Cintan Cintut

Ramai kawan-kawan aku hari ni yang dah berkahwin. Even budak sekolah aku pun ramai yang bercinta, kemudian berkahwin sesama sendiri. Err.. maksud aku, dengan batch sendiri tapi jantina berlainan la. Haiyaa…

Tapi tak kurang jugak yang masih belum sangkut², macam mamat ni dengan mamat ni. Dua dua best friend aku, tapi sampai la ni partner pun takdak. Buat rugi ja kawan dengan mantan playboy bangat macam aku ni. Haih. Jangan tanya aku kenapa, sebab depa sendiri pun tak pasti rasanya. Haha. Selain tu, ramai jugak yang berdepan seribu satu ma-sa-e-lah dalam percintaan. Awek dia tak suka dia buat ni lah, balak dia tak suka dia buat tu lah.

Haa.. tu laa.. ni lah kesannya, kalau anda berlakon ketika bercinta. Macam kisah yang sorang mamat ni cerita dalam blog dia – betapa perangai lelaki adalah berbeza ketika bersama awek dengan ketika bersama member².

Yupp, tu semua adalah kenyataan. Memang setiap daripada kita ada ciri-ciri pasangan impiannya yang tersendiri. Ada yang sukakan awek yang tak banyak cakap, ada pulak yang suka balak PANDAI cakap. Ada yang idamkan partner yang hensem macam aku, dan tak kurang jugak yang takut nak terima yang molek elok dan lawa, konon takut orang lain sambar. Dey apeda!

Kerana impian dan idaman ni jugaklah, kita cenderung untuk TIDAK TERIMA hakikat diri pasangan kita yang sebenar. Ha, tau apa masalahnya? Masalahnya, kita dah set dalam kepala nak yang macam mana, tanpa mahu tawakkal dan berserah pada Allah yang lebih tahu siapa yang patut jadi pasangan kita.

Awek ni suka mamat yang ‘neat’, jadi dia akan cuba ‘neat’kan balak dia yang memang comot tu dengan suruh tukar cara dressing, tukar cara cakap, potong rambut atau lebih parah lagi, tukar kawan! Mamat ni pulak tau awek dia suka yang tu yang ni, mulalah nak ubah diri, dan jadi macam dalam artikel di atas tadi tu.

Ngok.

Tengok aku. (Riak mode alert). Aku just jadi diri aku ja lah. Dengan menjadi diri aku sejak aku bercinta lagi, aku dah selamat dari keinginan untuk menipu, berpura, berlakon, berlagak macho dan sebagainya lagi. Dengan jadi diri aku jugak, pasangan aku leh Sedia Awal Tumpuan Ulangkaji (hehe peace Huserk) mengikut penampilan dan perwatakan aku dari mata kasarnya awal²; bersiap siaga.

Tak payah kias, tak payah tapis 3 kali macam Minyak Cap Buruh. Apa yang dia nampak, itulah aku. Aku yang comot, tak suka dressing, montel, tak tinggi dan suka MEREPA. Kalau dia suka, terimalah aku yang ni. Kalau tak suka, pi la cari laki lain. Tak susah pun kan?

Aku penah je kena reject dowh. Haha. Biasalah, nama pun playboy manusia, cinta mana leh dipaksa. Tapi selalunya aku kena reject pasal diri aku sendiri la. Aku ni jenis malas sikit berusaha. Kalau dapat, dapat laa. Melayu, bila dah campur darah macam², makin teruk lah layunya! Hauhuahua…

Hasilnya, sekarang ni ALHAMDULILLAH aku dianugerahkan dengan seorag isteri cerdik yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran. Hehe. Apa aku suka, aku make sure dia tau dan paham, serta akan belajar untuk suka jugak benda yang aku suka – vice versa. Contohnya, dia tau aku suka usha awek di mana jua aku berada, jadi dia biar jelah. Bukannya luak pun. Dia pun tau, aku just suka tengok je. Durhh. Tak cukup best? Ok, selalunya dia akan recommendkan plak, awek mana yang agak² wajar aku usha. Hahaha TOTAL WINRAR!!! Dan of course, banyak lagi laa perkara yang menjadi bukti keistimewaan dan kepaling-layakan beliau. Alhamdulillah.

Okeh, senang macam ni lah. Aku senaraikanlah sedikit list, tentang cara-cara menjadi playboy yang berjaya mencari pasangan yang sempurna. Maksud aku, sempurna pada kita la at least, walau bukan pada orang lain.

  • Jadi diri sendiri. Kalau simple, simple jelah. Tak yah susah² jadi christmas tree. Cuma yang negatif tu, macam yang suka korek taik idung, or suka mandi setahun hanya sekali, pakai seluar koyak kat kangkang apa semua tu ubahlah. Tak yahla nak tunggu pasangan tegur, kalau diri sendiri pun naik menyampah! Tak nak ubah, bersedia jelah untuk cari pasangan lain.
  • Serlahkan bakat atau keistimewaan atau kegemaran kita. Kalau pandai menyanyi, cuba uji dia boleh terima ke tak kelebihan kita tu? Bukan nak paksa dia ubah diri, tapi check dulu ada chemistry ke tak. Yelah, sebab dia mungkin terpaksa dengar kita nyanyi untuk 20-30 tahun. Kalau first time dengar pun dah muntah biru, cari lain jugaklah. 
  • Pikat juga orang² sekeliling dia – BFFs dia, FAMILY dia. Itu penting. Playboy Teman lelaki yang baik, mampu memikat hati ibu mertua pada hanya pertemuan pertama. Sekali mak dia dah berkenan, kalau tuan punya diri tak berapa berkenan pun memang susah untuk dia reject kita. Ingat tu.
  • LONG DISTANT LOVERS ALERT : Jangan jarang call atau message. Penting. Bagi yang bekerja, jumpalah at least sebulan sekali (kalau jauh gila lah.. kalau tak, seminggu sekali le).
  • Jangan habiskan semua ilmu romantika anda ketika bercinta, takut nanti bila dah kahwin anda dah takde idea. Macam aku. Huhuu. Simpan, tak payah nak experiment sangat. 

Owh lupa.. KITA dalam perenggan sebelum point² di atas ini, sama seperti point keempat, pastikan merangkum sekali keluarga, kawan rapat dan siapa saja yang mampu mempengaruhi kita membuat pilihan ye. Bukan apa, aku dan korang semua kan manusia – mesti ada faktor luaran yang mampu menjadi pembolehubah kan?

Selamat mencuba. Peace.

_________________________

Sekali janji kulafazkan
akan kukotakan
walaupun dihalang
sekali kulafazkan kata cinta
takkan kupermainkan..

Sekali di dalam hidupku
kurasakan cinta yang suci sejati
sekali hanyalah sekali ini
tiada lagi tukar ganti..

Sehari kurasa setahun
jika tiada kasihmu
jika kau pergi jauh
perasaanku akan terganggu
hanyalah kau seorang
mengubat hati rinduku..

Tiada bandingan di dunia
yang sama semurni
cinta yang kau beri
sekali ku katakan sekali lagi
cintaku hanya sekali…

..credits to ideal sisters / feminin.

Advertisements

6 thoughts on “Cintan Cintut

  1. mamat 2 org tu, aku x click links pun dah bleh agak sapa. haha. (kejam).

    but, Sedia Awal Tumpuan Ulangkaji ? wakakakakaka.. wakakakakakaka… wakakakakakaka..

  2. Terer faiz.
    Sebab tak tahu dan ingin tahu,td aku tak sabar2 click utk tgk sapa mamat dua org tuh..hehehe.

  3. mamat 2 ekoq tu memang masalah…
    mangkaq…aku pun sama macam faiz, tak click lagi pun dah tau sapa…
    hahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s