Saudara Pengarang,

Sila rujuk URL yang dilampirkan, tentang satu artikel terbitan akhbar pihak tuan, yang berjudul “Bezakan Raja Lawak, Maharaja Lawak“, bertarikh 18 MEI 2011.

Jika dilihat tajuknya, saya bayangkan satu artikel yang informatif dan dari satu sisi, provokatif.
Selalunya, artikel kritikal sebegini dimaksudkan untuk memberi satu anjakan pada pihak yang berkenaan; membetuli apa yang ditegurkan.

Namun semakin jauh saya ‘menyelam’ ke dalam artikel tersebut, semakin saya rasa rimas dan lemas. Tidak dapat tidak, beberapa soalan terbit dalam hati, misalnya,

  1. Siapa yang menulis artikel ini – kenapa tidak ada nama sebagaimana lazimnya? Benarkah ikhlas hendak menegur, atau semata baling batu dan menekur?
  2. Siapa yang meluluskan artikel ini – kenapa tidak ada ‘counter-check’ atau ‘proof reading’? Apakah kerana laman ini percuma, maka kerja buatnya juga wajar dihina?
  3. Apa muslihat di sebalik artikel ini – menjentik atau menembak membuta tuli? Ikhlas mengkritik, atau gilakan glamor sedetik?

Sejak saya mampu membaca, iaitu lebih kurang lebih 20 tahun yang lalu, sepanjang alam persekolahan, menginjak ke alam universiti dan kini di alam pekerjaan, saya suka dan senang sekali menjadikan bahan penulisan kalian para wartawan sebagai antara sumber paling prima. Tidak kira untuk mengesahkan fakta mahupun menyemak betul tidaknya bahasa – sememangnya wartawan akhbarlah rujukan saya yang utama.

Tetapi, sejak setahun dua kebelakangan ini, saya dapati sandaran saya ini sudah semakin lemah dan goyah. Bukan saja gaya bahasa atau tatabahasa, malah ejaan sekalipun bagaikan sudah semakin dipinggirkan.

Kenapa? Di mana celanya?

Artikel di atas menjadi salah satu bukti. Setahu saya, menjadi wartawan perlu berlandaskan fakta, bukan main serang saja, kan? Apatah lagi artikel di atas agak ilmiah, bukan gosip hiburan semata. Ia melibatkan sebuah syarikat akhbar terkemuka, menegur sebuah stesen TV satelit ternama. Pastinya dalam hal ini, faktalah yang menjadi senjata.

Malangnya, apa yang ditulis dalam artikel ini langsung menafikan kriteria itu. Malah, hujah yang dinyatakan, terus saja membuatkan keseluruhan artikel ini tidak sah.

Sejak bila pula Maharaja Lawak menggunakan 100% format SMS? Sejak bila pula urusan produksi Maharaja Lawak dijalankan oleh warga Astro Prima (walaupun hakikatnya Encik Nizam Sani adalah pengurus kedua-dua saluran, termasuk Warna)?

Berdasarkan tajuk, jika betul artikel ini ditulis supaya pihak Astro menambah-baikkan Maharaja Lawak melalui pengubahan format yang dicadangkan, maka terus saja artikel ini hilang tujuannya – batuk kecil di tepi tangga saja layaknya.

Saya amat, amat kecewa. Ini bukan indikator tugas kewartawanan yang baik, malah tidak keterlaluan untuk saya anggap ‘gagal’ sama sekali. Artikel ini hanyalah satu contoh.. banyak lagi kesalahan dan kesilapan yang dah saya anggap terlalu remeh letak ke tepi.

Terpulang untuk diterbitkan atau tidak komen saya ini, kerana tujuan saya hanya untuk menjentik. Tidak perlu lebih daripada itu. Cuma harapnya, jentikan saya itu terkena telinga yang tepat.

Kerja kita menulis. Jadinya, buatlah kerja buat kita itu sepenuh hati. Jika penulis pun menulis dengan cara yang cacat sebegini, apa akan jadi pada warga bangsa yang sememangnya cacat tulisannya?

Harap maklum, sedar, faham dan ambil tindakan.

Terima kasih.
Wassalam.

Advertisements

2 thoughts on “Saudara Pengarang,

  1. agreed! when i watch buletin utama last night, i was surprised when the newscaster said ‘Bursa Malaysia ditutup KUKUH’.. WTF wei? 2 points up = kukuh?? its just +0.2%! 0.5% punn tak sampai.. itu kukuh? huu.. sangatlah misleading. huhu.

    • Exactly. Kita tau, media ni ada pihak yang pegang liabliti nya. Tapi tak payah la pasal nak jaga bontot sendiri, etika dan prinsip diketepikan. Ini, adalah untuk SEMUA media yang ada pemiliknya, bukan yang UMNO punya sahaja ya.

      Peringatan yang sama jugak pada pihak yang jadi pemilik tu. Tak payah la nak cium bontot boss sangat, sebab hero yang disayangi adalah hero yang sanggup tayang muka comot kat tv, bukan yang control macho semata. Haih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s