Par-tay!

Pre Script : This is a non-informative article. For facts and actual figures, please move your butts to http://www.google.com and die.

Tidak ada satu persatuan pun dalam dunia ni, yang ditubuhkan dengan niat dan matlamat yang salah. Apatah lagi yang bermotifkan politik.. berperjuangan, kata orang.

Contohnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Ditubuhkan oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin al-Helmy (of PKMM) pada 1956, asalnya (beberapa tahun sebelum rasmi menjadi sebuah parti) dengan matlamat untuk memperdebatkan masalah ekonomi rakyat Islam Malaya ketika itu.  Dipartikan untuk menyertai PRU pertama pada 1955, lantaran sedikit percanggahan dengan cerdik pandai liberal dalam UMNO. Check and balance, untuk melihat semula perjuangan pra merdeka dari sudut agama. Nawaitu yang cukup murni, pada aku.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pula aku rasa tak perlu lagi diperkenalkan, sebab ada sebut banyak kali (seriously) dalam buku Sejarah. Berjaya atau tidak? Baca, bega, dan nilaikan sendiri.

And then came MCA, MIC, DAP, Gerakan dan banyak lagi yang lain. The latest ones would be Parti Cinta Malaysia dan KITA. None of these are built on crooked lines of missions and visions. Alangkan Adolf Hitler dan gagasannya juga mempunyai matlamat yang cukup jelas, walaupun kerja buatnya berbilion ramai yang melaknat tak sudah.

Namun adalah amat malang sekali, hari ni bukan saja parti² dalam kerajaan bertelagah dengan parti² pembangkang, malah juga sesama mereka. Ya, maksud aku parti² kerajaan berlaga sesama sendiri, dan begitu juga yang terjadi di sebelah si membangkang. Perbalahan ini dah sampai ke klimaksnya, bila baca perihal pilihanraya negeri Sarawak Tanahairku kali ni. Jarang amat kita dengar pertembungan enam penjuru berlaku dalam mana² pilihanraya kecil mahupun besar dalam negara. Sekurangnya tidak pada zaman moden menuju 2020 ini.

Apa yang terjadi? Di mana silapnya?

Banyak kali aku ulang tekan, bukan pisau yang bersalah. Jangan sesekali dihadapkan si pisau sayur tu ke mahkamah, dan menggantungnya sampai mati; walhal si sadis tukang masak dibiarkan lepas bebas. Rugi masa, rugi duit rakyat. PAS, UMNO tidak pernahnya salah. Hanya ahli-ahlinya, dari bawah membawak ke puncak, yang terlalu bersandar pada kenangan. Dek kerana rasa manis kopi pahit semalam, ditujuinya jua kedai kopi yang tiada berlogo halal itu. Kasihan anak-anak dia. Kenangan, kenangan jugak YB. Tapi kalau sampai najis sangat, manusia mana yang tak menyampah? Nak guling, sayang. Nak julang, geli geleman. Jadi ingatlah, kasih sayang akan pudar jugak satu hari nanti. Zaman ni dah tak laku dah benda tu.

Umum maklum dan akui, jasanya UMNO tidak dapat lagi dibilang. 65 tahun itu bukan kecil anak. Malah jika dicampur bodoh pun kedua-dua angka itu jadi 11 tahun, sudah perlu bersedia untuk melangkah keluar dari sekolah rendah. Dan manakah lagi entiti politik yang lebih Islamik dari PAS sendiri, dalam Malaysia mahupun seluruh dunia?

Lantaran terlalu menikmati imej itulah, maka kedua-dua parti kelihatan amat statik sekali. Tidur kedua-duanya. Walhal ini dualah saja yang mampu diharapkan untuk memelihara martabat negara.  Kenapa tidak aku sebut bangsa atau agama? Kerana tidak perlu. Dengan terpeliharanya bangsa, nescaya akan terpeliharalah agama dan negara.

Buat yang lemah jemalanya, aku berikan analogi yang cukup mudah. Amannya sesebuah rumah, akan menjamin damainya sebuah kampung. Damainya kampung itu, pasti membawa kepada makmurnya kariah dan sentosanya negeri. Namun jika sesebuah negeri yang dianggap sentosa itu, tiap 7 daripada 10 isi rumahnya berantakan – apa lagikah dapat kita harapkan? Ibarat ular diletak di atas riba, menunggu masa dikucupkan bisa.

Jangan kerana sejarah silam yang cantik, kita terus terkotak katik. Rasuah sedikit tak apa, tiada siapa akan perasan. Cheh! Yang perasan itu kamu! Mulanya sikit, sekarang sampai sukar orang lain hidup. Hina benar kamu, khalifah angkat diri! Rakyat sekarang bukannya bodoh, malah ada yang lebih pandai dari kamu sendiri. Cuma tiada yang serajin dan ‘seikhlas’ kamu, sanggup bersengkang mata untuk membela nasib orang lain. Kasih sayang sudah tiada pun, dah lama mati. Nak perbodohkan orang, pastikan orang itu benar tak tahu akan sesuatu. Ini tidak! Kamu pun tahu yang semua dah tahu, jadi kenapa terus buat jugak? Teruskanlah lagi, dan jadilah kamu sebodoh bodoh manusia, kerana manusia bodoh takkan berani menggalas amanah. Bodoh!

Kamu pulak, Sheikh.. gelilah ana tengok. Serban putih, jika dipakai tiap hari, akan kusam malah masam. Tukarkanlah.. tak payah tunggu ayat Quran untuk suruh. Kamu lebih tahu dari Nabi kamu, akan apa yang sedang terjadi pada zaman kamu. Rasulullah dah tak larat nak larang kita ratapi pemergiannya, bukan? Khutbah Wida’  – dah berapa lama kamu tinggalkan kerana terlalu ralit mengejar dunia setiap hujung Zulhijjah? Sunnah tu untuk diikut, bukan untuk ditiru. Belah sana sesat khurafat, buat apanya ditiru. Kamu lebih harmoni dua puluh nan lampau – kenapa tidak teruskan saja? Bukan suruh statik, tapi janganlah jugak organik. Yang utama, dinamik. Boleh? Kalau tak boleh, jadilah kamu lebih hina dari sang-sang kafir yang kamu pertuduhkan itu, kerana sanggup menjilat ludah mereka.

Bila kan damai, bila kan aman? Aku tak tahu. Sumpah aku tak tahu. Selagi manusia bernama manusia, takkan ada apa pun yang berlaku. Tahi akan terus dianggap tak wangi. Kerana manusia bencikan perubahan, sebenarnya. Keselesaan yang menyihatkan itu, jarang sekali ada yang sedar bolehnya ia mencetus kematian. Selesanya UMNO dengan memori budinya, ia akan kekal begitu. Selesanya PAS dengan putih imannya, matilah ia dalam begitu. Kalau ORANG UMNO tak dapat terima apa yang ORANG PAS perjuangkan, mana mungkin ORANG PAS boleh terima apa yang ORANG UMNO perjuangkan. Eh, ketawa pulak Sheikh kita ni. Samalah anta pun. Kalau rasa anta pun tak boleh faham kenapa masih ramai sokong UMNO, janganlah pelik kalau orang pun pelikkan anta yang tak habis-habis sokong perjuangan PAS, yang senget, bagi mereka. Apparaaaa…

Ya, begitu juga yang lain. Bukanlah tinggi sangat ilmu aku, atau rajin benar aku untuk kaji semua parti yang aku sebut tadi. Haih.. sarkastik kamu itu tak perlulah dimainkan di blog cabuk ini – pergilah MalaysiaKini sekurangnya. Lebih ramai yang akan menempeleng kamu, lebih kuat. Haih…

Aku masih memegang tunjang yang sama, namun tidak juga aku terlalu percaya pada penampan-penampannya. Bukan apa.. sebagai manusia biasa, pastinya aku ada kecenderunganku kan? Apa yang aku pilih, itulah yang aku percaya. Dan aku akan setia untuk percaya akan pisau yang satu ini, sambil berdoa dan berharap sang tukang masak akan berubah fikiran, atau ditukarkan saja tukang masaknya.

Kenapa mengeluh, kawan? Mustahil, kata kamu?

Haih.. kamu ni lupa agaknya KUN FAYAKUN…

.

.

.

.

.

Post Script : INI, adalah model yang cukup cantik. Tak nak ke satu negara jadi macam ni? Subhanallah…

_______________________________________

Hati telah lama gersang
dari siraman kasih sayang
kerana hujan Iman
sudah lama tidak turun..

Kita tanamkan kembali
budi penyiram kasih
agar hati yang gersang
gembur dan subur lagi..

Marilah kita jalinkan
kasih sayang sesama kita
ia telah lama hilang
tambah gersang di hati ini..

Kita siram kembali
dengan air iman yang suci
dengan menabur budi
kepada semua manusia..

Bila hati gembur dan subur semula
benih mahmudah akan tumbuh kembali
ia kan berdaun subur dan berbuah
memberi manfaat semula kepada
penghuni taman yang resah..

Jangan kita biarkan hati ini
gersang dari kasih sayang
manusia akan terumbang ambing
hidup di dunia ini
pangkat dan kekayaan tiada erti
bila kasih sayang tak dimiliki..

Marilah kita jalinkan
kasih sayang sesama kita
ia telah lama hilang
tambah gersang di hati ini..

Kita siram kembali
dengan air iman yang suci
dengan menabur budi
kepada semua manusia..

Berkasih sayang perintah Allah
di antara sifat Allah
kasih kepada hamba Nya
Allah sangat sayang
kepada hamba yang berkasih sayang
jalinkahlah kasih sayang
untuk keredhaan Nya..

Hati sudah lama menderita
kekosongan kasih sayang
tanamkan semula jangan biarkan
jangan biarkan berlama lama
sudah lama manusia hidup
dalam derita lagi sensara
ayuh kita suburkan semula
kasihkan sesama sama manusia..

Marilah kita jalinkan
kasih sayang sesama kita
ia telah lama hilang
tambah gersang di hati ini..

Kita siram kembali
dengan air iman yang suci
dengan menabur budi
kepada semua manusia…

..credits to nadamurni.

Advertisements

4 thoughts on “Par-tay!

  1. hai jojoe, camna nak jadi follower kat wordpress nie? aku jumpa blog ang kat komen blog madie. hehe, xsempat nak baca lagi blog ang, baru dok jalan2.

    • Hye Cik (nur)IS. hehe.
      Kat wordpress ni takleh follow (kot, kalau tak silap aku).
      Tapi leh ja singgah2.. sila oo sila… ;P

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s