And The Hero Comes Along…

 

Hari ini, saat ini, rasanya negara sedang mengalami sentimen perkauman yang paling memuncak sepanjang 26 tahun plus plus aku hidup dalam dunia ni. Serius.

Ada orang cakap, ini adalah hasil pemerintahan BN yang tak berkesan selama setengah abad ni. Ada pula yang cakap, ini semua kerja DAP yang sentiasa mengapi-apikan, serta ideologi 1Cina-nya yang baru itu.

Haih.

.

Tolak tepi politik, boleh tak?

Sebab aku rasa, tak payah tunggu parti pun, semua sentimen ni sentiasa ditiup ke telinga sejak kita kecik lagi dah. Aku dulu tadika, ada sorang je budak India. And guess what? None of us was willing to hold her hand bila disuruh. Serius. Jadinya, bulatan yang kami cuba buat tu, selalunya akan terputus kat tengah. And guess again – sape yang hasut suruh JANGAN PEGANG TANGAN DIA? Nope. There was no Guan Eng, no Hindraf, no Ibrahim Ali. Nobody. Hanya naluri semulajadi kanak-kanak 4, 5 dan 6 tahun, hasil pergaulan dan cara pembesaran orang-orang di sekeliling.

Well.. aku penah cerita kot, sudahnya aku jugak la yang mengalah untuk sambung bulatan tu. Itu, Abah aku yang ajar. Yes, seorang Melayu berketurunan tak berapa Melayu, yang rajin berkawan tak mengira bangsa serta fasih berbahasa Hokkien, yang ajar aku.

.

Haih.

.

Hari ini dalam sejarah, though. Ada satu berita yang somehow telah menidakkan perenggan pertama aku kat atas ni. Serius.

Berita ni aku dah follow sejak 2 minggu yang lalu. Tak tau la how many of us yang turut follow jugak, tapi takde sape pun yang bercakap pasal ni. Pilihanraya Sarawak, video seks, KY jelly dan nasik lemak kantin sekolah lebih menarik rasanya kot kan?

Haih.

Kisahnya tentang seorang pemandu lori yang sanggup berhenti di tengah kesesakan jalanraya, untuk membantu sepasang suami isteri yang terpekik terlolong tersepit dalam kereta akibat kemalangan. Sebaik selesai membantu, pemandu lori tersebut pula dilanggar oleh sebuah kereta lain, sehingga koma dan kudung sebelah kaki.

Beberapa hari kemudian, sebelah lagi kaki beliau terpaksa dipotong.

Tambah lagi beberapa hari, penderitaan beliau akhirnya berakhir.. ditamatkan sendiri oleh Sang Maha Pencipta.

Nak tau cerita ni dengan lebih lanjut, baca di sini dan di sini. Yupp yupp, walaupun kisah ini amat amat luarbiasa, ini saja sumber rasmi yang ada. Maaf.

.

Haih.

Haih.

.

Bagi aku, mendiang adalah contoh seorang manusia yang unggul. Kalau nak letak gelaran madani pun dah lebih daripada layak dah, aku rasa. Ada bantahan?

Masa mendiang berenti untuk tolong laki bini yang terlibat tu, takde pun dia terniat untuk bezakan agama, bangsa, parti atau bin dan binti pasangan tu pun.

.

Salute untuk MalayMail, sebab dah ada inisiatif untuk mulakan tabung derma atas nama mendiang. At least sejuk sikit hati family mendiang (kalau panas pun aku rasa diorang memang layak – gile, aku sendiri pun tak tentu leh terima kalau ada family member aku yang mati sebab selamatkan orang lain – berlainan kaum lagi tu!).

Tabik hormat jugak to the ONGs. Kalian amat, amat beruntung kerana sempat merasa ada ketua keluarga yang seunggul mendiang.

Tolong, mintak tolong sangat sangat – jangan politikkan isu ni. Please. Sia sia je mendiang mati, kalau camtu. 1Malaysia? Melihat kepada coverage media, tokoh politik serta pihak berkenaan tentang hal ini yang amat amat menyedihkan, simpan sajalah gagasan itu  dalam poket DALAM seluar.

.

.

.

Pada yang mencebik, (aku pasti, pasti ada) aku nasihatkan untuk terjun saja ke mana-mana gaung yang berkedalaman lebih 100m. Kamu, kita, tidak layak untuk mempertikaikan tindakan mendiang – sebab tidak ada seorang pun daripada kita yang berhenti untuk tolong laki bini dalam kejadian tu, hinggalah mendiang muncul. Kalau nak pertikai lagi, sila langut ke atas siling dan ludah sekuat hati – jangan elak.

.

Ini bukan kisah politik, ini kisah kemanusiaan. Takde unsur lain di sini, jadi tolong jangan manipulasi. Kepada yang ada niat nak eksploit jugak, sila lakukan kedua-dua cadangan tindakan seperti dalam perenggan sebelum ini.

.

Kalau tanya kat aku, apa ganjaran yang paling setimpal (walaupun tak mungkin setimpal, sebenarnya), aku akan jawab hanya satu.

ONG KIM KOON, for next Tokoh Maal Hijrah.

Sebab takde yang lebih layak.

.

.

Rest in peace, Mr. Ong. With just a few more tens of you, Malaysia will not be needing for any extra gagasan to prosper. Ever.

.

.

p/s : Yes, aku emo.

p/p/s : Perkembangan terkini, di sini. Syabas PDRM (tangan lentik ke bahu).

Advertisements

5 thoughts on “And The Hero Comes Along…

  1. Pingback: ONGs, The HEROes : Part Deux « Aku.. Diriku.. Dalam Aksaraku… 3

  2. dedulu aku bekawan baik ngan indian girl ni, pehtu aku ajak dia masuk islam, da siap bole hapai fatihah, balik umah mak dia marah die heheheh.. kawan chinese plak, aku rapat ngan 2 budak ni tp salah satu budak ni bila aku kayuh p beskel umah dia, pak dia cem xbagi dia kawan dgn aku… huu kecik2 ajar budak racist ke?

    anyway thanks for sharing

    • It’s in the blood, babe. Haha.
      Sebab tu aku stil respect bila pikir Aus & Khazraj sanggup bukan saja berdamai sesama depa, tapi jugak terima Muhajirin.
      Kalau aku.. err.. tatau laa.. huhuu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s