anjing, mana ada budak skolah pakai).

Abah, Pidoih dapat 4.. A.

Tau apa dia jawab?

Owh! Terima kasih laa!!!

Err.. yup, it should be Tahniah, I know. Takyah la retorik sangat. Yang paling penting, the answer of his tells everything kan?

Result itu, dan result IQ test (dulu lepas habis semua paper, ada satu paper IQ test untuk masuk SBP) yang sampai skarang aku tak tau markahnya, aku diterima masuk ke Mat Jiwa. Frankly speaking, aku tak rasa aku akan masuk sekolah tu kalau takde frasa ‘Sekolah Menengah Sains‘. Hehe. Bukan berlagak le gile, tapi sebab tatau pun sekolah tu wujud! Nama dia kan kelakar – durhhh! PLUS, aku hanya tau ada dua Sekolah Berasrama Penuh – satunya Sains Penang (SMS Tun Syeh Sheh Shahabuddin a.k.a Sok Sek) dan err.. MCKK. (Padahal masa tu je dah ada 36 bijik SBP. Huhuu)

PMR? Yang ni aku cuak sikit. Sebab, trial aku dapat 3A je. Subjek 3 serangkai favourite aku la – Math, BM, BI. Lain, ampeh. C pun ada. Hahaha. Aku cuma start study seminggu sebelum. Awal pagi lepas Subuh kul 6.15 aku dah ada kat kelas. Main petang aku tak turun. Intensif gila. Bukan sebab malas, tapi sebab aku.. err.. memang tak reti study pun. Yes, sampai sekarang. Huhuu.

Aku pegi ambik result sehari lewat, sebab aku tak sure result kuar hari apa. Dalam paper tulis ‘esok’, tapi aku ada teori sendiri yang mengatakan ‘Owh.. esok tu baru dapat kat Menteri kot ek? Lusa la dia distribute’. Hehe. So, aku layan kerja kat gerai murtabak Abang Sopi dulu hari tu, and baru pegi amik result esok tu. Sepanjang jalan dari Kulim ke Sg Petani, cuak toksah cakap la. Nasib baik schoolmate aku, Pak Lah, ada skali. Sepanjang jalan tu dok layan je la dia buat lawak kutuk sekolah orang. Bila nampak sekolah estet, dia akan cakap “ha, ni la sekolah yang paling ramai budak score tu“, or bila nampak sekolah yang ramai budak jahat bermasalah lak, dia akan cakap “kalau dapat 8A, aku nak apply masuk sini lah” etc. Hahaha ya, budak asrama penuh memang kejam, sadis dan sarkastik belaka.

8A. Ini adalah result yang paling aku banggakan. Seriously. Slip result tu aku lipat cantik², simpan dalam wallet. Bukan sebab nak riak, tapi sebab masa tu family aku tengah susah gila. So, adalah menjadi satu nikmat yang tidak terhingga bila dapat tengok muka² orang yang skeptik terhadap anak penjual murtabak macam aku, kekaguman malah KEHAMPAAN bila tengok result aku. Hahaha. Alhamdulillah.

Selingan: Pak Lah, yang result sama dengan aku, sempat buat lawak tambahan – “err.. agak² kita leh masuk balik dak sekolah ni tah?” (budak skolah tu, sape dapat result PMR teruk, especially tak A dalam Math or Science, kena rayu untuk masuk balik. Huhuu).

Tapi kenikmatan tu tak kekal lama pun. Setelah dua kali nasib baik menyebelahi, aku dah mula lemau dan alpa. Konon ingat magic boleh berlaku sekali lagi la. Hahaha. Memang tak aa. SPM aku teruk, 3A je der. Sampai tak layak masuk matrix pun sebab Kimia tak credits. Huhuu. Masih subject 3 serangkai tu jugak. Huhuu lagi dan lagi. Memula tu aku tak kisah sangat, sebab memang aku target nak masuk Form 6 pun, ambik sastera. Hehe. Tapi bila tengok muka Mama Abah, member² pun dok call bagitau dapat masuk itu ini, fly sana sini, aku mula down. Down gila. Menyesal tak yah gatal la kan, sapa suruh extend honeymoon year jadi 2 tahun. Huhuu.

Orang lain dah start form 6, aku masih kat rumah. Tolong Ayah jual santan. Sambil mengharapkan keajaiban berlaku. Manalah tau, kot kot dapat Diploma ke kan. Tapi takde jugak. Yang ada hanyalah offer untuk masuk kolej swasta macam Uniten, MMU (sure korang pun ada kan dapat – marketing je, I know). Ampeh (err.. maksud aku, nasib aku yang ampeh, bukan U² berkenaan. Budak diorang power dowh!)

Cliche, yet still have to be said. Adik adik, yang nak ambik SPM tu, cubalah yang terbaik. Tak susah pun, actually (you’ll know this only like 5 years later). I know those A’s won’t help you in uni pun (yes – I’m telling the truth, you Dozens-of-A’s scoring scumbags!), but at least please do it for your old men. I tell you, the look on their faces upon knowing your great result, is undoubtedly PRICELESS. Especially those who never had the chance to see it – give them and yourself the chance.

Owh. Lupa nak cerita kesudahan kisah aku tadi. Hahaha. AT LAST, aku dapat jugak masuk matrix. Second intake, lewat sebulan. Hehe. Setahun pastu, dapat masuk UNIMAS, buat degree. I guess the silver lining IS following my trail, still huh? Hehe lagi.

Owh (again).. aku belum ready untuk masters, jauh sekali PHD ye. Macam yang aku cakap tadi, aku still tak reti nak study sampai sekarang. Terima kasih. ..

p / s : Mat Jiwa punya ranking, anyone? Aku check, takdak nama pun dalam top 3 Kedah – jatuh lagi ka? Bila nak naik balik tah. Haih…

________________________________________________________________

Wahai ibuku wahai ayahku
didiklah kami semua
ajarlah kami asuhlah kami
mengenal tuhan Yang Esa
tuntunlah kami hidup akhirat
yang lebih utama
sedarkanlah kami
akan tipu daya dunia..

Didiklah kami asuhlah kami
dengan penuh kasih sayang
segala apa kesalahan kami
dibetulkan dengan bijaksana
perkataan maki hamun
jangan digunakan
kerana ia menyalahi
sunnah Rasul mulia..

Tunjukkanlah kami dengan akhlak mulia
agar mudah kami mencontohinya
jangan macam ketam yang berjalan bengkok
ia mengajar anaknya berjalan lurus..

Wahai ibuku wahai ayahku
kasihanilah kami
didiklah kami mengikut cara sunnah nabi
janganlah kami dididik secara yahudi
kami akan rugi di dunia dan di akhirat..

Kenalkanlah kami hidup di dunia yang menipu
asuhilah kami cintai akhirat yang abadi
akhirat utama dari dunia yang fana
dunia menipu merosakkan manusia..

Itulah harapan kami kepada ayah dan ibu
ayah ibu janganlah kau berkecil hati
kami memohon ribuan ampun dan maaf padamu
disertakan doa kesejahteraan
kepadamu ayah dan ibu..

Itulah harapan
kami pada ayah dan ibu…

..credits to nadamurni.

p / p / s : Saya mewakili Qaid and the gang, menujukan lagu ini untuk daddy, mummy dan kawan² daddy yang seangkatan. 😉

Advertisements

10 thoughts on “SPM : Sijil Pelajaran Manusia

    • Aku tau.. memang aku terbayang ang ngan Pa’it ja. Haha. Perjalanan tu memang berharga, tapi end result tu yang paling penting. Kalau paham maksud aku, jom gelak kuat sikit lagi. ;P

    • Seseorang yang senget, result SPM lebih kurang macam kita tapi la ni berjaya jugak jadi ‘orang’. Hauhuahua…

  1. Pingback: UPSR « Aku.. Diriku.. Dalam Aksaraku… 3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s