JOJOE The Musical

Seperti yang semua tahu, tahap kegilaan aku terhadap MUZIK, terutamanya MENYANYI, adalah imminent. Makanya, hari ni aku nak senaraikan benda² gila yang pernah aku buat, untuk memenuhi nafsu amarah bissu’ aku terhadap benda alah yang satu ni. (CAUTION : Hadek Hadek hazard alert!)

.

.

1. Aku mula² perform depan orang masa umur 4 tahun. Masa tu Abang ada recording dengan RTM (beliau berpeluang jadi DJ termuda Malaysia masa tu, tapi Mama Abah terpaksa tolak offer tu sebab jauh nak berulang alik ke RTM), untuk rancangan raya Radio 3 Penang (hmm.. apsal dulu semua radio negeri diorang panggil RADIO TIGA ek?). Bila tengok bebudak lain semua nyanyi, aku pun mengamuk nak menyanyi. Last² producer give up, diorang off record jap, kasi aku nyanyi. Tapi bila aku naik je stage, aku tukar fikiran. Aku nak baca sajak. Makanya?

Sepuluh ekor monyet.. sedang berdiri di atas pokok.. mengejek ejek Sang Buaya.. tak dapat tangkap saya. Sedang Sang Buaya naik marah.. TANGGGKAAAPPPP!!!! Sembilan ekor monyet…

Mama cakap jenuh jugak la semua orang tahan gelak nak tunggu semua monyet tu kena tangkap dengan buaya.. huhuu..

2. Berdiri atas papan gelungsur kat taman aku masa aku 5-6 tahun, dan nyanyi kuat². Bukan satu dua lagu ye. Huhuu.

3. Masa tu kat umah Tok, kat Permatang Pauh. Boring tatau nak buat apa, selalunya aku akan buat konsert macam biasa. Cuma kali ni secara berbaring atas couch. Berjaya atau tidak? Sedar² bebudak kampung tu dah penuh depan pintu umah. Malu? Nahhh.. suara aku best, aku tau. (Macam haram)…

4. Kalau yang official punya, masa Bintang Kecil ’92 kat Pesta. Time perkenal diri tu aku dah pegang mic siap dah, padahal patut bow je. (Budak² mana paham soalan kot.. durhhh)…

5. Check kat paper, then tunggu lagu² yang best kat Pilihan Bersama Radio Muzik, untuk record. (Yupp, keMelayuan saya adalah amat tebal sekali, terima kasih).

6. Pastu cam biasalah, salin lirik. Tapi semua short form pakai akronim je. Contohnya, kalau “Negaraku.. tanah tumpahnya darahku“, akan jadi just “N.. T T D..” je. Chords lah kunun…

7. ‘Berlatih’ perform sorang² kat umah tu jangan cakaplah kan. Siap dengan ‘microphone’ and showmanship gi! Nasib baik laa aku tak bawak perangai tu kat hostel. Kalau tidak, mampuihhhhhh…

8. Ini rahsia besar. *DRUMROLL*. Ehem.

Aku, Keklin, Along, Syukri and Fazli – kawan² cuti sekolah aku (tiap kali cuti sekolah aku akan balik umah Mak kat Sbg Jaya), penah ‘perform’ kat tingkat atas umah tu. Masing² akan pilih Cybercop kegemaran masing², dan akan buat gaya Cybercop tersebut, sambil disudahi dengan lagu ‘Bila Larut Malam‘. Siap twist lagik! Jangan tanya aku kenapa. Rasanya masa tu ada dua budak sekolah menengah, so tanya depa. Aku budak lagi, mana tau apa apa.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA……….

9. Tanak masuk sekolah yang takde brass band. No way.

10. Terpaksa tebalkan muka nyanyi lagu Siti Nurhaliza TIAP² MALAM, either dalam dorm senior atau tengah² Dataran Aspura. Gila PUBMUR!!! (Owh.. yang ni bukan sebab minat kot.. huhuu). Thankfully, suara aku dah pecah bila naik Form 3. (Pecah la sangat.. huhuu)…

11. Walaupun maklum yang sekolah aku takde banders laki, aku tetap masuk band. Pecah tradisi katanya. Hahaha. Sudahnya, bertahan sampai Form 3 je. Form 4 dah masuk PENGANGKAP (bak kata Bota). Hehe.

12. Owh. Walaupun aku gila menyanyi, aku takde laa sampai main redah je masuk pertandingan karoke sedonia. WALAU BAGAIMANAPUN, aku penah terjebak dengan perangai ni masa kat UNIMAS dulu. Mana kolej / fakulti buat karoke, aku join je. Bukan apa, masa tu poket penuh abuk, so kalau menang dapat gak laa hamper, leh buat produk. Selalunya.. er.. menang le jugak. Sampai tahap penganjur siap nak exclude kacang dari hamper, sebab “Jojoe tak makan kacang“. Hahaha hnsss hnsss hnnssssss…

13. 2 more weeks to go before my first viva masa final year, di kala projek aku haram tak approve pun lagi, aku still sempat join bebudak Muzik buat octet untuk convo. Yeah!!!~

14. My first PTPTN, aku beli gitar tong, jenama HOFMA. Gitar tu sentiasa menemani aku naik turun flight, pegi waterfalls, pegi beaches, perform sana sini dan.. err.. kenduri kawen aku sendiri! Hahaha.

15. Aku penah wakil UNIMAS untuk debat. (Sekali tu je lah). DIVSAT (Debat Intervasiti Sains dan Teknologi) kat UTM Skudai. Masa malam last tu, tiap U kena hantar wakil untuk main talent game ala² AF (haram tak penah tau pun AF tu apa). Tiap wakil (laki je, UTM tak kasi pompuan perform ye, maaf) kena perform atas stage selama seminit. Lepas tu tiap peserta (berapa ratus orang tah) kena undi. And then, diorang akan ‘singkir’ sorang demi sorang, siap sorong beg lagik! Last man standing, was.. uhum uhum. (Pi lawan debat ka menyanyi ka pa tah)…

.

.

Hehe. Jadi dengan kesempatan ini, saya ingin mintak ampun maaflah bebanyak, kepada jiran², rakan² dan sedara mara yang terpaksa meneruskan hidup dengan telinga yang maha perit sekian lama ni. Aku tau time aku nyanyi memang volume dia tak agak² punya. PLUS, seingat aku, aku mula tau apa itu ‘pitching’ pun hanya masa darjah 6. So, untuk hampir 10 tahun sebelum itu, saya pohon kalian maafkan saya ya. Huhuuu…

Muzik itu indah, cuma kita yang sering mengotorkannya dengan kebodohan telinga kita. Jadinya, korek telinga dulu sebelum guna earphone orang. Jijik amat.

Sekian.

____________________________

I’ve been alive forever
and I wrote the very first song
I put the words and the melodies together
I am music
and I write the songs..

I write the songs that make the whole world sing
I write the songs of love and special things
I write the songs that make the young girls cry
I write the songs, I write the songs..

My home lies deep within you
and I’ve got my own place in your soul
now when I look out through your eyes
I’m young again, even though I’m very old..

I write the songs that make the whole world sing
I write the songs of love and special things
I write the songs that make the young girls cry
I write the songs, I write the songs..

Oh my music makes you dance and gives you spirit to take a chance
and I wrote some rock ‘n roll so you can move
music fills your heart, well that’s a real find place to start
it’s from me, it’s for you
it’s from you, it’s for me
it’s a worldwide symphony..

I write the songs that make the whole world sing
I write the songs of love and special things
I write the songs that make the young girls cry
I write the songs, I write the songs..

I write the songs that make the whole world sing
I write the songs of love and special things
I write the songs that make the young girls cry
I write the songs, I write the songs..

I am music and I write the songs…

..credits to barry manilow.

Advertisements

10 thoughts on “JOJOE The Musical

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s